Khamis, 28 Julai 2011

Kanister Israel: Polis panggil Suara Keadilan untuk ambil keterangan

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Selepas Himpunan Bersih 2.0 mendapat sambutan segenap lapisan rakyat, polis bertindak memanggil editorial Suara Keadilan lantaran laporan berita itu tidak memenuhi selera parti pemerintah, Umno Barisan Nasional (BN).

Ia berikutan pejabat Suara Keadilan menerima panggilan telefon daripada polis dari balai Dang Wangi untuk mengambil keterangan berhubung berita bertajuk ‘FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei.’

Panggilan telefon itu diterima kira-kira jam 12.15 tengah hari ini.

Berita itu pula diterbitkan pada 19 Julai oleh Keadilan Daily, portal berita versi Suara Keadilan, sebuah akhbar rasmi KEADILAN.

Suara Keadilan tetap mempertahankan kredibiliti berita dan sedia memberi keterangan kepada polis. Bagaimana, tarikh untuk berbuat demikian belum diputuskan lagi.

Tiada ulasan: