Selasa, 28 Jun 2011

Perhimpunan aman: Suhakam perbetul kenyataan

Suhakam


Merujuk kepada kenyataan yang telah diemel pada jam 3.30 petang semalam (27 Jun 2011 - Isnin), terdapat sedikit ralat dalam kenyataan tersebut.

Suhakam dalam satu kenyataan hari ini menyatakan ralat tersebut adalah merujuk kepada perenggan pertama dan terakhir (versi Bahasa Melayu) dan perenggan terakhir (versi Bahasa Inggeris) iaitu:

Bahasa Melayu

Perenggan pertama: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Pembetulan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Perenggan terakhir: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

Pembetulan: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan aman dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.

Tiada ulasan: