Selasa, 28 Jun 2011

KP JKR: PAS mahu polis, PAC siasat

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS mahu jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) menyiasat implikasi kewangan berhubung konflik kewujudan dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya (JKR).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, laporan berhubung perkara itu sedang disiapkan untuk diserah kepada PAC secepat mungkin.

"Dari sudut implikasi kewangannya, kerajaan terpaksa bayar gaji kepada dua orang pengarah, sedangkan gaji pengarah diperuntukan kepada seorang,"katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau merujuk kepada jawatan itu yang kini disandang oleh Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim (gambar) dan Datuk Mohd. Noor Yaacob.

Akhir April lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin sekaligus menjadikan wujud dua ketua pengarah di jabatan itu. Menurut peraturan yang ada, pegawai Turus 3 seperti Judin berhak menolak sebarang pertukaran sebegitu jika beliau tidak bersetuju dengannya.

KSN bohongi Agong

Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan KSN membohongi Yang DiPertuan Agong dalam isu perlantikan itu.

Ia kerana peroses perlantikan atau pertukaran pegawai kerajaan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, sepatutnya KSN mesti mendapat persetujuan tiga pihak iaitu pihak yang hendak mengeluarkan pegawai, pihak yang hendak menerima dan pegawai itu sendiri.

"KSN melanggari pekeliling perlantikan dan peminjaman pegawai.

"KSN terus menghadap Agong dalam keadaan proses itu tidak dipatuhi. Ini satu penipuan kepada Angong",jelasnya.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Laporan Harakahdaily


Sebelum ini Harakahdaily antara media yang awal melaporkan krisis ketua pengarah JKR ini apabila pihak-pihak tertentu cuba menukar Judin dari situ.

Harakahdaily difahamkan, antara isu panas adalah projek Istana Negara baru (gambar) yang dikatakan menimbulkan masalah antara Judin dengan kontraktor utama projek ini yang dikatakan mendapat perlindungan pihak-pihak tertentu.

Judin pula sangat tegas dalam melaksanakan tugasnya dan enggan berkompromi dengan sebarang penyelewengan.

Selain itu Judin juga dikatakan bermasalah dengan menteri kerjaraya ekoran keengganan beliau berkompromi dengan projek-projek politik.

Tiada ulasan: