Ahad, 29 Mei 2011

Zaman BN hutang RM 15 juta, bila PR perintah tinggal RM 5.5 juta

PASPB

http://www.seeklogo.com/images/M/Majlis_Perbandaran_Selayang__Selangor__Malaysia-logo-7A0B34053C-seeklogo.com.gif


BANDAR BARU SELAYANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam usaha menyelesaikan baki tunggakan bayaran kepada kontraktornya bernilai RM5.5 juta, yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Majlis MPS, Gunarajah R George berkata, sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 2008, tunggakan bayaran kepada kontraktor berjumlah RM15 juta.

Menurutnya, sebanyak RM9.5 juta sudah dijelaskan kepada kontraktor terlibat menunjukkan usaha terbaik dilakukan PR bagi menyelesaikan beban ditinggalkan Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Ia hutang lama, bagaimanapun pentadbiran sekarang yang terpaksa menanggung usaha bagi menyelesaikan hutang terbabit,” katanya semasa Mesyuarat Penuh MPS, di bangunan MPS, kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin A’ala berkata, penyelesaian tunggakan bayaran itu dibuat secara berterusan sehingga kini.

Katanya, bagi kontraktor yang mengemukakan dokumen lengkap untuk menuntut tunggakan berkenaan, proses dapat dilakukan lebih cepat berbanding mereka tiada dokumen lengkap.

“Daripada RM5.5 juta ini pun, bayaran terbesar adalah kepada World Wide Holdings Sdn Bhd iaitu sebanyak RM3 juta untuk menguruskan pelupusan sampah kawasan MPS.

“Apabila tempat pelupusan sampah di Kundang diarah tutup segera pada 2005, kita terpaksa mencari tempat sampah baru di Bukit Tagar, Hulu Selangor, menyebabkan kos lebih tinggi. Namun, bayaran tetap sebanyak RM2 juta sudah dijelaskan setakat ini kepada World Wide,” katanya.

Ia sekali gus menafikan tunggakan bayaran belum dijelaskan MPS sejumlah RM5.5 juta kepada kontraktor kelas F, yang disuarakan pada mesyuarat berkenaan.

Terdahulu Zainal memberitahu demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis MPS, Abdul Rahim Abdul Wahab semasa mesyuarat itu yang mengetengahkan isu berkenaan tunggakan terbabit.

Abdul Rahim memberitahu ada kalangan kontraktor kelas F yang mengambil projek di MPS mengadu masih belum mendapat bayaran, sedangkan terpaksa menanggung keluarga dan meneruskan kehidupan.SH

Tiada ulasan: