Jumaat, 29 April 2011

Mahkamah Persekutuan dengar kes tanah NCR S'wak

Hazlan Zakaria

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar penghujahan kumpulan orang asal dari Sarawak yang mencabar Kanun Tanah Sarawak yang digunakan untuk mengambil alih tanah adat (NCR) mereka.

NONEIa dianggap sebagai satu kes ujian bersejarah kerana keputusannya akan memberi kesan terhadap ratusan lagi saman penduduk pribumi Sarawak terhadap kerajaan negeri itu dan syarikat-syarikat swasta.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Ariffin Zakaria, mendengar kes tersebut, yang membabitkan dua kes berasingan yang didengar serentak.

Yang pertama ialah saman Bato Bagi dan lima perayu lain terhadap kerajaan negeri atas kehilangan tanah mereka yang kini ditenggelami air projek empangan hidroelektrik Bakun.

Kes kedua pula melibatkan saman Jalang Paran terhadap kerajaan dan sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang mengambil tanah NCR untuk projek kilang pulpa.

Dalam kedua-dua kes tersebut, keputusan mahkamah-mahkamah rendah sebelum ini, memihak kepada kerajaan, di mana hanya penghujahan mengenai maksud perundangan di bangkitkan, dan bukannya perbicaraan penuh.

Sejumlah wakil kaum asal hadir di mahkamah hari ini.

Tiada ulasan: