Selasa, 29 Mac 2011

'PKR juga perlukan kerusi majoriti Cina'


Kuek Ser Kuang Keng
Walaupun PKR, DAP dan PAS telah dimuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sawarak, namun PKR masih berharap dapat bertukar kerusi pada saat akhir dengan DAP.

PKR mahu bertanding satu kerusi di tiga bandar terbesar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri.

Masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti di kerusi dalam kawasan bandar, dan kerana itu, DAP mahu bertanding di sebahagian kerusi terbabit.

DAP hanya bersetuju PKR bertanding kerusi Senadin di Miri and Padungan di Kuching. PKR mahukan kerusi Dudong di Sibu, tetapi DAP enggan memberi laluan.

tian chua 03 240505Naib presiden PKR Tian Chua menjelaskan bahawa PKR perlu mengekalkan kehadiran minimumnya di kawasan bandar majoriti Cina bagi mencerminkan agenda kepelbagaian budaya parti itu.

Beliau menganggap keputusan semasa akan menjejaskan pembangunan PKR sebagai sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia.

Pada masa yang sama , tambahnya, ia mengukuhkan lagi persepsi
bahawa DAP adalah penduaan MCA atau SUPP.

Chua menegaskan bahawa - walaupun PKR mengiktiraf kekuatan DAP di kawasan bandar majoriti Cina dan di kubu tradisinya - parti tersebut juga patut memperluaskan pengaruhnya di kawasan bukan majoriti Cina.

"Sejak tahun lepas, kami telah menggalakkan DAP supaya berkembang dan bertanding di kawasan di mana penduduk asal merupakan kumpulan majoriti.

“Kami bersedia berjasama dan menyokong DAP supaya mereka boleh berkongsi kerusi majoriti bukan Cina dan benar-benar menonjolkan parti itu sebagai parti pelbagai kaum.”

Bagaimanapun, semasa rundingan malam Ahad lalu, kepimpinan DAP Sarawak tidak bersetuju, dakwa Chua.


Tiada ulasan: