Selasa, 29 Mac 2011

JPN bersubahat dengan Umno cipta “pengundi hantu”

Kad pengenalan ini diberi kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang, khususnya di Selangor.


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor digesa memantau aktiviti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran dakwaan bahawa agensi kerajaan itu mengeluarkan kad pengeluaran kepada warga asing di luar waktu pejabat.

Ketika membuat gesaan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata, beliau mempunyai bukti yang sahih di mana JPN bersubahat dengan para pemimpin Umno cawangan Sepang dalam perkara ini.

“Kad pengenalan ini diberi kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, khususnya di Seangor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memantau aktiviti ini dan saya mempunyai maklumat tentang lokasi dan siapa (dalam Umno) yang terlibat serta kegiatan kad pengenalan ini dibawa keluar selepas waktu pejabat.”

“Namun, kita akan turut memantau aktiviti ini, di mana kad pengeluaran dibawa keluar masuk dalam negeri ini kerana semata-mata Umno hendak mendapatkan undi dari warga asing bagi menjamin kuasa politik mereka.

“Usaha ini dilakukan memandangkan rakyat tempatan tidak lagi menyokong mereka,” katanya, ketika berucap membahaskan titah ucapan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Azmin, “pengundi hantu” ini juga turut dikesan di Hulu Kelang.

“Di rumah ibu saya di Hulu Kelang, walaupun beliau tinggal seorang tapi dalam rumah ada lapan “penunggu”, sebahagiannya ada bangsa Cina dan India,” ujar beliau.

“Pengundi hantu” diistilahkan sebagai orang yang sudah meninggal dunia tetapi di”hidupkan semula” oleh Umno untuk menjadi pengundi.

Tiada ulasan: