Ahad, 27 Februari 2011

Protes Hindraf: 109 termasuk lapan pemimpin ditahan

KUALA LUMPUR — Polis mengesahkan seramai 109 orang telah ditahan ketika protes Hindraf, yang diadakan berhubung isu novel kontroversial Interlok dan “perkauman Umno”, di ibu negara hari ini.

Daripada jumlah itu lapan adalah pemimpinnya, lapan lagi wanita dan dua orang pemberita.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah memberitahu, mereka ditahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

Lapan pemimpin, dipercayai dua daripada mereka dari Hindraf yang telah diharamkan, disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan.

Dua pemberita, kedua-duanya dari media alternatif, kata Zulkifli, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka.

Tiada ulasan: