Isnin, 28 Februari 2011

LEBIH BANYAK PEMBANGUNAN DI MERLIMAU JIKA BN KALAH

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman berkata Umno BN ternyata masih menggunakan taktik kotor untuk meraih undi dengan mengugut pengundi-pengundi.

"Ada pihak tertentu dalam Umno mulai sekarang ini mengugut penduduk-penduduk jangan mengundi PAS. Sekiranya mereka mengundi Pakatan semua peruntukan di Merlimau ini akan ditarik balik."

"Ini cara jahat untuk mengugut pengundi supaya terus mengundi Umno."

"Segala peruntukan bukan dari Umno tapi duit rakyat. Kenapa mesti nak tarik?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam sidang media harian PR di Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhbbah Merlimau dipetik dari portal Harakahdaily.

Kata beliau lagi, pengundi-pengundi di Merlimau perlu berfikir dengan bijak sebelum memilih calon Pakatan Rakyat atau BN.

Ini kerana ujarnya, BN hanya akan mencurahkan pelbagai projek untuk memenangi hati rakyat apabila sesuatu kawasan itu dimenangi Pakatan Rakyat.

"Kalau penduduk di sini nak pembangunan dan ekonomi yang pesat dia kena mengundi Pakatan Rakyat kerana bila mengundi Pakatan Rakyat, calon kita menang, Umno akan usaha mencurahkan segala projek untuk menang balik dalam pilihan raya akan datang.

"Tapi kalau penduduk terus mengundi Umno, tak akan berlaku apa-apa.

"Kalau Umno kalah mesti dia curahkan segala projek untuk kembali memenangi hati rakyat," katanya.

Tiada ulasan: