Ahad, 27 Februari 2011

KEMELUT KAMPUNG DI HUTAN SIMPAN, SALAH SIAPA?

SABAH KINI


ANTANOM....Mungkin darah Antanom yang menjalar dalam tubuh Unggi tidak rela melihat masyarakatnya didera oleh kerajaan BN yang mereka pilih; apatah lagi anaknya, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom).

Oleh: DARI MEJA PENERANGAN SAPP TENOM

KEMELUT isu pelarian di bumi sendiri terus menghantui rakyat Murut yang tercetus peristiwa baru di Mukim Rundum beberapa bulan lalu, selepas Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan ke tiga-tiga buah perkampungan iaitu Kg Katubu, Kg Kapulu dan Kg Sumambu adalah HARAM kerana berada dalam kawasan Hutan Simpan amat merawan hati penduduk di kesemua kampung tradisi berkenaan.

Melihat kepada skop insiden itu, sukar untuk meramalkan apakah wakil rakyat terbabit mampu menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat ini, jika tidak keadaan sedemikian masih tergantung kerana belum ada sesuatu keputusan mutlak daripada kerajaan diperolehi.

Bermakna status penduduk kampong di situ masih di awing-awang sedangkan mereka (penduduk) sudah mendiami/menduduki perkampungan itu sejak beratus tahun dahulu sebagai tanah tumpah darah mereka, sedangkan kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani dan Rundum sekadar digazetkan pada tahun 1984.

Titik tolak kepada isu tersebut, sudah tentu ada persoalan lain yang timbul dari pandangan kaca mata rakyat termasuk penduduk perkampungan tersebut bahawa mengapa wakil rakyat yang sudah berkhidmat di situ selama lebih empat penggal tetapi status pemilikan tanah adat dan perkampungan di situ tidak diuruskan dan diselesaikan sebelum itu secara total.

Persoalanya dari segmen lain turut menekankan pelbagai reaksi yang kebanyakkannya menyifatkan isu tanah tumpah darah penduduk mukim Rundum sebagai suatu kelalaian dan kelekaan yang harus dipertanggung jawabkan kepada wakil rakyat yang mewakili mereka; sehingga menyusahkan rakyat selepas diusir keluar dari kawasan tersebut, malah menjadi suatu trauma dan penyakit menghantui fizikal setiap penduduk di situ.


USANG....Inilah wajah mahligai Murut di Kampung Katubu dan Sumambu membayangkan kesengsaraan hidup mereka dan bukannya pondok sebagaimana yang didakwa Jabatan Hutan.

Tidak syak lagi, bahawa sesiapa yang dapat menonton kenyataan Unggi Malinau (bapa kepada Ahli Parlimen Malaysia-Tenom Datuk Raimie Unggi) yang disiarkan oleh SabahkiniTV menyatakan bahawa selain penduduk sudah berkampung di situ sejak beratus tahun dahulu, malah mereka juga adalah lebih kurang 80 peratus penyokong UMNO.

Dalam kenyataan itu, Unggi turut kesal dan mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO di Sabah kerana bertindak tanpa pertimbangan secara peri kemanusiaan, lebih-lebih lagi mereka adalah anak jati di situ dan bukan pelarian (PATI).

Dalam pada itu, yang terbaru lagi dua penduduk di situ Eman Undok dan Palipus Ampasu turut membuat kenyataan dalam akhbar meminta pihak tertentu khususnya Ketua Menteri Sabah supaya campurtangan menyelesaikan masalah status perkampungan mereka dalam kadar segera, jika tidak mereka khuatir akan menjadi pelarian di bumi sendiri.

Kedua dua penduduk tersebut juga boleh disifatkan sebagai hilang keyakinan mereka terhadap kewibawaan dan ketelusan wakil rakyat mereka dalam melakukan penyelesaian secara total terhadap isu tersebut sehingga tanpa segan silu meminta Ketua Menteri Sabah untuk campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Isu tersebut bukan sahaja menular di peringkat kawasan, namun ia sudah di peringkat nasional kerana selepas sahaja isu pengusiran oleh Jabatan Perhutanan itu berlaku, insiden itu terus memenuhi ruang depan akhbar-akhbar tempatan dan nasional memaparkan kejadian tersebut kerana selepas itu, rata-rata pembaca menyifatkannya sebagai suatu penganiayaan kepada masyarakat Murut dan antara lain menyalahkan wakil rakyat kerana tidak buat kerja yang baik.


RENUNG....Renungan panjang Unggi tidak dapat merungkaikan masalah penduduk kampung yang terperangkap di dalam hutan simpan jika kerajaan negeri Sabah tidak jujur untuk mengatasi masalah yang sudah berkulat ini.

Tidak dapat tidak, wakil rakyat terbabit yang juga dari UMNO harus dipersalahkan dalam soal tersebut kerana telah leka dan lalai menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat sepertimana yang mereka janjikan ketika pilihanraya lalu yang terkandung dalam manifesto pilihanraya yang membuatkan rakyat selaku pengundi memilih BN kerana terpedaya dengan janji-janji tersebut.

Ekoran kejadian yang tidak seharusnya berlaku itu, rakyat telah mula meragui kejujuran dan ketelusan kerajaan UMNO-BN dalam menangani masalah rakyat yang bukan sahaja di Rundum tetapi di seluruh Sabah; sambil mengaitkan definisi slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan menyifatkannya sebagai ‘retorik’ semata-mata dengan ertikata lain, sekadar ibarat ‘memugai’ hati rakyat sahaja.

Salam Hormat, selamat berjuang untuk terus Maju Ke hadapan bersama SAPP!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hope that the people will regain their ancestral lands. At the same time, the forest reserves can be continued.

Tanpa Nama berkata...

A win-win situation is hoped for.

mandau berkata...

saya benar2 berharap agar nasib penduduk kampung tersebut dibela. mereka adalah bumiputera dan berhak tinggal di tanah air mereka.

Jason berkata...

The only way to solve this problem is to come up with a win-win solution.

zam berkata...

harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik. kepentingan penduduk haruslah dijaga dengan sebaiknya.

Sanih Alias berkata...

Tidakkan jabatan tidak sedar dari dulu lagi tetang kes ini. Mereka juga mengundi untuk negara kita. Alamat mereka pun pasti telah disertakan. Jadi kenapa boleh mereka menjadi pelarian dibumi mereka sendiri. Sudah bertahun-tahun mereka tinggal dikawasan itu.Maka kita mengharapkan perbincangan perlu bagi memastikan masalah dalam kes ini.

nickko berkata...

memandangkan isu ini semakin meruncing, wakil rakyat di daerah berkenaan perlu membawa isu ini menemui Ketua Menteri Sabah dan TYT untuk memastikan isu ini menjadi salah satu usul penting dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang. ini kerana TYT mempunyai kuasa untuk mengeksais keluar hutan simpan yang tidak produktif kepada Anak Negeri Sabah.

nickko berkata...

inilah masa pemimpin dan rakyat bekerjasama tanpa mengira fahaman politik untuk memperjuangkan permasalahan rakyat.

songkilou berkata...

Kerajaan perlu bertindak. Jika dilambatkan, takut pula ada yang menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menjatukan kerajaan.

songkilou berkata...

Wakil rakyat bahagian tersebut harus bertanggungjawab. Jangan harap anda akan dicalonkan untuk bertanding jika tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Hinamori berkata...

Hope the people there get their rights.