Ahad, 30 Januari 2011

Tinjaun Awal Pagi Hari Mengundi

LABIS - Hujan lebat turun sejak malam tadi di Tenang tidak menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka turun mengundi.

Di SK Kampung Tenang, kira-kira 250 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11.30 pagi tadi. Suasana kelihatan tenang dan berjalan lancar dengan penyokong kedua-dua parti yang bertanding tidak melakukan sebarang provokasi melampau.

Menurut YB Zailah, pengundi Cina memberikan respon yang positif dengan menunjukkan semangat untuk keluar mengundi.

Manakala pengundi Melayu perlu diberi bantuan untuk keluar mengundi memandangkan kebanyakan kampung sudah ditenggelami air.

Di Bandar Labis Tengah juga semangat pengundi untuk keluar mengundi tidak luntur dengan sanggup meredah hujan lebat walaupun hanya menaiki motor.

Di Pekan Ayer Panas terdapat kawasan yang telah terputus hubungan jalan. Pasukan Pertahanan Awam sudah mula membawa masuk bot untuk membawa pengundi keluar mengundi.

Banjir di Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

Di Jalan masuk ke Ladang Labis Utara juga ditenggelami air.

Beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

Tiada ulasan: