Isnin, 31 Januari 2011

Selepas Tenang, PAS rangka strategi berkesan


Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS akan merangka strategi berkesan dalam pilihanraya seterusnya dan akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily ekoran kekalahan calonnya, Normala Sudirman di Tenang.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi.

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, PAS senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata,.

Tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen.

Berikut adalaah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M

STAM: 4,138 calon peroleh sijil dengan pangkat Maqbul

BERNAMA

PUTRAJAYA— Seramai 4,138 atau 63.3 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lepas memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, 413 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dengan 50 daripadanya mendapat gred cemerlang dalam kesemua 10 mata pelajaran, 804 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 1,961 Jayyid (baik) dan selebihnya Maqbul.

Meskipun terdapat penurunan jumlah calon yang memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang), terdapat peningkatan jumlah calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan iaitu pertambahan sebanyak 196 orang, Jayyid (554 orang) dan Maqbul(259) berbanding 2009, katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STAM 2010 di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata kesemua calon yang memperoleh sijil layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

“Seramai 3,178 calon yang mendapat pangkat Mumtaz hingga Jayyid layak memohon untuk melanjutkan pelajaran Universiti Al-Azhar,” katanya.

Sebanyak 10 mata pelajaran ditawarkan kepada calon STAM yang meliputi bidang bahasa, sastera Arab, syariah dan usuludin.

Abdul Ghafar berkata pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam yang meletakkan STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah menarik minat lebih ramai calon untuk menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas iaitu 6,537 orang berbanding 4,694 calon pada 2009.

“Kita melihat lebih ramai calon tahun ini berjaya mendapat sijil berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan mereka membuka lebih ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Calon yang tidak berjaya boleh menduduki semula atau memperbaiki pencapaian untuk sebarang mata pelajaran yang kurang memuaskan.

Mereka diberi peluang untuk mendaftar bagi menduduki semula peperiksaan itu pada 31 Mac ini.

Shaziman: Banjir di Gemas paling buruk

BERNAMA

GEMAS — Penduduk di Negeri Sembilan yang terbabit dengan banjir diingatkan supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan mereka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata keselamatan diri dan ahli keluarga mangsa banjir perlu diberi keutamaan bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan nyawa mereka.

"Perkara paling penting yang saya hendak ingatkan ketika banjir ialah kita hendaklah memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga kita," katanya yang juga Anggota Parlimen Tampin kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan banjir akibat hujan yang turun sejak semalam.

Gemas dan Tampin merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir apabila seramai 1,545 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan.

Banjir di Gemas kali ini adalah paling teruk berbanding tahun 2006, ekoran hujan luar biasa yang berterusan dalam tempoh dua hari menyebabkan air Sungai Muar melimpah.

Pekan Gemas ditenggalami air hingga menjejaskan aktiviti perniagaan.

Shaziman berkata bekalan keperluan untuk mangsa banjir perlu dihantar segera.

Bapa Nurin Jazlin kalah kes saman polis

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM2 juta terhadap polis dan kerajaan, yang dikemukakan Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin kakan-kanak yang dibunuh kejam tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana membuat kenyataan yang dianggap Jazimin sebagai fitnah, yang mengatakan bahawa kehilangan Nurin Jazlin berkaitan dengan along.

Dalam samannya pada 21 Ogos 2008, Jazimin berkata kenyataan defendan yang muncul dalam artikel akhbar harian di bawah tajuk “Siasat Ah Long Larikan Nurin” mengakibatkan nama baik dan reputasinya terjejas.

Jazimin mendakwa kenyataan itu bermaksud dia berhutang dengan along dan perbuatan itu membahayakan nyawa anggota keluarganya.

Nurin Jazlin, 8, diculik berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, pada 20 Oktober 2007, dan mayatnya ditemui dalam beg sukan 27 hari kemudian.

Dalam keputusannya Asmabi berkata selepas mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh saman itu, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata fitnah yang disebut dalam saman itu bukan diucapkan oleh Khalid pada satu persidangan media.

Beliau berkata Khalid membuat persidangan akhbar itu pada 20 September 2007 bagi memaklumkan orang ramai berhubung perkembangan siasatan kes Nurin Jazlin kerana beliau mempunyai tanggungjawab moral dan tugas untuk memberitahu orang ramai kerana, ia merupakan kes berprofil tinggi dan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Asmabi berkata pemberita Kosmo yang memberi keterangan di mahkamah mengaku bahawa dia menulis artikel itu berdasarkan kepada pemahamannya mengenai apa yang dikatakan Khalid, dan ia bukan petikan sebenar kata-kata Khalid pada persidangan akhbar itu.

Pemberita itu mengakui bahawa dia tidak menulis teks keseluruhan mengenai apa yang dikatakan oleh Khalid, tapi hanya menulis fakta-fakta utama.

Hakim turut berkata keterangan daripada pemberita New Straits Times dan Oriental Daily menunjukkan bahawa mereka tidak mendengar kata-kata yang disiarkan oleh akhbar Kosmo, yang memetik kata-kata Khalid mengenai peminjam wang secara haram.

Asmabi berkata kedua-dua pemberita itu berkata, kata-kata mengenai peminjam wang haram itu keluar dari mulut seorang pemberita yang bertanyakan Khalid mengenainya pada persidangan akhbar itu.

“Dalam perkara ini plaintif menamakan pihak yang salah dalam samannya, dia seharusnya menyaman Kosmo dan pemberitanya. Oleh itu saman ini ditolak dengan kos,” katanya.

Peguam kanan persekutuan Noorin Badaruddin yang mewakili defendan memohon RM50,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh plaintif kepada defendan.

Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Jazimin, Natasha Bashir supaya kos itu dinilai kemudian nanti.

Jazimin semasa ditemui pemberita berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menimbang kemungkinan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

Kes Teoh: Sebutan semakan didengar 17 Februari

BERNAMA

SHAH ALAM — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Februari untuk sebutan bagi permohonan semakan kehakiman oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung keputusan Koroner yang merumuskan kematian Teoh Beng Hock sebagai keputusan terbuka.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak dan beliau hanya membenarkan pihak pendakwaan dan keluarga Teoh sahaja berhujah berkaitan permohonan itu.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Negeri Selangor dan Badan Peguam dibenarkan bertindak sebagai pemerhati sahaja.

“Saya rasa yang terlibat secara terus adalah keluarga si mati. Dalam inkues sebenarnya melibatkan polis yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dan koroner akan membuat keputusan tetapi di dalam kes ini saya beri hak kepada keluarga si mati kerana anak mereka telah meninggal dunia dan ini menjadi saluran untuk melahirkan rasa terkilan,” katanya.

Semasa inkues, kesemua pihak terbabit dibenarkan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas untuk berhujah serta menyoal balas saksi sepanjang prosiding.

Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 Plaza Masalam di sini.

Inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Teoh bermula pada 29 Julai 2009 ekoran kematiannya menimbulkan tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke SPRM untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Di awal prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan tetap meneruskan permohonan itu walaupun pihak kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang akan bersidang 14 Februari ini.

Katanya permohonan tersebut dibuat pada 7 Januari lalu dan keputusan untuk penubuhan Suruhanjaya Diraja dibuat selepas itu iaitu pada 26 Januari.

Bagaimanapun, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memohon keputusan itu dikaji semula kerana Suruhanjaya Diraja berkemungkinan akan menyiasat perkara sama yang turut melibatkan siasatan terhadap kematian dan perjalanan siasatan SPRM terhadap Teoh.

Berikutan kenyataan Gobind itu, hakim memerintahkan tarikh sebutan ditetapkan selepas sidang pertama Suruhanjaya Diraja berlangsung bagi mengetahui skop siasatan.

Banjir di Johor ragut nyawa dua wanita

TERKINI


Keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan Segamat hari ini. — Foto oleh Choo Choy May


Gambaran satelit agensi kaji cuaca Singapura menunjukkan pergerakan awam di rantau Asia Tenggara. Wilayah selatan Semenanjung diramal hujan sepanjang minggu ini. —www.weather.gov.sg
JOHOR BARU— Banjir yang melanda Johor meragut nyawa dua wanita — seorang di Cha’ah, Segamat dan seorang lagi di Kampung Rahmat, Kulaijaya.

Kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan masing-masing yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian malam tadi.

Di Cha’ah, Rohani Ismail, 51, lemas selepas kereta yang dipandunya dihanyutkan arus deras di KM145 Jalan Johor Baharu-Seremban, kata Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Mohd Ali.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam tadi ketika Rohani bersama empat anggota keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Keratong 5, Pahang, selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Semerah, Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Majid berkata kereta yang dipandu Rohani dihanyutkan 50 meter ke dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.

Beliau berkata sekumpulan penunggang motosikal yang lalu di jalan itu berjaya menyelamatkan anggota keluarga Rohani, termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, tetapi gagal menyelamatkan mangsa.

Katanya gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat Rohani dua jam kemudian.

Di Kulaijaya pula, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya, berkata mangsa yang lemas akibat banjir di Kampung Rahmat dikenali Aw Yoke Lin, 53, berasal dari Taman Pelangi di sini.

“Polis menerima maklumat sekitar 9 malam tadi mengenai kenderaan jenis Hilux yang dipandu oleh Aw yang dilaporkan dihanyutkan air deras dan masuk ke dalam sungai di kampung itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkefly berkata lima anggota bomba dan 12 anggota polis yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat kemudian berjaya menarik keluar kenderaan terbabit dari sungai itu pada pukul 11.50 malam.

Beliau berkata Aw, bagaimanapun, didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, untuk bedah siasat.

Sementara itu, banjir ekoran hujan lebat sejak hampir seminggu lalu memaksa lebih 8,083 penduduk daerah Kluang dipindahkan dan jumlah itu dijangka bertambah sekiranya hujan berterusan. Kluang salah satu daerah terjejas ekoran hujan lebat di Johor.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir daerah Kluang, penduduk yang terjejas banjir ditempatkan di 43 pusat perpindahan.

“Kita jangkakan jumlah ini akan bertambah kerana kita ada lima lagi pusat perpindahan yang belum pasti jumlah sebenarnya.

“Hampir kesemua kawasan di daerah ini ditenggelami air termasuk Paloh, Kahang, Simpang Renggam dan Kampung Gajah.

“Kita masih menjalankan kerja-kerja membawa penduduk di tempat perpindahan, jumlah yang ada ini akan bertambah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut jurucakap itu, sebanyak 1,888 keluarga berada di pusat perpindahan di daerah itu.

Laporan hari ini mengatakan hujan yang berterusan di Johor memaksa lebih 1,000 orang dipindahkan selain memutuskan hubungan ke Segamat dan mengancam beberapa bandar lain, mencetuskan kebimbangan berulangnya banjir besar empat tahun lalu yang turut mengorbankan enam orang.

Seramai 1,339 orang telah dipindahkan setakat pagi tadi dengan 16 kampung di Segamat dinaiki air setinggi satu meter.

Menurut beberapa penduduk tempatan di kawasan Segamat, situasi semakin buruk berbanding keadaan yang disaksikan di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.

Dalam pada itu, dipetik Bernama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang, Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.

Oleh itu beliau berharap agensi-agensi kerajaan akan berbincang bagi mencari kaedah memperkenalkan sistem amaran awal banjir yang lebih berkesan.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, perbincangan itu perlu diadakan antara pelbagai agensi di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sistem amaran awal banjir itu perlu bukan sahaja bagi membolehkan kita menjangkakan bencana banjir lebih cepat tetapi memastikan operasi pemindahan mangsa banjir dan penggemblengan aset menyelamat menjadi lebih berkesan,” katanya selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini.

Pusat itu menempatkan 830 orang daripada 137 keluarga, yang terjejas ababila banjir melanda beberapa kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di sekitar Labis.

Katanya, segala usaha untuk memindahkan mangsa dan memberi pelbagai bantuan kemanusiaan telah digerakkan melibatkan kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Semalam saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, dan meminta beliau melaksanakan segala usaha bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau turut meminta Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.

Beliau berkata pengalaman Johor ketika berhadapan dengan banjir besar pada 2006 apabila puluhan ribu rakyat negeri itu menjadi mangsa dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan, amat berguna dalam menghadapi bencana banjir kali ini.

Wisma Putra nilai keperluan pindah pelajar di Mesir

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Luar A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana “situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia.”

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka...kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)...kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, hari ini.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.

Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

“Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah,” kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari ini, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.

Analisa Tenang: MCA Sudah Menjadi OKU Dalam BN

KELAB GREENBOC

Tenang dalam banjir: Kemenangan UMNO didahulukan?

Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Belum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam BN, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim. -MR

*Analisa ini disunting daripada beberapa laporan dan tulisan yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Siling Lobi Hospital Serdang Runtuh

BERNAMA

Siling lobi Hospital Serdang runtuh

Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.

"Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya.

Jurucakap itu berkata satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kejadian telah dilakukan, katanya.

Banjir di Johor ragut 2 nyawa, 28,900 dipindahkan

BERITA HARIAN ONLINE

LABIS: Banjir di Johor meragut dua nyawa, kedua-duanya wanita dengan 28,900 mangsa dipindahkan di 192 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga 8 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata mangsa yang terkorban dari Kampung Rahmat, Kulai dan Kampung Chaah, Segamat.

Beliau berkata, mangsa yang dipindahkan itu adalah terdiri daripada 6,854 keluarga.

“Segamat, Johor Bahru dan Kluang kini adalah daerah yang paling teruk dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan sehingga esok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, semua hubungan ke Daerah Segamat kini lumpuh manakala laluan ke Muar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di kedua-dua hala turut ditenggelami air.

Laluan ke Pekan Labis yang semalam dinaiki air kini sudah surut tetapi kawasan pinggir daerah itu masih digenangi air.

1,900 mangsa banjir di Negeri Sembilan dipindahkan

BERNAMA

TAMPIN: Kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan beberapa kawasan di daerah tersebut dilanda banjir akibat hujan sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tampin berkata seramai 1,545 mangsa di daerah kecil Gemas dan daerah Tampin dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di dua daerah itu.

Katanya 416 mangsa dipindahkan di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Dewan Kampung Tiong (64 mangsa), Balai Raya Kampung Ladang (4), Masjid Kampung Londah (38), Dewan Sungai Kelamah (260), Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4 (125), Balai Raya Kampung Parit Buluh (325) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor (150).

Pusat pemindahan lain ialah di tokong Buddha Air Kuning (25), Sekolah Kebangsaan Ladang (54), masjid Kampung Gedok, Gemencheh (20), Masjid Kampung Sungai Dua, Gemencheh (35) dan satu pusat pemindahan di daerah Tampin di surau Kampung Keru Hilir, Repah (29).

Sementara itu, di daerah Jempol 235 penduduk dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan banjir di daerah itu.

Seramai 88 mangsa dipindahkan di pusat ko-kurikulum kawasan Jempol di pekan Jelai, Sekolah Kebangsaan Palong 1 (80), Balai Raya Kampung Baru Rompin (24)Balai Raya Kampung Datuk Johan (20), Sekolah Kebangsaan Rompin (13), Balai Raya Kampung Dusat, Air Hitam (6) dan Dewan Orang Ramai Ladang Geddes (4).

Di daerah Kuala Pilah pula tiga pusat pemindahan dibuka di mana 77 mangsa dipindahkan ke Dewan Besar Dangi, Dewan Bandaran Majlis Daerah Kuala Pilah (51) dan Balai Raya Kepis (13).

Hakim Syarie didakwa khalwat di kuarters kerajaan

BERNAMA

GEORGETOWN: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan di sini pada 5 Disember lalu.

Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, Ketua Pendakwa Syariah, Zulhairi Aziz memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan kerana ia membabitkan pegawai kanan perundangan dan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terbabit.

"Akan timbul isu-isu perundangan yang luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang yang lebih mendalam," katanya.

Bagaimanapun peguam bela Munawir Abdul Aziz memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana katanya Mahkamah Rendah Syariah juga perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan untuk memindahkan kes itu.

1, 339 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Segamat, Batu Pahat

BERNAMA

LABIS: Seramai 1,339 penduduk daripada 313 keluarga di Segamat dan Batu Pahat dipindahkan ke pusat penempatan sementara akibat banjir berikutan hujan lebat melanda beberapa kawasan itu pada Ahad.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga pukul 1 tengah hari tadi, sebanyak 16 kampung dinaiki air di daerah Segamat dan sebuah kampung di Yong Peng, Batu Pahat.

Katanya kesemua mangsa dipindahkan ke 17 pusat pemindahan iaitu balai raya dan sekolah di sekitar kawasan yang terbabit dengan bencana itu.

"Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata di Batu Pahat empat mangsa dari satu keluarga di Kampung Haji Kamisan, Yong Peng pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.

Selain itu, katanya, beberapa kawasan juga terputus hubungan akibat banjir dan antaranya ialah Kampung Orang Asli Selai, Jalan Labis-Tenang, Ladang Labis Utara, Jambatan Sekolah Menengah Kamarul Arifin, Labis dan Jambatan Ladang Voules, Labis.

Katanya Sungai Segamat sehingga pukul 1 tengah hari tadi mencatatkan paras bacaan 9.75 meter iaitu paras bahaya manakala paras amaran dicatatkan di Sungai Sungai Segamat Kuala, Sungai Muar di Buluh Kasap, Sungai Muar di Kampung Jijah, Sungai Labis.

7 Lanun Somalia Tiba Di Malaysia Untuk Diadili

KLANG: Tujuh lanun Somalia yang ditahan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Teluk Aden pada 21 Januari lalu kerana merampas kapal dagang MT Bunga Laurel tiba di negara ini pada Isnin untuk diadili.

Mereka tiba di Pelabuhan Klang di sini pada pagi ini, dibawa ke pangkalan polis marin Pelabuhan Klang sebelum dibawa ke balai polis Pandamaran pada 9.55 pagi.

Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu dibawa ke Hospital Tunkua Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan perubatan.

Mereka yang berpakaian oren kelihatan turun dari bas yang merupakan sebahagian daripada konvoi kenderaan polis.

Dalam kejadian serang lanun tersebut, ATM berjaya menyelamatkan MT Bunga Laurel selepas dua jam ia ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika di timur Oman.

Misi menyelamat itu dilakukan bersama oleh kapal bantuan dan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 di dalam Operasi Fajar yang ditugaskan memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel ketika ia melalui perairan Teluk Aden.

Kira-kira pukul 11.40 malam pada hari Jumaat tersebut, kapal dagang itu yang disewa MISC Berhad telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan AK-47 dan pistol.

Namun seramai 23 anak kapal dagang berkenaan berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan manakala kesemua tujuh lanun itu berjaya ditahan dan tiga daripada mereka turut cedera.

Kedutaan Mesir Enggan Terima Memorandum

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang pada Isnin gagal menyerahkan memorandum bantahan bagi mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Kumpulan berkenaan yang berkumpul di luar Kedutaan Besar Mesir di sini sejak pukul 11 pagi tadi dimaklumkan oleh wakil kedutaan itu bahawa pihak mereka enggan menerima memorandum berkenaan kira-kira 45 minit selepas itu.

Bagaimanapun memorandum berkenaan tetap diserahkan menerusi kotak surat kedutaan terbabit.

Wakil kumpulan tersebut, Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan gesaan berkenaan melalui himpunan rakyat yang akan diadakan pada Jumaat ini.

"Mungkin pihak Kedutaan Mesir tak nak terima sebab tidak ramai rakyat yang buat gesaan, tapi insyaAllah Jumaat ini kita akan himpunkan kira-kira 5,000 ke 10,000 rakyat bagi mengadakan demonstrasi,"katanya.

Perhimpunan itu akan bermula dari Masjid KLCC menuju Ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.

Prolog Pasca Sebuah Pilihan Raya


MSO
Keputusan muktamad pilihan raya kecil tenang
BN 6699, Pas 2992. Majoriti 3707
PEJUANG yang kental dan sejati itu tidak akan mengaku kalah. Istilah kalah atau berundur tidak ada dalam kamus hidupnya. Pejuang tulen melatakkan syahid itu sebagai matlamatnya. Mujahidin tidak pernah membawa kain putih untuk dijadikan bendera. Lilitan perca merah sentiasa mengecapi kepalanya.

Saya selalu mengatakan kemenangan dalam perjuangan bukan mendapat kuasa atau menjadi ketua. Kemenangan sebenarnya ialah mati sewatu kita sedang menghayungkan pedang ke leher musuh.

Belum tentu kita seorang manusia, (muslim) kalau kita mati dalam kuasa berada ditangan. Kuasa kadang kala menjadikan kita alpa, menjadi kita riak ataupun menjadikan kita munafik. Bayangkan kalau kita mati dalam keadaan itu maka hilang fitrah kerinduan kita untuk menjadi insan mutaqim lialamin.

Saya yakin dan percaya para pejuang agama di Tenang tidak akan kecewa dengan kekalahan semalam. Mereka pulang sambil mengibarkan bendera basah untuk dikeringkan di rumah kelak. Mereka akan turun semula untuk meneruskan perjuangan di Merlimau nanti. Hanya beberapa hari di rumah untuk menyembui letih, kemudian mengumpul kekuatan untuk datang (turun) kembali ke gelanggang perang di Melaka.

Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.

Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.

Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda guala. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada air mata rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan.

BN menyedari kenapa mereka menang. Mereka juga menyedari apakah kemenangan itu bermoral atau sebaliknya. Kekesalan, kesenduan dan keinsafan akan hadir pada saat detik nazak menghampiri kita. Waktu itu semuanya sudah tidak ada guna lagi melainkan satu simbolik dan pesan amanat untuk sebuah kehidupan yang lain.

Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.

Ikhwah muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.

Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih afdal adalah di dalam pilihan raya umum.

Kepada cikgu Mala, mekarlah kamu dihati rakyat. Teruskan perjuangankan dan kuatkan semangat. Kekal kembangkan senyuman sampai kapan. Pilihan raya itu telah meletakkan nama anda dalam arkib sejarah yang ada makna tersendiri. Pilihan raya itu membuka kertas Phd untuk anda menjadi seorang ahli politik hebat di masa depan.

Kepada Azahar Ibrahim pula jangan persia-siakan harapan dan impian rakyat. Anda hanya memiliki masa kuranag setahun untuk melalui ujian sebenar.

Kepada Sallahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya Pas masih ada beberapa hal yang anda harus mempelajari dan menceramtinya untuk muncul sebagai seorang komender perang yang berjaya. Ingat ada sudah melwati dua pengalaman sebagai pengarah.

Salam hormat dan mohon berundur dari bumi Tenang lautan terbentang biru dan bulan akan mengambang atas ubun-ubun bangsa!

Kelahiran anak luar nikah di Terengganu semakin parah

WarkahDaily

Amat menyedihkan, negeri yang duhulu, penduduknya terkenal dengan kesopanan dan kelembutan penduduknya yang berada di sebelah pantai timur semenanjung, namun kini telah berubah wajah.

Perubahan menggerunkan ini kelihatan semakin parah. Masalah sosial yang melanda amat membimbangkan. Jumlah kelahiran anak tanpa bapa semakin bertambah.

(Gambar kanan: Salah satu signboard yang dipasang sekitar Bandaraya KT)

Sebelum ini, kita hanya mendengar, kes-kes seperti ini hanya banyak berlaku di negeri sebelah pantai barat semenanjung tapi sekarang, Terengganu telah menerokai perubahan mengejut itu.

Pihak berwajib sepatutnya mengambil perhatian dengan segera sebelum ianya lebih parah. Pemimpin-pemimpin masyarakat di sana perlu menyeimbangi pembangunan yang diagung-agungkan dengan pembentukan akhlak rakyatnya.

Inilah akibat terlalu mengejar pembangunan siang-malam tanpa menghiraukan masalahh sosial yang dihadapi.

HMetro - KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

HEBATNYA KERAJAAN NAJIB DAN JENTERANYA MENEWASKAN SEORANG WANITA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu diucapkan tahniah kepada `Kerajaan Malaysia beserta beberapa Kementerian dan agensinya' yang telah menewaskan PAS yang mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang yang diumumkan malan tadi.

Calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3, 707 dengan mendapat undian 6, 699 manakala Normala memperoleh 2,992 undi. Bumi Tenang dibanjiri air sehingga ke tengah Pekan Labis iaitu banjir terburuk di kawasan tersebut, namun majoriti pengundi tetap yakin bahawa Kerajaan Bn adalah kerajaan terbaik buat mereka dan Labis khususnya tetap dilihat maju di bawah Bn.

Majoriti di Labis juga berpendapat bahawa `ketuanan Melayu' mesti dipertahankan, walaupun beberapa pemimpin di kalangan mereka memperlekehkan hukum Islam. Melayu lebih penting dari segalanya, sebab itu seperti biasa kawasan Felda tetap aset penting pendukung `ketuanan Melayu'. Alhamdulillah, di saat ramai Melayu tidak peka terhadap hukum Islam, DAP dan pengundi-pengundi Cina bersatu dengan PAS mempertahankan maruah Islam dari terus dicemari oleh mulut beberapa pemimpin mereka.

Ini satu perkembangan baik buat PAS dan PR. Islam semakin difahami oleh mereka dan biarlah Chua Soi Lek, Muhyiddin, Rais atau Isa Samad yang merasa amat sukar memahaminya. Majoriti pengundi-pengundi di Tenang juga merasakan perjuangan Islam tidak mempunyai tempat di sini terutamanya di kawasan felda.

Sebab itu, hairan apanya jika kita lihat remaja-remaja di kawasan felda teramat baik akhlak mereka. Tiada masalah sosial di felda dan felda itu sendiripun bersih sebersihnya. Justeru, memang wajar Ahmad Maslan tidak menyahut cabaran ANAK untuk berdebat berkenaan isu felda.

Ini adalah kerana majoriti penduduk felda tetap yakin felda bersih. Tidak lama lagi seluruh felda akan mendapat WIFI percuma sepertimana kem tentera di Bagan Pinang telah mendapat WIFI, kolam renang dan Padang Futsal yang dijanjikan dulu (?)

Sekali lagi tahniah buat Kerajaan 1 Malaysia di bawah Najib dan ternyata jentera kerajaan mereka amat kuat sehingga boleh menewaskan seorang wanita dari PAS./

wfauzdin.blogspot.com

UMNO Selangor bangga prestasi BN di Tenang


SINAR HARIAN ONLINE



SHAH ALAM – UMNO Selangor melahirkan rasa bangga dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berjaya mengalahkan Pas dengan majoriti yang besar.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, walaupun DUN Tenang mengalami banjir dan hujan yang tidak berhenti di sepanjang tempoh pengundian namun jentera BN masih berjaya mengekalkan kerusi DUN tersebut.

Menurutnya, prestasi memberangsangkan ini diharap dapat diteruskan semasa di Pilihan Raya DUN Merlimau, Melaka yang akan bermula pada 6 Mac ini.

“Kita sudah menjangka dari awal lagi kerusi ini akan menjadi milik kita, walaupun hari hujan dan DUN Tenang mengalami banjir namun, kemenangan masih milik BN.

“Diharap kesemua jentera parti tidak leka dalam kemenangan ini dan dalam bekerja bersungguh-sungguh pada Pilihan Raya DUN Merlimau nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menerusi kemenangan di DUN Tenang ini, BN telah berjaya mengekalkan rekod kemenangan setelah memenangi DUN Galas, Parlimen Batu Sapi dan juga Hulu Selangor.

Sementara itu Pas Selangor akan membantu Pas Pusat untuk bangkit semula di Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini bagi menebus kekalahan di PRK DUN Tenang, Johor.

Timbalan Pesuruhanjaya II Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, kekalahan Pas di DUN Tenang bukan kekalahan parti itu secara keseluruhannya, sebaliknya satu titik permulaan untuk Pas menawan Johor.

Dalam masa sama, Pas Selangor bertanggungjawab memberikan kerjasama terbaik bagi memastikan kemaraan Pas di Merlimau.

“Pas tidak menganggap itu sebagai kekalahan total. Ini merupakan langkah kita (Pas) untuk memulakan gerak kerja menawan Johor.

“Kita tahu undi kawasan Felda banyak berpihak kepada BN tetapi kita tidak boleh melihat setakat itu sahaja. Pas akan mengenal pasti setiap saluran mengundi dan mengkaji setiap kawasan mengundi, bagaimana trend pengundian,” katanya.

Bagaimanapun Iskandar mengakui kemenangan BN di Tenang disebabkan DUN tersebut merupakan kawasan tradisi BN.

“BN mengerahkan seluruh jentera kerajaan terutama di tempat-tempat yang Pas tidak dapat masuk, itu adalah kekurangan Pas sebab kita tidak ada jentera-jentera seperti bot (bawa pengundi ke tempat mengundi) dan sebagainya,” katanya.

PARIT TERSUMBAT PUNCA BANJIR SANDAKAN

TERHEMPAP….sebuah kereta mewah terhempap oleh hakisan tanah yang runtuh dari arah sebuah bukit di Pasir Putih (gambar sisipan Maryati).

Oleh: SHAIMON S JUMADI

TERDAPAT beberapa faktor kenapa setiap kali hujan lebat beberapa kawasan begitu mudah dilanda banjir lumpur berana berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna; apatah lagi jika saluran parit tersumbat.

Akibatnya, jika hujan berpanjangan, arus air yang bercampur lumpur yang datang dari arah bukit, sudah tentu tidak dapat ditampung parit sedalam 10 kaki dan lebar 15 kaki disebabkan limpahan air yang banyak sehingga terjadi banjir kilat.

Menurut pandangan beberapa orang penduduk di persekitaran yang sempat ditemui semasa tinjauan Wartawan Kanan Sabahkini.Net, majoriti mereka menuding jari kepada Jabatan Kerjaraya dan Majlis Perbandaran Sandakan.

“Ini semua berpunca daripada kerakusan pembangunan yang ingin pesat di beberapa sudut sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar semula jadi. Contohnya bukit-bukau ditarah sehingga rata dan pokok-pokok ditebang sehingga menyebabkan struktur tanah di bukit tidak kukuh. Apabila hujan lebat berpanjangan, maka tanah begitu mudah runtuh dibawa oleh arus air yang begitu deras dan mengalir ke kawasan rendah” jelas Maryati @ Waty Antony (gambar sisipan) seorang penduduk Taman Raja Wali Sandakan yang turut menjadi mangsa banjir di mana rumahnya telah dinaiki air sedalam tiga kaki.

Menurut Maryati, pihak berkuasa tempatan harus mengambil kira bantahan rakyat dan mengkaji beberapa sudut bagi melestarikan pembangunan agar mengutamakan faktor keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

“Pencabulan alam semula jadi seperti menerokai bukit-bukau dan pokok-pokok yang jadi mangsa keadaan. Inilah salah satu faktor utama berlakunya banjir kilat di sana sini,” ujar Maryati lagi.

Kata Maryati, senario berbeza bagi kawasan tebingan sungai seperti Kinabatangan kerana banjir sebesar mana pun, tidak begitu menggugat kerana sistem saliran belum terganggu.

“Sejak lahir 26 tahun lalu, inilah kali pertama bandar Sandakan dilanda banjir lumpur sehingga melibatkan beberapa deret bangunan kedai telah dinaiki air sedalam tiga kaki,” ujar Maryati yang menyifatkan fenomena ini merupakan satu detik hitam kepada warga asal Sandakan yang ‘bebas banjir’.

Maryati yang bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Pejabat UMNO Bahagian Beluran merayu kepada pihak yang berkenaan khususnya pihak berkuasa tempatan semoga dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini agar tidak berulang lagi kerana banjir kilat ini benar-benar menyusahkan rakyat.

KEADILAN Desak TMI Perbetul Laporan Salah Terhadap Anwar


Oleh Suara Keadilan

NNLaman berita the Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk 'Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN'.

Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda' (laporan disertakan sebagai rujukan).

Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato' Sri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.

Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: "Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas."'

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Selproa Kritik Tindakan Polis Ganggu Pegawai ADUN

Oleh Suara Keadilan

sgorflagSelproa merakamkan rasa kesal terhadap tindakan tidak professional Polis yang seringkali meminta Sdra Mohamad Azmin Bin Abdul Karim, Pegawai Khas kepada YB Shuhaimi Shafiei, Adun Sri Muda untuk hadir memberikan keterangan kepada pihak Polis Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11, Shah Alam

Setakat ini beliau telah diambil keterangan sebanyak LIMA (5) KALI termasuk keterangan yang diambil hari ini ( Khamis 27 Januari 2011) di IPD Shah Alam.

Untuk pengetahuan, Sdr Mohamad Azmin adalah salah seorang ahli Selproa.

Selproa beranggapan tindakan Polis ini lebih merupakan satu bentuk tekanan/ gangguan saikologi (psychological harassment) terhadap pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Adun-adun / Ahli parlimen Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Selproa juga percaya ia juga merupakan satu bentuk tekanan terhadap YB Shuhaimi Adun Sri Muda yang sedang dikritik hebat oleh gerombolan dan kuncu-kuncu UMNO/ Barisan Nasional ekoran tulisan beliau dalam blognya yang kononnya “dikatakan” menghina Istana berkaitan isu perlantikan SUK Selangor.

Selproa ingin menegaskan disini agar pihak Polis tidak ‘diperalatkan’ oleh pemimpin UMNO dan isu perlantikan SUK tersebut.

Pihak Polis sepatutnya tidak mengamalkan ‘pilih kasih’ dalam menjalankan siasatannya kerana dilihat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lebih 30 laporan Polis yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap beberapa editor akhbar Utusan Malaysia dan beberapa orang individu lagi yang boleh disabitkan kesalahan jenayah di bawah Akta Hasutan yang juga boleh diklasifikasikan mengancam keharmonian awam dalam isu perlantikan SUK tersebut.

Presiden Selproa telah turut hadir di IPD Shah Alam, Seksyen 11, Shah Alam bersama-sama YB Shuhaimi dan beberapa pemimpin Keadilan Cabang Kota Raja menemani Sdra Azmin untuk diambil keterangan buat kali ke 5, pada pukul 4.00 petang tadi.

Selproa bertegas agar pihak Polis atau mana-mana pihak Penguatkuasa Undang-undang mengambil iktibar dari peristiwa kematian Teoh Beng Hock dan Selproa tidak mahu ahli-ahli Selproa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam usaha pihak berkenaan cuba ‘mengenakan’ wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor

ABDUL RAZAK ISMAIL
Presiden Selproa

Isu sempadan kubur Islam, jirat Cina Batu Tiga selesai

SELANGOR KINI

Khalid Samad

SHAH ALAM – Isu persempadanan semula tanah perkuburan Islam dan jirat Cina di Kawasan Batu Tiga, Shah Alam, berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu, penyelesaian dicapai hasil kata sepakat kedua-dua belah pihak dengan mengalihkan lokasi dewan yang menjadi punca persempadanan sebelum ini.

Mengulas lanjut perkara ini, Khalid berkata, ia merupakan satu penyelesaian yang wajar dan terbaik dicapai setelah isu tanah perkuburan ini dibangkitkan sebelum Pakatan memerintah Selangor lagi.

“Masalah ini berpunca daripada pemerintah terdahulu yang kurang mengambil berat dan sekarang ini kita warisi masalah ini dan menerusi perbincangan kedua-dua pihak dan dapat menyelesaikan dengan baik,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil kata sepakat tersebut, kaum Cina bersetuju untuk meroboh dan membina dewan baru di atas sempadan yang sepatutnya.

Manakala beberapa buah jirat Cina yang terdapat di atas tanah perkuburan Melayu dibiarkan sahaja dengan membina pagar sebagai penanda aras sempadan bagi memisahkan kawasan perkuburan Islan dan jirat Cina.

“Oleh kerana kubur tersebut telah melanggari sempadan, maka pembinaan tempoh tersebut dibina dengan memastikan kubur tersebut berada di kawasan tanah perkuburan Cina,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Islam Batu Tiga mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah pencerobohan tanah wakaf perkuburan Islam oleh persatuan Perkuburan Cina di situ, ekoran pembinaan sebuah dewan Cina terletak dalam wakaf tanah perkuburan Islam.

Tanah Perkuburan yang berkeluasan 2.26 hektar itu dianggarkan boleh digunakan sehingga 30 tahun lagi untuk lima kawasan penempatan disitu namun penduduk mendakwa ia berkurangan sebanyak 1.66 hektar setelah dicerobohi.

Hasil siasatan kematian Teoh dijangka selesai sebelum 25 April

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock dijangka akan selesai inkuesnya dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya 25 April ini.

Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong berkata, mereka akan menjalankan siasatan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat setiap minggu bermula 14 Februari ini.

“Menurut perhitungan kami, siasatan perlu diselesaikan dan laporan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong menjelang 25 April. Itu bererti kita tidak punya banyak masa,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Teoh serta keadaan yang membawa kepada kematiannya.

Suruhanjaya itu ditubuh berikutan bantahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pengahkiaman terbuka oleh Inkues Teoh yang memutuskan pembantu politik itu tidak membunuh diri mahupun dibunuh.

Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu antara lain akan menyiasat sama ada terdapat sebarang ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Teoh berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya selain mengesyorkan sebarang tindakan yang sesuai, jika perlu.

Piala Sumbangsih: Kelantan juara buat kali pertama

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR – Kelantan membuka tirai bola sepak Liga Super musim 2011 dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Ini merupakan hadiah buat jurulatih baru, Datuk M. Karathu yang baru beberapa hari melatih skuad The Red Warriors kurang apabila jurulatih sebelumnya, B. Sathianathan digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelantan bermula garang seawal minit pertama dengan asakan merbahaya ke gawang tuan rumah apabila diberi sepakan percuma namun tidak menepati sasaran pintu gawang.

Anak buah M. Karathu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas diberi sepakan penalti apabila pemain Selangor, Razman Roslan dilayangkan kad kuning pertama kerana mengasari pemain Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya pada seawal minit ke-7.

Pemain terbaik musim lepas, Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil sepakan penalti mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Iqbal Mohd Suhimi.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan namun buntu mencari jaringan.

Perlawanan separuh masa kedua sedikit terencat apabila pengadil perlawanan Yusuf Karim terpaksa memberhentikan perlawanan kira-kira lima minit apabila kedua-dua penyokong membaling objek dan mercun ke dalam padang.

Sejurus perlawanan bersambung pasukan The Red Warriors sekali lagi membolosi gawang gol Selangor apabila sepakan percuma yang diambil oleh Mohd Badhri Md Radzi tepat ke sasaran pada minit ke-82.

Tersentak daripada jaringan itu, Selangor mula bangkit pada saat akhir mengasak benteng pertahanan Kelantan namun kemenangan tetap berpihak kepada Kelantan.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat muncul sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih.

Perlawanan Sumbangsih itu turut disaksikan dua Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha
Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Senarai barisan pemain

SELANGOR:

Mohd Iqbal Mohd Suhimi, Mohd Razman Roslan, Mohd Asraruddin Putra Omar,
Safiq Rahim (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Mohd Safee Mohd Sali, Mohd Hardi
Jaafar (Mohd Fazilidin Khalid), P. Gunalan, Yosri Derma Raju, Mohd Amri Yahyah,
Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Fadzli Saari

KELANTAN:

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul
Idlan Talaha, Solihin Kanasian, Danial Fadzley Abdullah, Mohd Nurul Azwan Roya,
Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Badhri Md Radzi, Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid, Zairul
Fitree

Amaran hujan peringkat merah di Johor hingga esok

BERNAMA


Kawasan sekitar Tenang dilanda banjir akibat hujan lebat hari ini. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR — Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Rasmi: BN kekal di DUN Tenang, gagal cecah sasaran majoriti 5,000

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Azahar (tengah) diangkat oleh penyokong-penyokong BN selepas memenangi pilihan raya kecil Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS — Keputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.

Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.

Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Terdahulu kira-kira dua jam sebelum keputusan rasmi diumumkan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN telah memenangi pilihan raya kecil kali ini — yang ke-14 semenjak 2008.

“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Dalam pada itu akaun Twitter Normala pula membawa mesej, “secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yang komited bersama (tema) Ubah Sekarang... terima kasih kepada semua (yang) bantu saya.”

Berbanding Mac 2008, peratusan keluar mengundi kali ini cuma 67 peratus atau 9,833 pemilih tunai tanggungjawab mereka, dikaitkan dengan faktor cuaca.

Seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Md Asri Amir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis pada kira-kira pukul 10.05 malam.

Keputusan itu yang pada mulanya dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam bagaimana terlewat sedikit disebabkan kelewatan tiba beberapa peti undi akibat banjir besar yang melanda kawasan DUN berkenaan hari ini.

Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaik keputusan diumumkan, Mohd Azahar, yang berkemeja batik biru dan bersongkok, dijulang oleh para penyokongnya yang turut melaungkan “Hidup BN!”

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Ahad, 30 Januari 2011

Keputusan N.05 DUN Tenang

HARAKAHA DAILY

4:15
Petugas PAS di Ladang Labis Utara terputus hubungan dengan luar, jalan keluar masuk ke tempat mengundi dinaiki air.
Sunday January 30, 2011 4:15

4:25
Polis sedang menurunkan bot dari trak.
Sunday January 30, 2011 4:25

4:32
Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.
Sunday January 30, 2011 4:32

4:34
Kira-kira setengah jam lagi semua pusat pengundian akan ditutup.
Sunday January 30, 2011 4:34

4:36
Polis mula mengawal lalu lintas di Jalan menuju ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis sebagai persediaan untuk proses penghantaran peti undi dari setiap unit peti undi.
Sunday January 30, 2011 4:36

5:00
Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.
Sunday January 30, 2011 5:00

5:30
Sehingga pusat pembuangan undi ditutup pada jam 5 petang, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 71.71 peratus atau 10,579 pengundi.
Sunday January 30, 2011 5:30

5:56
KEPUTUSAN RASMI UNDI POS
PAS - 3
BN - 115
Undi rosak - 1
Jumlah keseluruhan - 119
Sunday January 30, 2011 5:56

6:01
Keputusan rasmi undi pos
Sunday January 30, 2011 6:01

6:07
Terdapat 33 peti undi termasuk peti undi pos dan masih terdapat 32 peti undi belum sampai.
Sunday January 30, 2011 6:07

6:23
Keputusan tidak rasmi akan mula dilaporkan dari masa ke masa pada bila-bila masa sebentar lagi.
Sunday January 30, 2011 6:23

6:26
Tidak rasmi: BdrLabisTengah S1 PAS 123(128), BN 64(96)
Sunday January 30, 2011 6:26

6:26
Tidak rasmi: BdrLabisTengah S4 PAS 209(244), BN 90(161)
Sunday January 30, 2011 6:26

6:38
Tidak rasmi: KgRedong S2 PAS 67(96), BN 211(175)
Sunday January 30, 2011 6:38

6:40
Tiga peti undi tiba.
Sunday January 30, 2011 6:40

7:10
10 peti undi tiba di pusat kira undi.
Sunday January 30, 2011 7:10

7:14
Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.
Sunday January 30, 2011 7:14

7:19
Keputusan tidak rasmi menyatakan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,761.
Sunday January 30, 2011 7:19

7:23
Keputusan rasmi
SPR: PAS 424, BN 1061
Sunday January 30, 2011 7:23

7:23
Keputusan rasmi
SPR: PAS 573, BN 1193
Sunday January 30, 2011 7:23

7:24
Keputusan rasmi
SPR: PAS 849, BN 1536
Sunday January 30, 2011 7:24

7:24
Peti undi yg telah diterima 10
Sunday January 30, 2011 7:24
7:25

Keputusan rasmi
SPR: PAS 1056, BN 1730 Majoriti 674
Sunday January 30, 2011 7:25

7:27
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1113, BN 2022
Majoriti 909
Sunday January 30, 2011 7:27

7:29
Keputusan rasmi
Sek Agama Felda Chempelak Barat - saluran 2:
PAS 57, BN 292, rosak 2
Sunday January 30, 2011 7:29

7:32
Jumlah peti undi diterima setakat ini 11, belum terima 22
Sunday January 30, 2011 7:32

8:04
Keputusan tak rasmi: BN 6,698, PAS 2,963, maj 3,735, rosak 35 undi
Sunday January 30, 2011 8:04

8:05
Cikgu Mala: "Secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yg komited bersama UBAH SEKARANG..terima kasih kepada semua yang membantu saya".
Sunday January 30, 2011 8:05

8:10
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1166 BN 2355
Majoriti 1189
Sunday January 30, 2011 8:10

8:11
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1227 BN 2728
Majoriti 1501
Sunday January 30, 2011 8:11

8:11
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1248 BN 3007
Majoriti 1759
Sunday January 30, 2011 8:11

8:12
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1350 BN 3240
Majoriti 1890
Sunday January 30, 2011 8:12

8:13
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1440, BN 3361
Majoriti 1921
Sunday January 30, 2011 8:13

8:13
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1508, BN 3573
Majoriti 2065
Sunday January 30, 2011 8:13

8:14
Jumlah peti undi dikira 17
Sunday January 30, 2011 8:14

8:14
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1599, BN 3751
Majoriti 2152
Sunday January 30, 2011 8:14

8:14
Jumlah peti undi telah dikira 18, belum diterima 15
Sunday January 30, 2011 8:14

8:20
SK LKTP chempelak PAS 53, BN 333
Smk tenang station PAS 102, BN 233
Smk tenang station saluran 4 PAS 98, BN 212
Smk tenang station saluran 3 PAS 61, BN 178
Sunday January 30, 2011 8:20


8:39
Keputusan tidak rasmi (mengikut kiraan PAS):
BN 6,596, PAS 2,698.
Majoriti BN mendahului 3,628.
Peratus keluar mengundi 65.02 peratus.
Jumlah pengundi 9,593.
Sunday January 30, 2011 8:39

8:40
SPR masih menunggu 15 lagi peti undi.
Sunday January 30, 2011 8:40

9:03
Sekarang sedang berlangsung ceramah di Dataran Wayang Pacak yang dihadiri dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkifly Ahmad dan peguam Hanipa Maidin.
Sunday January 30, 2011 9:03

9:13
Selingan PENGUMUMAN: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorandum ke kedutaan Mesir jam 10-30 pagi pada isnin 31 Jan 2011. Membantah penangkapan serta pembantaian pihak berkuasa mesir ke atas rakyatnya yang berdemontrasi mendesak Presidennya berundur. Demi keamanan negara bumi al anbiyak itu Presiden Husni Mubarak dinasihatkan berundur dan akur dengan desakan rakyat.
- Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan
Sunday January 30, 2011 9:13

9:14
Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Omar dalam ucapannya di Dataran Wayang Pacak malam ini berkata, dalam pilihan raya kecil, PAS sudah biasa mengalami kekalahan kerana PAS bukan bertanding dengan Umno BN sahaja tetapi melibatkan kerajaan pusat. Umno BN menggunakan seluruh jentera yang ada untuk memastikan kemenangan mereka
Sunday January 30, 2011 9:14

9:26
Semua peti undi telahpun sampai.
Sunday January 30, 2011 9:26

9:27
SPR dijangka mengumumkan keputusan peti undi yang baru diterima bila-bila masa.
Sunday January 30, 2011 9:27

9:34
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat , Ustazah Nuridah Salleh menasihatkan petugas parti agar tidak berputus asa untuk melawan kezaliman Umno BN. "Jangan lemah semangat di atas kekalahan ini sebaliknya jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran dan peluang untuk muhasabah dalaman parti untuk menghadapi pilkihan raya akan datang," katanya sewaktu berucap di Dataran Wayang Pacak malam ini
Sunday January 30, 2011 9:34

9:35
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1639, BN 3903
Majoriti 2264
Sunday January 30, 2011 9:35

9:37
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1694, BN 4115
Majoriti 2421
Sunday January 30, 2011 9:37

9:37
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1737, BN 4254
Majoriti 2517
Sunday January 30, 2011 9:37

9:38
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1793, BN 4466
Majoriti 2673
Sunday January 30, 2011 9:38

9:38
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1831, BN 4697
Majoriti 2866
Sunday January 30, 2011 9:38

9:39
Keputusan rasmi
SPR: PAS 1954 BN 4761
Majoriti 2807
Sunday January 30, 2011 9:39

9:39
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2191, BN 4868
Majoriti 2677
Sunday January 30, 2011 9:39

9:40
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2473, BN 4972
Majoriti 2499
Sunday January 30, 2011 9:40

9:40
Jumalah peti undi diterima 26 belum terima 7
Sunday January 30, 2011 9:40

9:41
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2524, BN 5216
Majoriti 2692
Sunday January 30, 2011 9:41

9:41
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2572, BN 5436
Majoriti 2864
Sunday January 30, 2011 9:41

9:41
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2624, BN 5810
Majoriti 3186
Sunday January 30, 2011 9:41
9:42
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2659, BN 6041
Majoriti 3382
Sunday January 30, 2011 9:42

9:42
Peti undi diterima 30 belum terima 3
Sunday January 30, 2011 9:42

9:43
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2716, BN 6378
Majoriti 3662
Sunday January 30, 2011 9:43

9:43
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2783, BN 6609
Majoriti 3826
Sunday January 30, 2011 9:43

9:44
Keputusan rasmi
SPR: PAS 2992, BN 6699
Majoriti 3707
Sunday January 30, 2011 9:44

9:44
Ustazah Nuridah Salleh turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas parti yang bertungkus lumus berjuang dalam PRK kali ini.
Sunday January 30, 2011 9:44

9:45
Jumlah peti undi diterima 33 (jumlah penuh)
Sunday January 30, 2011 9:45

9:45
Keputusan rasmi keseluruhan
PAS 2992, BN 6699
Majoriti 3707
Sunday January 30, 2011 9:45

9:45
Peratus perbezaan undi 28.25 peratus
Sunday January 30, 2011 9:45

9:47
Calon BN Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3707 undi menewaskan calon PAS, Normala Sudirman.
Sunday January 30, 2011 9:47

9:48
Azahar mendapat 6699 undi berbanding Cikgu Mala, 2992 undi.
Sunday January 30, 2011 9:48

9:53
Calon PAS, Normala Sudirman dengan tenang berkata, meskipun kalah pada PRK Dun Tenang, beliau tetap menyifatkan ia satu kemenangan di sisi Allah SWT kerana seluruh jentera parti berani untuk menentang Umno BN.
Sunday January 30, 2011 9:53

9:54
Beliau juga berkata, beliau redha dengan keputusan tersebut kerana beliau telah berazam untuk menjadikan perjuangannya dalam PAS untuk mendapatkan redha Allah.
Sunday January 30, 2011 9:54

9:55
"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya.
Sunday January 30, 2011 9:55

10:03
PAS kalah di kawasan kubu kuat Umno adalah perkara biasa," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sunday January 30, 2011 10:03

10:04
Namun katanya PRK Dun Tenang menyaksikan Umno BN terpaksa berhempas pulas dan menurunkan bala tentera untuk mengekalkan kemenangan mereka di kawasan ini.

Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

MALAYSIA KINI

7.15pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm:
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm:
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm:
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm:
PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm:
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

Tidak rasmi: BN kekalkan kerusi DUN Tenang

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

LABIS — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.

Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi.

Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

DUN Tenang: Undi pos, BN dahului PAS

THE MALAYSIAN INDIDER


Seorang pekerja SPRM memeriksa kertas undi pagi tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

LABIS — Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman, bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di sini hari ini, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil itu Md Asri Amir.

Laporan Bernama menyebut, daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi.

Beliau turut mengumumkan satu kertas undi pos ditolak.

Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini petang ini.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru

Pengundian Tenang ditutup, 71.7 peratus mengundi

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Pengundi dibawa ke pusat-pusat mengundi menggunakan kenderaan bomba. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS — Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang “terjejas” akibat hujan lebat dan banjir sejak pagi lagi menyaksikan peratusan keluar mengundi hanya 71 peratus berbanding 80 peratus diramalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang sebagaimana dijadualkan sebelum ini.

Maklumat SPR menunjukkan seramai 71.71 peratus atau 10,579 pemilih keluar mengundi kali ini.

Pada 8 Mac 2008, peratusan keluar mengundi adalah dalam lingkungan 73 peratus.

Dalam pilihan raya kecil ini yang ke-14 sejak 8 Mac 2008, calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit ditentang calon PAS, Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah dilanda banjir berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.

Proses pengundian hari ini membabitkan 12 pusat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Ayer Panas, Dewan Masyarakat Ladang North Labis, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin, Dewan Bola Keranjang JKKK.

Pusat mengundi lain ialah SK LKTP Tenang, SK Sawah Baru, SMK Tenang Station, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Voules, Sekolah Agama Felda Chempelak dan SK LKTP Chempelak Barat.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini dan keputusannya dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, kerajaan perlu menghantar bekalan bahan makanan ke Labis ekoran banjir yang melanda kawasan itu sekarang.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS kerusi Tenang berkata, hampir seluruh bandar Labis dan sekitarnya kini dinaiki air.

Beberapa jalan utama Labis kini ditenggelami air ekoran hujan lebat dan bot-bot terpaksa dihantar untuk memindahkan mangsa ke tempat yang lebih tinggi.

Merlimau: Pakatan bincang sama ada letak calon PAS atau PKR

BERNAMA


Hadi berkata PAS mempunyai ramai orang di Merlimau. — gambar fail

SHAH ALAM — Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan sama ada akan meletakkan calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat.

Abdul Hadi yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di sini hari ini berkata demikian ketika ditanya mengenai minat PKR untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: “Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ.”

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Pinda Akta Kerana Rakyat Tolak Media Penipu‏

USTAZ IDRIS AHMAD

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata.

Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”


Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

DUN Tenang: Mangsa banjir dipindahkan terus meningkat

BERNAMA

LABIS: Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan terus meningkat.

Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Suptendan Abdul Aziz Ahmad, berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kampung Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kampung Usaha Jaya (70); Balai Raya Kampung Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kampung Orang Asli (130); Balai Raya Kampung Sekijang (10); Balai Raya Kampung Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kampung Gubah (13); dan Balai Raya Kampung Genuang India (81).

Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air.

Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atas bukit.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari seramai 55.36 peratus atau 8,167 orang daripada 14,753 pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya itu.