Jumaat, 31 Disember 2010

Kelantan turut isytihar cuti peristiwa Ahad ini

BERNAMA

KOTA BAHARU — Kerajaan Kelantan mengisytiharkan bahawa Ahad ini adalah hari cuti peristiwa sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, di Jakarta semalam.

Perisytiharan itu terkandung dalam arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 4/2010 kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak pengurusan badan-badan berkanun/Persekutuan/Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri.

Salinan surat itu dikirim kepada Bernama di sini malam ini.

Tiada ulasan: