Jumaat, 31 Disember 2010

ADUN Nangka sedia terus berkhidmat


bemeeOleh Staf FMT

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dato’ Haji Awang Bemee Pengiran Haji Ali Basah bersedia untuk terus berkhidmat kepada masyarakat sekiranya dicalonkan semula dalam pilihan raya negeri ini akan datang.

Penyandang kerusi kawasan itu selama tiga penggal berturut-turut menyatakan bahawa beliau berharap dapat dicalonkan semula atas tiket Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, Bemee menyerahkan ‘takdir politik’ kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan keputusan muktamat.

"Ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti (membuat keputusan) kerana saya sedia untuk mempertahankan kerusi DUN N.43 ini andainya parti terus memberi kepercayaan kepada saya untuk terus berada di sana," katanya di sini, hari ini.

Bemee yang juga Pengerusi KPA itu turut menyangkal desas-desus kononnya karier politiknya berakhir kerana kemungkinan besar tidak akan dicalonkan semula oleh PBB dalam pilihan raya akan datang.

Ditanya mengenai persediaan menghadapi ‘hari penting’ itu, Bemee memberitahu seluruh jentera parti di kawasannya kini berada dalam keadaan siap sedia.

Khabar angin

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini melaporkan ADUN N.43 itu juga menafikan khabar angin bahawa orang Melayu di Sibu memberi undi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen Sibu.

Di kerusi Nangka seramai 8,003 atau kira-kira 60% adalah pengundi muda dan berdarah panas. Luahan anak-anak muda Nangka melalui Facebook tentang masalah asas di kampung-kampung mereka cukup jelas menggambarkan betapa kecewanya mereka terhadap tahap khidmat wakil rakyat mereka.

Selaku kaum minoriti di bumi sendiri, sudah semestinya rasa terkilan itu berbaur cemburu melihat peruntukan sekadar melimpasi kampung mereka menuju perkampungan bukan Melayu atau kawasan bandar.

Satu lagi contoh, Kampung Hilir di pinggir bandar Sibu yang terletak dalam DUN Nangka diibarat seperti Kampung Baru di Kuala Kumpur yang dianggap mencacatkan keindahan Kuala Lumpur.

Kampung Hilir hanya di pisahkan oleh Hotel Paramount yang berbelas tingkat berada dalam keadaan daif.

Tiada ulasan: