Isnin, 29 November 2010

Usul tergempar cela guru rasis ketiga dikemuka

S Pathmawathy

Speaker Dewan Rakyat menerima usul tergempar bagi mencela seorang pengawas peperiksaan yang didakwa memnghamburkan kata-kata berunsur perkauman ketika menjalankan tugas menyelia peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di sebuah sekolah di Lukut, Negri Sembilan.

NONEEr Teck Hwa (DAP-Bakri) memfailakn usul itu menurut Peraturan Dewan 18(1). Katanya kejadian berlaku pada 24 November lalu apabila sekumpulan pelajar tiba lewat ke dewan peperiksaan.

Menurut Er, guru dari Port Dickson itu kemudian memarahi mereka dan menyuruh pelajar Cina supaya 'pulang ke China' manakala pelajar India pula disuruh 'pulang ke India' jika mereka tidak memahami peraturan.

Er, yang mengemukakan usulnya pagi ini berkata kes seumpama ini bukan lagi isu kes terpencil.

“Kenyataan mereka (kakitangan awam) adalah sama, iaitu mengarahkan orang Cina dan india pulang ke negara asal. Sebelum ini juga ada kata-kata menghina yang merujuk orang Cina sebagai pelacur dan orang India sebagai pengemis,” katanya.

Beliau memohon tindakan tegas diambil segera bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Tiada ulasan: