Sabtu, 27 November 2010

Shamsul, Zuraida Diisytihar Menang Ketua AMK, Wanita

Oleh Suara Keadilan

KONGRES_NASIONAL_FinalLogoPETALING JAYA - Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Zuraida Kamaruddin masing-masing diisytiharkan berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Ketua Wanita dalam Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.

Pengumuman dibuat setelah tamat kongres sayap AMK dan Wanita petang tadi.

Shamsul yang terdahulu mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden sebelum berpatah balik mempertahankan jawatannya mengalahkan pesaing tunggalnya, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard.

Bagi jawatan Timbalan Ketua AMK yang dikosongkan oleh Fariz Musa atas faktor had umur, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin aka Jonah mengalahkan Ahli Dewan Undangan Teja Chang Lih Kang.

Tiga Naib Ketua AMK yang dipilih ialah Azmizam Zaman Huri, Erveana Ansari Ali and Chan Ming Kai.

Erveana Ansari merupakan anak kepada bekas calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Ansari Abdullah sementara Ming Kai adalah Adun Simpang Pulai

Barisan 20 Exco AMK yang berjaya dipilih adalah Abdul Rahman Abdul Hackeem, Natassia Sarah, Zulhaidah Suboh, Zafril Mohd Eusoff, Mohammad Azihan Che Seman, Azman Yusof, Ginie Lim, Sangetha Jayakumar, Muhammad Najmi Samsudin, Jafery Namion, Azwan Ramli, Rajan Rajan Naidu, Farhan Ibrahim, Md Zaman Md Tasi, Sachithananthan Krishnan, Ong Chin Wen, Mohamad Nazri Ismail, Ramlan Roes, Hamsah Djabir dan Ng Shy Ching.

Bercakap kepada media selepas pengumuman itu Shamsul berkata kepimpinannya akan berdasarkan kepada prinsip konsensus.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip konsensus dalam kepimpinanan. Ini akan menjadi imej selepas pemilihan ini," tegas Shamsul.

Beliau juga menyeru kepada pihak yang kalah supaya sama-sama berganding bahu bagi memastikan lebih ramai calon muda akan diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau jug berbangga pemilihan kali ini menyaksikan seorang wanita muda menyandang jawatan Naib Ketua AMK manakala lapan daripada barisan Exco adalah juga dari kalangan wanita muda.

Bagi Wanita KEADILAN pula Zuraida mengekalkan jawatan ketua setelah mengalahkan dua pencabarnya, Dr Suraya Sudin dan Datin Animah Ferrar.

Zuraida memperolehi majoriti 4,382 undi dengan mendapat 5,835 berbanding Dr Suraya yang mencatat 1,453 undi serta Animah ditempat ketiga dengan 1,310 undi.

Timbalan Ketua Wanita pula dimenangi oleh Exco Selangor Rodziah Ismail yang mendapat 6,515 undi mengalahkan Asmah Abd Kadir yang memperolehi 1,591 undi.

Tiga Naib Ketua Wanita yang dipilih ialah Adun Rawang Gan Pei Nie (4,363 undi), Adun Taman Medan Haniza Talha (4,162 undi) and Noor Sham Abu Samah (3,329 undi).

barisan 20 Exco Wanita pula terdiri daripada Dr Daroyah Alwi, Chua Yee Ling, Nurin Aina, Juwairiya Zulkifli, Ain Eusoff, Yogayswari Ramalu, Salmah Ismail, Fathmawathy Salim, Armah Alias, Poziyah Hamzah, Tan Poh Lai, Ramlah Bee, Halimah Mamat, Norhesni Ismail, Nurhanim Datuk Mokhsen, Juliana Jusit, Vasanthi Ramalingam, Sanmah Lisut, Felicia Ling dan Nanie Jamil.

Kesemua jawatan yang dipilih dalam Pemilihan 2010 bagi AMK dan Wanita adalah bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Tiada ulasan: