Isnin, 29 November 2010

DAP arus perdana atasi kem Speaker DUN, Ronnie Liu tewas

TERKINI

PETALING JAYA — Kumpulan yang memihak Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah memenangi 10 daripada 15 kerusi pada pemilihan hari ini, yang turut mendapat perhatian ramai selepas perkembangan Perak dua minggu lalu.

Pemilihan hari ini menyaksikan kekalahan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang berkontroversi Ronnie Liu.

Kumpulan yang menguasai pemilihan hari ini, yang diketuai seorang lagi Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok dijangka akan memilih beliau sebagai pengerusi baru DAP Selangor.

Bagaimanapun Kok menerima kurang undi berbanding ketua kumpulan pesaing iaitu Teng Chang Khim, yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Teng berada di tempat keempat teratas.

Kok, Adun Kinrara, menduduki tempat ke-11 dengan menerima 437 undi manakala Teng mendapat 504 undi.

Kumpulan Teng disokong oleh bekas ahli anggota Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock yang mendakwa dirinya dipecat dari jawatan itu dengan tidak adil berhubung isu mengeluarkan surat sokongan.

Liu juga dikaitkan dengan isu itu tetapi menjauhkan diri daripada Tee, sekali gus menjadi sasaran kempen penyokong-penyokong bekas ahli majlis MPK itu.

Pemimpin-pemimpin lain diperakui Tee yang berjaya dalam pemilihan hari ini ialah Adun Sekinchan Ng Suee Lim yang memperoleh 498 undi, Tiew Way Keng (428), Senator S. Ramakrishnan (405), Lim Soon Hong (403) dan T. Kannan (402).

Calon barisan arus perdana menteri yang menang pula terdiri daripada Adun Teratai Jenice Lee yang memperoleh undi terbanyak iaitu 703, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh (644), Ahli Parlimen Klang Charles Santiago (596), Adun Seri Kembangan Ean Yong (478), Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (478), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (463), Adun Kampung Tunku Lau Weng San (459), Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching (452) dan Tiew Way Keng (428).

Tiada ulasan: