Sabtu, 30 Oktober 2010

TIDAK PERLU BERI PERHATIAN: MUHYIDDIN

SABAH KINI

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kempen ‘Sabah untuk Orang Sabah’ oleh Parti Maju Sabah (SAPP) merupakan isu lama yang tidak perlu diberikan perhatian.

Beliau berkata penduduk Sabah hendaklah pandang ke depan memandangkan sudah terdapat ramai dari kalangan mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun swasta.

"Di Kementerian Pelajaran ramai kakitangan pengurusan tertinggi berasal dari Sabah. Ini bermakna orang Sabah mempunyai kemahiran dan mereka sekarang berkhidmat di seluruh Malaysia," katanya dalam ucapan di majlis pemimpin bersama rakyat dengan masyarakat Cina di Kompleks Sukan Sandakan di sini, Jumaat malam.

Beliau juga berkata tindakan SAPP melalui Presidennya Datuk Yong Teck Lee yang membangkitkan isu itu semata-mata untuk memancing undi pada hal kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang ‘Mean Business’.

"Sabah bukan sahaja sebuah negeri yang penting kepada Malaysia tetapi juga merupakan sebuah negeri yang penting dari segi pembangunan ekonomi kepada negara," katanya.

Menyentuh mengenai pilihan raya kecil Batu Sapi, Muhyiddin mahu seluruh jentera pilihan raya BN berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Beliau berkata walaupun tidak ada siapa menyangka pilihan raya kecil itu akan diadakan namun terdapat hikmah di sebaliknya, memandangkan BN dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan parti pembangkang.

"Ramai pemimpin parti pembangkang terutamanya PKR telah meninggalkan parti itu kerana mereka tidak percaya dengan kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya (BERNAMA)

18 ulasan:

gambir berkata...

betul tu Muhyiddin...slogan lapuk tu sudah tidak boleh diguna...sebenarnya yang dimaksudkan oleh YTL tu ialah undilah yang parti dan ketuannya oleh Sabah....

gambir berkata...

saya setuju yang sekarang ni ramai orang Sabah di seluruh Malaysia bekerja di kementerian. ramai juga orang SM yang bekerja di Sabah...konsep yang lebih sesuai ialah Sabah untuk orang Malaysia!

gambir berkata...

apalah yang nak diperbesarkan tentang Sabah for Sabahan? yang penting adalah jentera-jentera pelaksana ikhlas menjalankan tugas demi kepentingan rakyat

azman berkata...

pengundi perlulah membuat penilaian dengan bijak..penduduk Sabah perlu memandang ke depan untuk menjadi lebih maju.

Anak Sabah berkata...

Baik parti masing-masing menumpukan perhatian dalam kempen sendiri dan juga bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil yang akan datang tidak lama lagi.

Anak Sabah berkata...

Daripada bercakap banyak, saya lebih suka jika mereka mengambil tindakan. Kurangkan bercakap dan banyakkan bekerja.

Tanpa Nama berkata...

ya. kita mesti amalkan konsep 1Malaysia di negara kita. lagipun, kepentingan orang Sabah semakin dijaga.

evan medhousky berkata...

tanpa SAPP pun kerajaan yang sedia ada sekarang mampu menterjemahkan slogan tersebut kedalam bentuk tindakan.

evan medhousky berkata...

mungkin rakyat perlu pendedahan yang berterusan berkenaan dengan proses borneonisasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang. rakyat perlu melihat realiti sebenar bukannya sekadar mendengar apa yang keluar dari mulut pembangkang.

Mahsiran berkata...

Sabah untuk orang sabah??memang sekarang pun telah berlaku. jadi napa SAPP macam baru tahu. Tidak lihat perkembangan semasakah SAPP. ramai pegawai sekarang adalah berasal dari Sabah. jadi SAPP tidak perlulah membangkitkan isu yang telah sedia ada.

Logop berkata...

YTL is irrelevant, so is his Sabah for Sabahan slogan. Enough said.

Logop berkata...

Pengundi haruslah bijak menilai calon. Semoga calon yang terbaik akan dipilih!

Unknown berkata...

"Sabah bukan sahaja sebuah negeri yang penting kepada Malaysia tetapi juga merupakan sebuah negeri yang penting dari segi pembangunan ekonomi kepada negara," katanya.

Tahu pun. Jadi Sabah selayaknya harus mempunyai pembangunan yang sejajar dengan kekayaan yang ada.

Paquin berkata...

Setakat slogan tu mmg tak perlu hirau la.. yang penting bagi saya ialah tindakan.. Tak payah banyak cakap, buat ja apa yang patut:)

Paquin berkata...

Saya tak nafikan,slogan Sabah untuk orang Sabah tu cukup baik... Tapi bagi saya di Sabah ni bukan Sabahan saja yang tinggal malah rakyat di suruh negara pun ada... so bagi saya lebih baik lagi kalau sabah ni untuk warganegara Malaysia dan pelancong/pendatang dengan keizinan sah :)

Paquin berkata...

Saya harap pengundi dapat membuat pilihan yang tepat... Jangan mudah terpedaya dengan slogan yang menarik...

Paquin berkata...

Buatlah kajian dan analisis sedalam mungkin sebelum membuat pilihan :)

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita nantikan siapakah calon yang berjaya menambat hati rakyat. hehehe