Sabtu, 30 Oktober 2010

Perjudi hidup rakyat dengan hab hiburan malam


idris ahmadOleh FMT Staff

KUALA LUMPUR: Rancangan Perdana Menteri Najib Tun Razak menubuhkan hab pusat hiburan malam yang boleh menghasilkan berbilion ringgit di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari amalan rasuah yang berleluasa kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mempersoal di mana para pemimpin BN mendapat idea ini. Adakah mereka telah ketandusan idea dan moral sehingga sanggup memperjudikan kehidupan rakyat?" soal beliau.

Menyifatkan pelan ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan menyuarakan kebimbangan tentang kes pembuangan bayi yang meningkat dan kes pemerdagangan wanita yang semakin menjadi-jadi.

"Sebaliknya mereka mencadangkan idea ini yang hanya memburukkan lagi masalah sosial yang kita hadapi. Adakah mereka gila, tidak boleh berfikir?" soal beliau.

Beliau melahirkan rasa terperanjat kerana mendapati rancangan itu akan mewujudkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highland, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu, dalam usaha untuk meningkatkan hasil hiburan kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Candu khayalkan rakyat

"Rancangan ini seperti cantu bertujuan untuk mengkhayalkan rakyat agar lupa dengan tingkah laku buruk dan kejahatan yang dilakukan BN di negara ini," katanya, merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah di mana Malaysia jatuh dari 5.4 kepada 4.4 mata.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Fadhil Osman memberi amaran bahawa rancangan kerajaan ini akan memberi kesan buruk kepada generasi muda.

"Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan mengorbankan kehidupan generasi muda," katanya, menambah golongan remaja menentang rancangan Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan.

Beliau berkata Pemuda PAS terkejut dengan sikap kerajaan yang membelakangkan sentimen orang awam dengan memberi kelonggaran kepada artis dari luar negara membuat persembahan di negara ini.

Tiada ulasan: