Jumaat, 29 Oktober 2010

Laporan perubatan: Hakim tentukan pada 22 Nov

MALAYSIA KINI


Perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung dengan mahkamah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Anwar diketuai KarpLr Singh manakala Peguam Cara II Mohd Yusof Zainal Abiden akan berhujah bagi pihak pendakwaan.

Selepas itu, mahkamah akan diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pakar bedah Hospital Kuala Lumpur HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Semalam, pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong."


LAPORAN LANGSUNG

9.07am:
Mahkamah disambung semula oleh hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Peguam CaraI I Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

9.13am: Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal.

Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu.

Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan.

Katanya, kredibeliti saksi pakar (Dr Mohd Razali) bergantung pada nota tersebut.

9.29am: Karpal berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan.

9.38am: Karpal juga berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu.

9.55am: Karpal berhujah bahawa melalui nota klinikal itu "kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya"

Karpal menamatkan hujahnya dan kini giliran Yusof pula.

10.03am: Yusof mempertahankan bahawsa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya.

10.12am: Yusof memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan.

10.22am: Yusof berkata, tiada permohonan daripada saksi untuk merujuk kepada nota klinikal tersebut.

10.36am: Seperti laporan ahli kimia, Yusof berkata ia tidak mewujudkan prejudis terhadap tertuduh (Anwar).

10.55am: Sambil memohon membatalkan permohonan pembelaan, Yusof menegaskan pihak pembelaan tidak berhak mendapatkan laporan klinikal kerana tidak menepati Seksyen 155 dan 161 Kanun Acara Jenayah.

Karpal memohon masa rehat singkat.

11.16am: Mahkamah bersambung dengan jawatan Karpal.

Beliau mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab hakim bagi memastikan keadilan - di mana ia mesti banyak bergantung kepada bukti pakar.

11.24am: Hakim Zabidin menetapkan tarikh 22 November bagi membuat keputusan.

Tiada ulasan: