Rabu, 29 September 2010

SPR tunggu notis Speaker, ada 10 hari putus tarikh pilihan raya


KUALA LUMPURtan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) yakin akan menang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menentukan tarikh bermesyuarat bagi menetapkan pilihan raya keci kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan.

Setakat petang ini SPR belum menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan.

“Kami belum menerima notis, mungkin esok atau Khamis... bila sudah menerima notis, baru kami akan menentukan tarikh mesyuarat bagi menetapkan tarikh-tarikh yang berkenaan,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun diramalkan pilihan raya kecil akan diadakan hujung Oktober.

Abdul Aziz berkata, SPR mempunyai masa 10 hari untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil.

“SPR ada masa sehingga 7 Oktober iaitu selama 10 hari sebelum menentukan hari mesyuarat dan kemudian menentukan tarikh pilihan raya kecil,” kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil perlu diadakan ekoran kematian ADUN Galas Che Hashim Sulaima dari PAS semalam.

Che Hashim, 46, memenangi kerusi Galas pada pilihan raya umum pada 2008 dengan menewaskan Mohd Saufi Deraman daripada Barisan Nasional dengan kelebihan 646 undi.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan keyakinan untuk menguasai kerusi DUN Galas.

Apa jua keputusan nanti akan mengekalkan status quo pentadbiran kerajaan negeri.

Kini Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi di DUN Kelantan manakala BN pula enam.

Tiada ulasan: