Rabu, 29 September 2010

Penerjun wanita Australia maut, payung gagal fungsi

BERNAMA

ALOR SETAR – Seorang penerjun wanita dari Australia maut selepas payung terjunnya tidak berfungsi semasa melakukan latihan terjun dari puncak Menara Alor Setar di sini hari ini.

Tantiky Lie Marion, 42, dikatakan menjalani latihan penerjunan di menara itu bersama beberapa lagi penerjun termasuk penerjun daripada Malaysia apabila kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang tadi.

“Semasa mangsa membuat terjunan, payung terjun mangsa dilihat gagal berfungsi menyebabkan dia jatuh terhempas dan meninggal di tempat kejadian.

“Walaupun payung terjunnya gagal berfungsi, saya tidak mendengar dia menjerit atau meminta tolong,” kata seorang saksi di tempat kejadian, Zaidi Zainal Abidin, 41.

Marion dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Zaidi berkata beliau juga melihat penerjun pertama iaitu seorang wanita gagal mendarat dengan sempurna menyebabkan payung terjunnya tesangkut pada tiang lampu tetapi wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan: