Rabu, 29 September 2010

Nik Aziz ajak ahli UMNO sertai PAS demi perpaduan Melayu

BERNAMA

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli UMNO menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

8 ulasan:

mantra berkata...

perpaduan melayu memang perlu dijalin, begaimanapun, PAS dan UMNO yang mempunyai perjuangan yg sama perlu bersatu dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat melayu.

madd berkata...

kenapa PAS tidak mengajak orang-orang PKR untuk masuk PAS?

Anak Sabah berkata...

Terpulanglah dengan ahli UMNO.

lisa berkata...

Agree with Johnny. It's up to UMNO to decide.

lisa berkata...

But wouldn't it be better if there is only 1 party that fight for Malay right than to have many parties which in the end could cause conflict among the malays.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita tidak juga boleh memakasa UMNO untuk PAS dan PAS sendiri pun mahukah PAS untuk UMNO?sebelum cakap fikir dulu adakah PAS sanggup atau tidak sebelum mengajak parti lain.

Hosie Masie berkata...

Demi perpaduan kaum? satu tindakkan yang baik. Apa pun tengoklah persetujuan dari parti itu sendiri. PAS mungkin ada sebab juga kenapa mengajak UMNO, jadi kita tidak mahu ada udang disebalik ajakkan ini.

samm berkata...

rakyat berhak untuk membuat pilihan. biarlah rakyat memilih pasti mana yang mereka ingin ikuti.