Rabu, 29 September 2010

Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu

BERNAMA

KOTA BARU – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.

10 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Betulkah demi perpaduan Melayu? Ataupun ada niat disebalik batu?

Tanpa Nama berkata...

dalam negara demokrasi pengundian dijalankan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan. jadi tidak salah jika BN bertanding untuk merebut kerusi yang telah kosong.

Tanpa Nama berkata...

ya. tak salah jika pengundian diadakan, rkyat yang membuat menentukan pemimpin mana menjadi pilihan mereka. apapun, perpaduan perlu juga dijaga.

Tanpa Nama berkata...

soal perpaduan dikalangan orang melayu dan pergeseran politik tidak akan timbul walaupun jika BN mahu bertanding. kerana itu adalah pilihan rakyat. mungkin PAS sedar rakyat tidak akan menyokong PAS, sebab itu mereka tidak mahu BN bertanding. PAS perlu minta pandangan rakyat terlebih dahulu..

Sanih Alias berkata...

inilah ini, alasan semata-mata. tapi apa pun tiak salah BN ikut bertanding. Rakyat yang tentukan dan bukan PAS. Jadi PAS tidak perlu takut dengan kekalahan. Perpaduan melayu nanti penentuannya.

Hamdan Hadillah berkata...

Demokrasi pemimpin adalah cara dinegara kita. Jadi yang memilih bukan PAS tapi rakyat, maka tidak perlulah melarang BN untuk bertanding. Sebelum ini BN pernah menang ditempat tersebut, dan ini mungkin menyebabkan PAS takut dan memberikan alasan kepada perpaduan melayu.

azman berkata...

sesiapa pun boleh bertanding dalam pilihan raya. keputusannya biarlah ditentukan oleh rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Tanpa Nama berkata...

BN ikut bertanding takkan menjejaskan perpaduan Melayu, rkyat berhak menentukan parti yang akan memerintah mereka.

kb girl berkata...

TPM beryakin BN ada 50% kemenangan dalam pr kecil DUN Galas.
Tidak wajar jika menyerah tanpa bertandiang.

Lucas berkata...

This is the lamest political tactics that an establish party like pas done...& this is a clear indication that Race & Politics, which is a clearly different terms, can be use side by side in Malaysia to gain some party or maybe individual goals...

I dont think that BN will going to let this state seat just like that...they almost win it in the last GM where PAS only win the seat with a slim majority of 600+ vote...