Ahad, 29 Ogos 2010

Mufti Umno Dan Menteri Umno Berotak Kuno

Oleh Zolkharnain Abidin

Kalau rakyat biasa ada pusat pemulihan aqidah, kerajaan patut tubuhkan pusat pemulihan ‘otak’ untuk mufti dan menteri di Malaysia.Peserta siri pertama pusat itu sudah ada dua orang. Seorang mufti dan seorang lagi menteri. Otak mereka berdua patut dipulihkan sebab telah ‘kebas’ kerana taasub dengan Umno.

Kalau kebas kaki kerana dengar khutbah panjang macam Ketua Ulama Muda Umno, itu tidak sukar dipulihkan. Bangun dan goyang kaki kiri kanan, lama-lama hilanglah kebas itu.

Tapi kalau kebas otak, penyakit itu tak akan hilang dengan mudah. Kena masuk pusat pemulihan. Kalau perlu kena ‘karan’ otak itu baru pulih.

Memang sukar diduga dalam dunia serba terbuka, serba bermaklumat, serba pantas, serba cergas, mufti dan menteri sebegini masih ada.

Pelajar sekolah menengah yang bakal mengambil SPM pun boleh faham maksud mencemarkan kesucian masjid atau surau tetapi sayang mufti yang dapat ijazah doktor kehormat tak boleh faham.

Pelajar ekonomi peringkat STPM pun boleh faham mengenai usaha memartabatkan dinar dan dirham oleh kerajaan Kelantan, sayang menteri yang ada PhD tak boleh faham.

Betullah, negara kita punya infrastruktur kelas satu, tetapi otak mufti dan menteri kelas tiga. Nasib baik tidak ada kelas ke empat, kalau tidak memang kelas empatlah mufti dan menteri ini.

Mufti itu konon-konon nak jaga kesucian Islam, tetapi langkahnya tempang apabila dia yang faham Islam gagal untuk menampilkan kerahmatan Islam.

Kalau orang bukan Islam zaman nabi dibawa masuk ke dalam masjid nabi, takkan orang bukan Islam zaman ini tak boleh dibawa masuk ke dalam surau.

Kalau zaman nabi, bahkan zaman sebelum itu orang sudah gunakan dinar dan dirham, takkan zaman ini kedua-dua matawang itu tak boleh digunakan.

Nampaknya orang zaman itu lebih cerdik daripada mufti itu dan menteri itu.

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Tiada ulasan: