Selasa, 31 Ogos 2010

"Mereka bersalah kerana daftar parti baru," kata Saifuddin


saif-di-parlimen SUARA KEADILAN

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PKR Keadilan telah membentangkan laporan berhubung kes penubuhan Parti Cinta Sabah dan mendapati bahawa kesemua 12 orang yang terlibat adalah bersalah dalam membuat pendaftaran parti baru kepada pendaftar pertubuhan (ROS) walaupun kemudiannya telah menarik balik pemohonan tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes ini telah dikemukakan sebagai aduan baru pada bulan Jun apabila pengadu mendapat pengesahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Beliau berkata, setelah diteliti dan dibincang laporan tersebut,

Majlis Pimpinan Pusat (MPP)PKR yang bersidang pada 29 Ogos telah bersetuju mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin Keadilan untuk menggantung 12 anggota parti berikutan aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.

Penggantungan tersebut berkuatkuasa dari 4 Januari hingga 3 Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Namun demikian, katanya, fasal 27.4 perlembagaan Parti memperuntukkan bahawa kesemua 12 anggota tersebut boleh membuat rayuan kepada MPP bermula semalam dan pihak MPP bersedia menyegerakan rayuan untuk dipertimbangkan kerana untuk tidak memprejudiskan penglibatan mereka dalam pemilihan parti 2010.

Tiada ulasan: