Khamis, 29 Julai 2010

Pakatan Rakyat Selangor Bawa Perubahan Inovatif, Progresif

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan sokongan terhadap perubahan yang di bawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor terutamanya yang melibatkan Enakmen Kebebasan Maklumat, pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan penyertaan rakyat dalam pentadbiran kerajan negeri yang disifatkan sebagai inovatif serta progresif.

Presiden Gabungan NGO dan Ahli Majlis Profesional (CONPAC), Tan Jo Hann berkata satu-satunya cara untuk mmemastikan perlantikan ahli majlis tempatan adalah berdasarkan proses yang telus dan adil adalan dengan mengadakan pilihan raya majlis tempatan.

"Ini bukan sesuatu yang baru, kita pernah mengadakan pilihan raya ahli majlis tempatan sehingga tahun 1960an sebelum dimansuhkan, dan saya merasakan kesemua negeri di Malaysia patut mengambil langkah yang sama," kata beliau pada sidang media selepas perjumpaan badan bukan kerajaan Ahad lalu di Dewan MBPJ.

Pengerusi Gabungan untuk Kerajaan Bagus (CGG), Jeffrey Phang pula menyatakan usaha kerajaan negeri Pakatan Selangor memberikan maklumbalas dalam jangkamasa yang singkat merupakan sesuatu yang patut dipuji.

"Kita kini mempunyai kerajaan yang bagus di Selangor, maka saya meminta kesemua ahli masyarakat untuk aktif dalam mewujudkan dan memajukan perhubungan dua hala dengan kerajaan negeri.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga amat menggalakkan maklumbalas daripada NGO kemasyarakatan dan telah memperuntukkan beberapa saluran untuk pihak NGo tetapi malangnya masih banyak lagi saluran yang perlu diisi oleh NGo," kata Jeffrey lagi.

Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Popular Malaysia (KOMAS), Jerald Joseph menyatakan dalam masa 52 tahun kerajaan Umno-BN memerintah Selangor, tidak pernah sekalipun Umno-BN membawa pembaharuan dan pendekatan seperti kerajaan Pakatan Selangor.

"Tidak pernah saya mendengar Umno-BN mahu menggalakkan kebebasan maklumat seperti yanng diusahakan oleh kerajaan Pakatan Selangor. Langkah kerajaan Pakatan Selangor patut dicontohi oleh kesemua kerajaan negeri lain, terutamanya yang di bawah kawalan Umno-BN," kata Gerald.

Beliau dan wakil daripada kira-kira 40 NGO yang hadir menyuarakan sokongan terhadap usaha kerajaan Pakatan Selangor yang telahpun mengumumkan pendirian kerajaan berkenaan tiga isu penting yang jika diaturkan dengan baik dapat membawa manfaat yang besar kepada rakyat Selangor.

Tiga isu tersebut adalah perlaksanaan Akta Kebebasan Maklumat, perlantikan ahli majlis tempatan untuk diputuskan oleh masyarakat melalui pilihan raya dan galakkan penglibatan masyarakat dengan pihak kerajaan negeri dalam perjalanan pertadbiran kerajaan.

Timbalan Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM), Ho Yock Lin berkata setakat ini hanya dua kerajaan negeri yang mengambil inisiatif iaitu kerajaan Pakatan Selangor dan Pulau Pinang, manakala kerajan negeri lain seolah-olah 'mati'.

"Saya ingin meminta kesemua negeri lain, ambil langkah yang perlu agar tidak nampak sangat ketinggalan jauh ke belakang," tegas beliau.

Yock Lin juga berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dahulu yang menyatakan kerajaan dan masyarakat tidak perlu membuang masa memberi keutamaan kepada pemilihan ahli majlis kerana pada pendapat Najib, ahli majlis hanya menguruskan pengumpulan sampah dan pembaikan tiang lampu.

"Saya amat terkilan dengan Najib kerana beliau telah menghina jawatan ahli majlis yang diwujudkan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Ahli majlis tempatan bbukan sahaja menguruskan apa yang diberitahu Najib, tetapi merekalah yang menggubal undang-undang sesebuah negeri.

"Adakah itu tidak cukup penting untuk masyarakat yang menetap dalan sesebuah negeri?" kata beliau.

Wakil NGO yang hadir mendesak kerajaan pusat Umno-BN untuk memberikan respon terhadap tiga perkara yang dibangkitkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Selangor, memandangkan piliha raya umum semakin dekat dan keadaan semasa tidak begitu mmemihak kepada Umno-BN.

Tiada ulasan: