Jumaat, 28 Mei 2010

Lelaki 28 Tahun Belanja Megan Fox, AMK Buat Pendedahan Esok

TV SELANGOR


KOTA BHARU - Satu pendedahan mengenai kekayaan lelaki berusia 28 tahun yang ada hubungan dengan pelakon Hollywood, bakal mewarnai kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung pada hari kedua Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) keenam di sini, esok.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis perasmian kongres yang disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, malam ini.

Kata Shamsul, pendedahan itu berkaitan usahawan muda yang didakwa ada hubungan akrab dengan Rosmah dan terlibat dalam merampas tanah Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti individu itu sebaliknya menyatakan usahawan adalah lulusan University of Pennsylvania di Amerika Syarikat.

Shamsul Iskandar berkata, usahawan berkenaan juga pernah memperoleh liputan The New York Times kerana bersosial dengan artis terkenal Hollywood seperti Lindsay Lohan dan Megan Fox.

Mengikut laporan itu, beliau dikatakan membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada Megan Fox.

Tiada ulasan: