Ahad, 30 Mei 2010

Expo perdagangan Islam jana ekonomi masyarakat Islam Selangor

SELANGOR KINI


SUBANG JAYA -Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif mengadakan Expo Perdagangan Islam bertempat di Masjid Subang Airport yang julung kali diadakan.

Majlis dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Islam,Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hassan Ali.

Beliau berkata, program seperti ini akan diperhebatkan lagi dengan kerjasama antara jabatan negeri Selangor, pihak masjid serta badan-badan bukan kerajaan.

“Sebagai Exco agama, hal ehwal Islam, sentiasa menggalakkan supaya masjid-masjid, surau-surau dan institusi-institusi agama supaya dapat memikirkan, mengadakan program yang tidak hanya tertumpu kepada mengimarahkan masjid dalam konteks yang biasa, tapi pergi kepada program-program yang mencerminkan kehidupan seperti perniagaan,” kata Dr Hassan.

Sebanyak 120 usahawan mengambil bahagian mempamerkan produk mereka yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam.

Program ini adalah selaras dengan tema kerajaan negeri Selangor iaitu merakyatkan ekonomi dan program ini dapat membantu peniaga kecil yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan.

Tiada ulasan: