Selasa, 30 Mac 2010

Umno Pusat Tidak Iktiraf Umno Terengganu



http://buletinonline.net/images/stories/Berita12/cekroyaltikonon1.jpg- Ahmad gagal bawa balik royalti ke Terengganu


KUALA TERENGGANU
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata kegagalan kerajaan Umno Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said membawa pulang royalti kerana Umno Pusat tidak mengiktiraf Umno Terengganu.
“Saya nampak kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sudah tidak berjaya, sudah gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula royalti.
(Gambar - penipuan kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak)

“Dan kerajaan pusat pun tidak beri ‘penghormatan’ (iktiraf) kepada mereka (pimpinan Umno Terengganu) dengan janji yang dibuat tinggal janji sahaja,” tegasnya ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa kerajaan pusat sengaja mencari jalan agar hak pembayaran royalti tidak diberikan kepada Terengganu.

Sebab itu, katanya apabila ada di kalangan pemimpin Umno Terengganu yang membuat desakan dalam Perhimpunan Agung Umno dan kerajaan pusat terus bertindak.

Menurutnya, desakan di kalangan pemimpin Umno Terengganu waktu itu agar bayaran royalti ditarik balik dari negeri ini merupakan suatu pengkhianatan.

“Kita (PAS) tahu kerajaan pusat memang mencari jalan untuk tidak memberikan royalti kepada rakyat Terengganu. Sebab itu, apabila ada desakan dari perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno untuk kerajaan pusat menarik balik royalti pada tahun 2000 yang lalu, kerajaan pusat terus bertindak.

“Apakah dengan desakan dari pemimpin Umno Terengganu itu boleh membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dan boleh membatalkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan,” ujarnya.

Jika itulah, kata Ustaz Abu Bakar tindakan kerajaan pusat terhadap Terengganu sedikit pun tidak menggambarkan pemimpin Umno mahu menjaga kepentingan rakyat.

Menurutnya, perjuangan PAS menyokong tuntutan hak royalti dikembalikan semula ke negeri ini bukan kerana kepentingan politik parti.

Katanya, PAS mahu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut undang-undang dan perjanjian yang dibuat sejak 37 tahun lalu mengenai hak royalti tersebut.

“Kita (PAS) hendak kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri mengikut undang-undang dan perjanjian. Hak kerajaan persekutuan sekarang mengembalikan semula bayaran hak royalti kepada rakyat Terengganu lima peratus.

“Dia (pusat) mesti ikut undang-undang dan apabila sampai duit (royalti) itu ke Terengganu, kerajaan Barisan Nasioanl (BN) Terengganu pun kena ikut undang-undang.

“Mereka (kerajaan) kena berlaku adil dan membahagikan untuk kepentingan rakyat dan negeri. Kita (PAS) berjuang untuk menegakkan keadilan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Kita hendak membantu rakyat jelata negeri Terengganu yang miskin. Ini yang menjadi pokok dalam perjuangan kita (PAS),” jelasnya.

Tiada ulasan: