Jumaat, 19 Mac 2010

Nurul Izzah, Tian Chua dipanggil untuk siasatan polis

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan polis berhubung ceramah mereka di Taman Sri Sentosa tahun lalu.

Erapakatan.com difahamkan, kedua-dua mereka akan merakamkan keterangan polis hari ini pada jam 3 petang di balai polis Petaling, Jalan Klang Lama, di sini.

"Nombor laporan polis itu ialah, PETALING/14635/09," demikian nota berkenaan dipetik melalui suatu khidmat pesanan ringkas (sms).

Tiada ulasan: