Khamis, 25 Februari 2010

Peluang terakhir Anwar dapat bukti tambahan

SELANGOR KINI


anwar-bicara

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar sama ada untuk membenarkan semakan keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai ‘pelakuan tidak wajar’ pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Tiada ulasan: