Sabtu, 27 Februari 2010

Karya kartunis Zunar dirampas lagi

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Sejumlah buku karya terbaru kartunis dan aktivis reformasi terkenal, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar sekali lagi telah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan , Polis DiRaja Malaysia.

Rampasan itu diketuai Cif Inspektor Mohd Noor Azlan Mansor daripada Balai Polis Seberang Perai, Pulau Pinang.

Dilaporkan sebanyak 15 naskah buku berjudul "Isu dalam kartun" telah dirampas di dua buah kedai buku di Bukit Mertajam dan Butterworth, Kepala Batas semalam.

'Isu dalam kartun' ialah kompilasi kartun hasil karya kartunis dinaungi syarikat milik Zunar,Sepakat Efektif Sdn Bhd yang menyentuh mengenai isu-isu politik dan ekonomi Malaysia secara satira dan kritis dalam bentuk kartun dan juga tulisan.

Antaranya, misteri pembunuhan Altantuya, kes kehilangan enjin pesawat TUDM, isu rasuah di kalangan ahli politik BN, rampasan kuasa di Perak, pergolakan politik dalam parti komponen BN dan sebagainya.

Sebelum ini Zunar menerbitkan 1Funny Malaysia dan Majalah Gedung Kartun, yang turut dirampas Kementerian Dalam Negeri sejurus selepas ia diedarkan di pasaran.

Tiada ulasan: