Rabu, 24 Februari 2010

Ekonomi Malaysia kuncup 1.7 peratus

MALAYSIA KINI


Pencapaian ekonomi Malaysia yang mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lepas merupakan di luar jangkaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Ia hasil daripada permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh,"katanya ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku berkenaan di Putrajaya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi tahun lalu ekonomi negara mencatatkan penguncupan sebanyak 1.7 peratus iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3.0 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Ekonomi negara mencatatkan penguncupan tiga suku berturut-turut iaitu 6.2 peratus pada suku pertama, 3.9 peratus pada suku kedua dan 1.2 peratus pada suku ke tiga tahun lalu.

Tiada ulasan: