Jumaat, 26 Februari 2010

Bergerak Untuk Kemenangan (Al-Falah)


http://buletinonline.net/images/stories/berita22/08.jpgKampung Batin Bergerak Spritual dan Fizikal

Seberang Takir, KUALA NERUS - Majlis Tindakan PAS DUN (MTD) Seberang Takir telah mengadakan program Operasi Al-Falah (Ops Al-Falah) di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Batin.
Program berbentuk simulasi pilihan raya itu akan melibatkan seramai 150 orang petugas dari setiap Cawangan dalam DUN ini.
(Gambar - Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat bergambar bersama 'para rider' di Karnival Orang Muda, DUN Paka)

Menurut Setiausaha MTD Seberang Takir, Pauzai Husain, program ini akan bermula dengan pendaftaran petugas pada jam 6.30 petang berpusat di Masjid Kg Batin.

"Kita akan memberikan taklimat tugas secara menyeluruh bagi program ini yang melibatkan tempoh sepanjang dua hari tiga malam," ujar Pauzai.

Katanya lagi, antara pengisian program tersebut ialah Kuliah Maghrib di empat buah masjid dan surau di dalam UPU ini bagi dua malam berturut-turut.

Sementara Ceramah Gempur pula akan diadakan pada malam pertama di tiga lokasi, iaitu Kg Batin, Taman Permint Perdana dan Hulu Takir.


Pada pagi Jumaat, muslimat akan menjalankan aktiviti ziarah rumah ke rumah, sementara muslimin akan mengadakan gotong royong di tiga lokasi utama; iaitu Kg Batin akan membersih tanah perkuburan, Taman Permint Perdana akan membersih kawasan surau dan sekitar taman, sementara Hulu Takir akan menyiapkan pembinaan rumah.

Pada sebelah petang, pimpinan akan turun menziarahi golongan miskin, orang sakit, warga emas, OKU dan armalah.

Pemuda pula akan mengadakan barbique dan tayangan (wayang pacak) di kawasan Taman Permint Perdana.

Pada hari terakhir (Sabtu) pula,bermula jam 7.30 pagi, pimpinan akan turun ke tiga kedai kopi dalam kawasan ini. Muslimat pula akan mengadakan Ceramah Kesihatan dan rawatan perubatan asy-syifa' di Surau Taman Permint Perdana.

Program berakhir pada Sabtu (malam Ahad) dengan mesyuarat penyelarasan dan penyerahan laporan – Ibnugharib.Blogspot.Com

Tiada ulasan: