Ahad, 28 Februari 2010

Kes Pembunuhan Syafia: Polis Percaya Lebih Seorang Terlibat

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih dari seorang individu terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak berusia tiga tahun Syafia Humairah Sahari, sehingga membawa kepada kematiannya Khamis lalu.

OCPD Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, siasatan awal mendapati suspek utama yang kini sedang ditahan reman selama tujuh hari tidak bertindak sendirian malah sekurang-kurangnya terdapat lima suspek lagi yang turut sama.

Kata Bakhtiar, hanya terdapat dua teori sahaja iaitu sama ada mereka yang menjadi suspek terlibat sama mendera kanak-kanak itu sehingga meninggal dunia atau mereka tidak terlibat tetapi tahu siapa yang melakukannya.

Kanak-kanak malang itu dari Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, meninggal dunia Khamis lalu apabila seorang lelaki yang menjadi kenalan ibunya mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia.

Lelaki itu membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baharu tetapi pihak hospital yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah membuat laporan polis dan suspek kemudiannya ditahan pada jam 3 pagi selepas berjaya dijejaki polis.

Kata Bakhtiar lagi pihak polis akan menjejaki kesemua mereka yang tersenarai sebagai suspek malah akan turut menyoal siasat bapa kepada suspek.

Malah pihak polis juga akan turut menyoal siasat ibu mangsa, Nurhanim Aziz.

Pihak polis juga katanya sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aduan bahawa ibu mangsa selama ini tinggal bersama suspek tanpa nikah.

Ketua UMNO Cheras Dirompak.

Oleh ramziredang


"Ketua UMNO Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dirompak malam tadi. Dipercayai oleh pendatang asing. Jumlah kerugian sebanyak RM400ribu. Nampaknya sudah semakin ramai pemimpin UMNO merasa secara peribadi kesan hasil dasar mengimport pendatang asing. Selepas ini sudah pasti akan ada satu cadangan supaya bilangan pendatang asing dikaji semula. Padahal sudah berbagai media melaporkan jumlah pendatang asing yang berada di negara kita sangat membimbangkan.

Malah dua bulan pertama tahun 2010 sudah 11 ribu pendatang asing memenuhi penjara negara kita dengan berbagai kemahiran jenayah. Hinggakan penjara menjadi sesak dan jumlah kos menanggung meningkat. Kos untuk penghantaran pulang pula meningkat lebih dari 4 juta setiap tahun.

Di percayai sekarang jumlah pendatang asing yang mempunyai permit sudah hampir kepada tiga juta. Ramai mereka datang dengan secara sah tetapi akhirnya berada dalam tempoh lebih masa dan tidak pulang walaupun permit sudah tamat. Lebih kurang 40 peratus nisbah dari keseluruhannya cenderung untuk kekal berada di Malaysia dan tidak pulang. Maknanya 400 ribu dari setiap sejuta tidak akan pulang atau datang secara tidak sah. Bayangkan jika jumlah pendatang asing secara sah datang sebanyak 3 juta orang, bermakna akan menghasilkan 1juta 200ribu orang akan berada secara tidak sah.

Kadar indeks jenayah pula meningkat sebanyak 600 peratus jika diperhatikan kadar pendatang asing yang dipenjarakan tahun lepas sebanyak 10ribu sepanjang tahun 2009 berbanding 11ribu hanya dua bulan pertama tahun ini (2010).

Selain itu sesuatu yang paling menggerunkan bila adanya pemberian Kad pengenalan sah kepada warga asing yang hebat berlaku di Sabah, dipercayai mendapat 'lampu hijau' pihak atasan atas dasar kepentingan politik terdesak pihak yang ingin mengekalkan pemerintahan negara.Ternyata negara kita memang ditadbir oleh orang yang sanggup menggadai negara demi untuk mengekalkan kuasa.

Bayangkan jika mereka semua pendatang asing yang berjumlah 3juta orang ini adalah tentera luar yang menyamar dan ingin menawan Malaysia, nescaya dengan nisbah rakyat Malaysia yang hanya berjumlah 26juta, sangatlah mudah mereka untuk mengambilalih negara.

DUN Kelantan mungkin bahas usul isu royalti minyak esok

BERNAMA


Satu usul berhubung isu tuntutan royalty minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka merupakan antara tokoh terlibat dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

Mengulas mengenai kesediaan kerajaan negeri menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, Husam berkata: “Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram.”

Pemuda Umno "Ceroboh" Masjid

Oleh Sofi Wahab


Malam tadi seorang yang mengaku pimpinan Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil tanpa diundang cuba 'merampas kuasa' untuk menjadi imam solat di Masjid Balai Panjang, Melaka.

Tanpa diundang pemuda tersebut parking di hadapan masjid dan terus masuk menemui Imam masjid berkenaan memohon untuk menjadi imam. Imam masjid berkenaan tidak bersetuju dan menjawab bahawa masjid berkenaan sudah mempunyai 3 Imam dan tidak memerlukan orang luar yang dikenali seperti itu menjadi Imam.

Pemuda tersebut dengan angkuh memberitahu bahawa Ketua Menteri Melaka mengarahkan beliau datang ke masjid itu dan menjadi Imam.

Sebaik sahaja selesai iqamah, pemuda tersebut terus hendak naik menjadi Imam tetapi dihalang oleh seorang ahli kariah berkenaan sambil beliau mengarah penceramah undangan program maulid di masjid itu naik menjadi Imam.

Begitulah biadapnya Pemuda Umno mahu merampas hak Imam masjid berkenaan. Kalaupun hendak menjadi Imam mintalah dengan sopan dan tidak perlulah menyebut nama Ketua Menteri.

Kalau Imam Masjid tidak benarkan janganlah pula kita pandai-memandai untuk menjadi Imam kerana masjid berkenaan sudah ada Imam yang dilantik pihak berwajib.

Seorang ahli kariah masjid berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan di sini melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemuda Umno berkenaan yang mencemarkan institusi masjid.

"Sudahlah Umno/BN mempolitik masjid dengan melantik mereka yang tidak layak menjadi AJK Masjid kini mereka pula cuba 'menceroboh' masjid kami"

"Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi di masa depan" ujar beliau yang sememangnya sentiasa bersolat 5 waktu di masjid itu.

Exco Penerangan Kedah : Kita akan jumpa blogger

Oleh Afrar Yunus

Sejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger.

Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak

AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini.

Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah.

Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri.

Ada apa-apa masalahkah YB

Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti.

Urusetia macamana yang YB maksudkan

Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat.

Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru

Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat.

YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ?

Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah.

Terima kasih YB.

Terimakasih.

http://alkerohi.blogspot.com/

Ketawa mampu atasi kanser

SINAR HARIAN ONLINE


PETALING JAYA - Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu, kata pakar perubatan Dr Alvin Chong semalam.

Beliau berkat,a beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya.

“Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat.

“Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan Jubli Perak Yayasan Cancerlink oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini.

Dr Chong, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink berkata, terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah menasihatkan pesakit-pesakit kanser agar tabah dalam melawan penyakit itu dengan melibatkan diri dalam kegiatan luar.

Beliau turut berkongsi kisah isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood menjalani kehidupannya selepas didiagnosis penyakit kanser tahap ketiga.

“Sepanjang lima tahun terakhir beliau (Endon) menderita akibat kanser payu dara, beliau menjadi lebih aktif daripada biasa.

“Beliau memutuskan untuk berbuat sesuatu... dia tidak menunjukkan kesakitan yang dirasainya kepada umum sebaliknya berbuat biasa seperti tidak berlaku apa-apa,” katanya.

Allahyarham Endon meninggal dunia pada 20 Oktober 2005.

Pada majlis itu, Yayasan Cancerlink menerima sumbangan RM80,008 daripada Yayasan Sime Darby bagi program kesedaran kanser yang dianjurkannya.

Ditubuhkan pada 1986, Yayasan Cancerlink bertujuan memberi sokongan emosi, praktikal dan maklumat kepada pesakit-pesakit kanser serta anggota keluarga dan rakan mereka. - Bernama

Datuk mangsa tidak maaf perbuatan zalim

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA KUBU BHARU – “Saya langsung tidak tahu menahu sehinggalah dimaklumkan teman lelaki jam 8.30 malam, Khamis lalu.”

Demikian cerita Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada kanak-kanak malang, Syafia Humairah Sahari, 4, yang mati dengan kesan luka pada muka dan perut dipercayai akibat didera dalam kejadian di Kampung Batu 30, Ulu Yam, empat hari lalu.

Siti Nurhanim yang bekerja sebagai promoter di Cheras berkata, teman lelakinya (suspek) yang bekerja sebagai pemandu teksi sambilan menghantar dia ke tempat kerja Rabu lalu.

“Bagaimanapun, selepas habis kerja pada malam itu, saya tidak pulang ke rumah kerana teman lelaki memberitahu dia tidak dapat datang untuk mengambil saya.

“Disebabkan itu, saya bermalam di rumah seorang rakan sebelum keesokan harinya dimaklumkan teman lelaki melalui telefon, bahawa Syafia (mangsa) terlibat dalam kemalangan kerana jatuh daripada motosikal,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses pengebumian anak keduanya, semalam.

Menurutnya, dia yang terkejut mendapat berita itu, hanya dimaklumkan bahawa Syafia berada di hospital menerima rawatan dan tidak menyangka anaknya sudah meninggal dunia.

Siti Nurhanim yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, panggilan yang diterima daripada teman lelakinya pada Khamis lalu, adalah panggilan terakhir kerana selepas itu mereka tidak berhubung lagi.

Dia yang enggan ditemu bual lanjut, kemudiannya meminta diri secara sopan untuk beredar pulang bersama keluarganya.

Dalam pada itu, jenazah mangsa yang dituntut keluarganya selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Kuala Kubu Bharu tengah hari semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang, Sungai Buloh kira-kira jam 4 petang hari yang sama.

Sementara itu, datuk mangsa, Aziz Shahar, 50-an, berkata, beliau sangat rapat dengan mangsa sejak kecil dan tidak dapat memaafkan perbuatan zalim suspek terhadap cucu kesayangannya yang masih kecil.

“Kehilangan Syafia sangat dirasai tambah lagi, dia (mangsa) budak yang baik, periang selain gemar melukis.

“Saya juga terkilan kerana pernah melihat kesan seolah-olah kakinya dicucuh dengan api rokok, ketika dia pulang ke sini (Kuang) kira-kira dua minggu lalu. Namun jawapan mangsa yang hanya mengatakan dia terjatuh dalam semak menyebabkan saya berdiam diri dan tidak bertanya lebih lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa sering berulang-alik antara rumahnya dengan rumah teman lelaki ibunya (suspek) di Batu 30, Ulu Yam malah, Aziz mengakui mengenali suspek sejak setahun lalu selepas :diperkenalkan oleh anaknya.

BN tolak suara demokrasi di sekolah

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional menolak suara demokrasi di sekolah di seluruh negara apabila melarang mana-mana Pengetua dan Guru Besar sekolah di negara ini mengadakan pilihan raya murid bagi memilih wakil mereka.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong, arahan itu dikeluarkan sendiri oleh bosnya, yang juga Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin melalui surat pekeliling yang diedarkan di semua sekolah sejak minggu lalu.

"Timbalan Perdana Menteri sudah bagi arahan supaya jangan terbawa-bawa budaya pemilihan di dalam sekolah. Tak perlu bagi mereka pilih ketua murid, biarlah sekolah dan pengetua tentukan siapa yang layak," katanya kepada media semalam.

Antara sekolah yang melaksanakan pilihan raya murid sebelum ini ialah Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) apabila pemilihan ketua muridnya dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan pada 11 Januari lalu.

Pemilihan itu menyaksikan pertandingan lima penjuru yang melibatkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Khairul Azli Khairul Razi diumumkan pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.

Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak

Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz


DAMANSARA : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.

"Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.

"Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.

"...jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita," katanya.

Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.

Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.

"Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia."Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak," katanya.

Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Tsunami landa pantai timur Australia

LAPORAN - Reuters


SYDNEY: Tsunami yang dijana gempa bumi bermagnitud 8.8 di Chile melanda pantai di timur Australia hari ini tetapi tiada laporan awal mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa.

Australia semalam mengeluarkan amaran tsunami untuk kebanyakan kawasan di pantai timur dan bahagian timur pulau Tasmania.

Namun pusat amaran tsunami kebangsaan menyatakan tiada kebimbangan mengenai bencana itu kerana ia hanya membabitkan banjir di pantai dan arus kuat yang boleh membahayakan perenang.

Chris Ryan, Pengarah Pusat Amaran Tsunami Bersama Australia, berkata penduduk di kawasan rendah di Norfolk Island sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada langkah pemindahan turut dilakukan di tempat lain.

"Lebih bayak ombak boleh dijangka selepas ini," katanya.

Ryan berkata, amaran yang dikeluarkan itu sejajar jangkaan ombak setinggi setegah hingga satu meter di atas paras laut biasa pada masa itu.

16 gempa bumi kuat gegar Chile, 214 maut

LAPORAN - Reuters


CONCEPCION, Chile: Satu daripada gempa bumi terkuat dunia pada abad ini menggoncang Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 214 orang maut, meruntuhkan bangunan serta mencetuskan tsunami yang mengancam pantai Pasifik sehingga Hawai dan Jepun.

Bangunan terbakar, jambatan runtuh dan runtuhan menghalang jalan raya di serata tengah Chile tetapi angka korban awal adalah agak rendah berbanding gempa bumi yang menggegarkan Haiti bulan lalu.

Sebuah bangunan pangsapuri dengan 200 penghuni runtuh di Concepcion, bandaraya paling hampir dengan pusat gempa itu, dan anggota penyelamat tidak pasti beberapa ramai yang terselamat.

Kenderaan yang terbalik berselerakkan di bawah jejambat runtuh di ibu negara Santiago dan bekalan elektrik terputus di serata tempat, menyukarkan usaha menilai tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.

Kerajaan menyatakan sekurang-kurangnya 214 orang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 8.8 itu yang berlaku pada 3.34 pagi (0634 GMT), menyebabkan orang ramai yang sedang tidur bertempiaran keluar dari rumah masing-masing ke jalan raya sambil berpelukan dan menangis.

Pegawai Chile berkata, bilangan kematian tidak mungkin meningkat secara drastik dan Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGA) piawaian bangunan yang baik membantu mengurangkan kemalangan jiwa.

Ia adalah gempa bumi kelima terkuat sejak 1900 dan menjejaskan ekonomi serta prasarana pengeluar tembaga utama dunia itu.

Tiada pilihan raya mengejut di Perak: Ahmad Husni

BERITA HARIAN ONLINE


TAPAH: Barisan Nasional (BN) menafikan jentera pilihan raya akan digerakkan tidak lama lagi bagi menghadapi pilihan raya mengejut di Perak, September ini.

Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata parti komponen BN juga tidak menyerahkan nama calon pilihan raya itu seperti digembar-gembur pemerhati politik tempatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, khabar angin itu disebarkan oleh pembangkang untuk menaikkan semangat pekerja mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Dunia ini bukan berdasarkan politik semata-mata. Yang tertinggi sekali adalah Perlembagaan. Inilah konsep keluhuran Perlembagaan.

"Mahkamah sudah membuat keputusan. Semua orang kena patuh kepada keputusan itu. Kalau ada pilihan raya mengejut, saya sudah menggerakkan Bilik Perang Saraf di Tambun," katanya di sini, pagi tadi.

Khabar angin itu timbul berikutan pertemuan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chu Soi Lek, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di kediaman rasmi Zambry di Ipoh, semalam dan menyerahkan senarai calon pilihan raya MCA.

Pilihan raya mengejut di Perak dikatakan akan diadakan September ini sebelum Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi yang menghadapi tuduhan rasuah.

BN timbang terima ahli bersekutu

BERNAMA


BN dikatakan sedang memikirkan untuk meminda piagamnya bagi membolehkan parti politik yang mesra BN bergabung menjadi ahli bersekutunya.

Menurut sumber sebagai 'jalan tengah' parti mesra BN tidak akan diberi keahlian biasa tetapi keahlian bersekutu dan langkah ini dijangka disokong oleh semua pucuk pimpinan parti komponen BN.

"Jika kami membenarkan parti mesra BN sebagai ahli penuh (keahlian biasa), ini akan menimbulkan kemarahan parti komponen BN kerana sebahagian daripada parti tersebut adalah parti serpihan komponen BN.

"Tambahan pula, sekiranya mereka dilantik sebagai ahli penuh, BN terpaksa memperuntukkan kerusi untuk pilihan raya akan datang. Pada masa ini kami tidak melihat mana-mana parti komponen BN yang mahu menyerahkan kerusi untuk parti tersebut," kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

BN telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus diketuai naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan mengandungi wakil-wakil daripada setiap parti komponen BN untuk mengkaji perkara itu dan kaedah yang boleh digunapakai jika gabungan itu meneruskan pindaan.

Sebarang keputusan yang dibuat jawatankuasa ini harus dipersetujui pemimpin tertinggi BN dan mesti mendapat lampu hijau daripada semua parti komponen berdasarkan sistem konsensus seperti yang diamalkan oleh parti gabungan tertua negara itu.

BN terpaksa merombak sistemnya selepas prestasi suram pada pilihan raya umum 2008 apabila gabungan itu hilang empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada pembangkang dan gagal untuk merampas kembali Kelantan daripada pembangkang.

Perak kembali di bawah pemerintahan BN selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan memilih untuk menjadi ADUN bebas sambil berjanji untuk memberi sokongan mereka terhadap kerajaan gabungan, hampir setahun selepas pilihan raya umum.

Pilihan raya umum 2008 membuka mata BN bahawa parti itu memerlukan sokongan 'pihak lain' seperti parti politik sampingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membolehkan ia tetap relevan dalam lanskap politik negara.

Parti politik yang berminat untuk menyertai BN termasuk Barisan Progresif India (IPF), parti yang baru ditubuhkan Parti Makkal Sakti Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). Beberapa NGO juga dijangka menyertai gabungan ini.

"Ia (keahlian BN) bukan dalam bentuk keahlian langsung. Apa yang kita pertimbangkan adalah selaku keahlian bersekutu. Tetapi mereka perlu memberi jaminan bahawa mereka menyokong kami. Dan mereka juga tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

"Selain itu, ahli bersekutu ini tidak akan dibenarkan untuk menduduki Majlis Tertinggi BN. Terdapat beberapa pengiktirafan untuk ahli bersekutu ini tetapi bukan kerusi untuk bertanding atau kerusi untuk menduduki badan membuat keputusan tertinggi BN," kata setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Madius Tangau.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pada Selasa mengisytiharkan MIC - parti India terbesar dalam negara, tidak menentang cadangan BN untuk membuka keahlian kepada individu, parti-parti politik dan NGO.

Beliau berkata parti itu akan membantu dan menyokong Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usahanya memperkukuhkan gabungan itu.

"Cadangan untuk keahlian secara terus akan dibincangkan oleh semua komponen parti dalam semangat persaudaraan dan saling faham memahami," katanya dan menambah parti itu akan berbincang mengenai cadangan itu 'secara tertutup dan akan mengambil bahagian aktif dalam perbincangan apabila tiba masanya.'

"Pendirian rasmi MIC berhubung cadangan keahlian itu ialah kami tidak akan menolaknya pada bila-bila masa. Saya mahu perkara ini difahami dengan jelas oleh semua pihak," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi berkata BN harus mengemukakan garis panduan jelas mengenai perkara itu bagi memudahkan pihak yang berminat untuk menyertai gabungan tersebut.

"Saya difahamkan mereka sedang mendraf perubahan itu untuk piagam atau perlembagaan BN. Ia mesti jelas dan tidak harus ada kelemahan. Kita telah lihat banyak ahli melompat parti dan ia telah mendatangkan masalah.

"Jadi, ia sesuai sekiranya jawatankuasa BN yang dibentuk untuk perkara itu dapat memperincikan definisi jelas, siapa yang boleh dan tidak boleh menyertai parti. Antara persoalan panas - sesiapa yang meninggalkan gabungan dan menyertai pembangkang tetapi mahu kembali semula. Bagaimanakah mereka menangani kes sedemikian?

"Adakah mereka akan memutuskan berdasarkan kes demi kes? Jika memang demikian maka akan ada beberapa orang yang akan kecewa jika mereka tidak dibenarkan menyertai gabungan. Semua ini mesti diselesaikan," katanya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian, bagaimanapun percaya keanggotaan terus adalah lebih sesuai berbanding keahlian bersekutu kerana BN memerlukan semua bantuan bagi mengumpulkan semula sokongan yang hilang sejak lima tahun lepas.

Katanya tugas sekarang adalah untuk memikat pengundi yang telah terbahagi kepada tiga kategori.

Terdapat pengundi tradisional (penyokong kuat BN), pengundi mesra BN (mereka yang menyokong BN tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti komponen BN) dan penyokong atas pagar (mereka yang akan melihat isu yang dibawa BN juga parti pembangkang).

"Satu-satunya perkara adalah mereka perlu mengkaji isu adakah mereka bersedia untuk melepaskan kerusi dan isu sama ada NGO, jika diberi landasan politik, akan tetap dapat menjalankan tugas berkesan sebagai NGO.

"Sekiranya mereka diberi keahlian bersekutu atau status kelab, mereka akan. tetap rasa didiskriminasi kerana mereka tidak akan menikmati hak penuh (biasa) keahlian," katanya.

Sivamurugan juga menyatakan ini adalah apa yang dirasai oleh ahli-ahli kelab penyokong PAS selepas mereka merungut kenapa mereka tidak diberi sebarang kerusi untuk bertanding.

"Ada juga isu di mana mereka yang berada di belakang NGO mahu organisasi itu kekal sebagai NGO untuk menjadi penyemak dan pengimbang kepada parti politik," katanya.

"Isu lain bahawa beberapa parti politik mungkin tidak membenarkan kelab-kelab penyokong seperti yang ditubuhkan oleh SA Vigneswaran (bekas ketua pemuda MIC yang berhenti dari parti) dan T Murugiah (timbalan menteri dan bekas ketua pemuda Parti Progresif Penduduk yang dipecat dari parti) menyertai BN.

"Oleh itu BN perlu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai cadangan ini dan mengemukakan penyelesaian sebelum memutuskan kaedah yang akan digunakan," katanya.

Sivamurugan percaya isu itu boleh diatasi jika semua pihak kembali kepada semangat pembentukan Parti Perikatan pada tahun 50-an iaitu saling berkompromi dan melakukan pengorbanan untuk memastikan pembentukan itu menjadi realiti.

Penduduk selatan Sabah dinasihat jauhi panta

iMALAYSIA KINI



Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu, lapor Bernama.

ring of fire in face of tsunami threatKebimbangan tersebut ekoran gempa bumi berukuran 8.8 di Chile semalam, dengan negara-negara di Lautan Pasific bersiap sedia memindahkan rakyat mereka ke tanah tinggi.

Siren pemindahan penduduk memenuhi ruang udara Hawaii, French Polynesia dan Selatan Pasific. Gempa bumi di Chile mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terkorban.

Kira-kira 50 negara dan wilayah dari New Zealand ke Jepun sebelum ini pernah dilanda tsunami di Lautan India yang mengorbankan lebih 220,000 nyawa.

Lima belas jam selepas gempa semalam, ombak tsunami melanda pantai Chile dan wilayah barat French Polynesia dan kepulauan Chatham di New Zealand. Para pegawai bimbang ia bakal diekori ombak yang lebih besar.

Pusat amaran tsunami pasific, memberi amaran mengenai kemungkinan 'kerosakan besar' akibat hempasan ombak yang boleh mencecah sehingga tiga meter.

UMNO Perlu Ambil Tindakan Terhadap Ku Li - Puad Zarkashi

BERNAMA


BATU PAHAT: Umno perlu mengambil tindakan terhadap Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersekongkol dengan parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas "orang besar" di dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan anggota Parlimen Gua Musang yang bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti-parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan.

Majlis Tertinggi Umno di dalam mesyuaratnya minggu ini menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah itu.

Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

"Tujuan beliau (terlibat di dalam siri ceramah pembangkang) itu adalah untuk mencabar parti (Umno) mengambil tindakan terhadap dan membolehkannya menjadi hero, " katanya.

Beliau berkata pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan ketika ini juga adalah tidak konsisten dan berlainan sebagaimana ketika Anggota Parlimen Gua Musang itu memegang jawatan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

Mengenai tindakan Tengku Razaleigh yang mahu mengadakan siri ceramah tentang isu itu, katanya Umno tidak perlu berasa bimbang kerana anggota Parlimen Gua Musang itu tidak mempunyai pengaruh yang besar, sebaliknya terpaksa bergantung kepada parti pembangkang.

Perasmian pejabat PAS Miri kukuhkan Pakatan

Mohd Arifiriazul


MIRI: Perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri semalam oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim menyaksikan kukuhnya kerjasama Pakatan Rakyat di sini.

Ini berikutan keempat-empat pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri, Edwin Dundang (SNAP), Fong Pau Teck (DAP) dan Dr Micheal Teo (PKR) hadir pada majlis itu.

Khalil Idham dalam ucapan perasmian mengajak semua ahli PAS menggerakkan kerja dakwah ke arah memasyarakatkan PAS dalam masyarakat tempatan menerusi kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan.

“PAS seharusnya berada dalam saf hadapan dalam memastikan prinsip negara berkebajikan dinikmati setiap insan di muka bumi Miri ini.

“Bertitik tolak roh perjuangan baginda Rasulullah s.a.w., usaha dakwah dan kebajikan berterusan ini pasti akan membawa sinar perubahan pada seluruh masyarakat,” ujarnya yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Gambar: Khalil Idham Lim (kiri, membelakangkan kamera) memotong riben merasmikan pejabat PAS Miri.

Pada malam pula, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat Miri bergerak ke rumah Dr Micheal Teo, Ketua PKR Bahagian Miri bagi meraikan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri.

Hampir 1,000 hadir memeriahkan majlis tersebut yang dihangatkan lagi dengan ucapan Khalil Idham Lim yang fasih berbahasa Cina berjaya menarik perhatian hadirin.

Dengan adanya program seumpama ini, mampu memecahkan tembok perbezaan di antara PAS dan masyarakat bukan Islam di Sarawak.

Berucap pada majlis itu, Khalil berkata, jika benar-benar kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN ikhlas membantu rakyat negeri ini, maka mereka mestilah membina jalan yang sempurna dari Miri ke Mukah.

Untuk rekod, perjalanan dari Miri ke Mukah mengambil masa hampir lapan jam walaupun jaraknya lebih kurang 450 kilometer.

Buku khas sokong perjuangan A Samad Said dilancar Mac ini - Dinsman

Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR : "Kita mahu melancarkan sebuah buku esei menjelang Mac depan yang menunjukkan sokongan terhadap sebarang usaha dan kegiatan Datuk A Samad Said sebelum ini," kata Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Dinsman.

Beliau berkata demikian dalam suatu pertemuan bersama wakil Exco Kebudayaan Negeri Selangor, Zahariman baru-baru ini.

"Kita akan lancarkan pada 7 Mac depan sebagai meraikan tarikh bersejarah sebagai tanda titik-tolak bermulanya kegiatan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah dasar itu di depan Istana Negara," kata beliau lagi.

Menyentuh pembabitan awal pelancaran buku yang memuatkan 29 esei-esei terpilih itu, Dinsman atau nama sebenarnya Che Shamsudin Othman berkata, buku ini turut memuatkan karangan esei daripada kumpulan Budayawan bertindak.

"Ada golongan yang anti-PPSMI dan mereka juga mahu terlibat, tapi mereka bukan seniman, jadi bagaimanakah mereka mahu terlibat? Sebab itulah, ada saranan supaya ditubuhkan Budayawan Bertindak itu supaya mereka ini bergerak bersama kami," kata beliau lagi.

Dalam prakata buku tersebut, Dinsman, Kassim Muhammad dan Hasni Abas, antara tokoh GMP turut membangkitkan kenangan lalu ketika mula mengadakan gerakan seumpama ini.

"Sewaktu kami dan kawan-kawan seramai 11 orang bertemu di Rumah Pena pada petang Ahad 6 September 2009, menjelang saat berbuka puasa dengan eSastera itu, kami hanya berfikir untuk merancang beberapa aktiviti sebagai menyatakan sokongan kepada komitmen perjuangan yang sedang ditunjukkan oleh A Samad Said.

"Ia adalah lanjutan daripada perjuangan membantah dasar PPSMI yang kemuncaknya 100 ribu rakyat berkumpul di Kuala Lumpur pada 7 Mac 2009, mengiringi Datuk Hassan Ahmad menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Bermula peristiwa itu A. Samad Said seperti memulakan satu perjuangan baru," kata mereka lagi.

Sokong A Samad Said yang sudah mula memperlihat komitmen

"Hari demi hari dia (A Samad Said) memperlihat komitmen yang makin menyerlahkan kecintaannya kepada bahasa Melayu dan budaya besar kita. Perjumpaan petang 6 September itu (yang tidak dihadiri Samad Said; dan tiga orang daripadanya budayawan Cina) rupanya tidak terhenti setakat yang dirancang.

"Mereka inginkan lebih daripada itu - suatu gabungan tenaga dan suara secara berterusan bagi menyatakan kehadiran seniman dan cendekiawan dalam arus kehidupan masyarakat Malaysia hari ini," tulisan prakata itu dipetik sebagai berkata.

Tambah mereka, atas syor Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, buat sementara kumpulan mereka dinamakan 'Budayawan Bertindak'.

"Bahawa golongan budayawan (seniman, sasterawan, cendekiawan) tidak sepatutnya berdiam diri membiarkan golongan politikus dan niagawan sahaja menentukan arus pembangunan dan perubahan dalam masyarakat, tetapi budayawan juga perlu bertindak aktif dalam arus kehidupan tersebut.

"Yang pentingnya, kita menyatakan sokongan kepada perjuangan A Samad Said. Kepelbagaian esei-esei ini… memang tidak dirancang dan tidak diduga. Budayawan Bertindak pun masih dalam proses pembentukannya. Belum tahu esoknya bagaimana," kata mereka melalui prakata buku esei yang bakal dilancarkan pada Mac depan itu.

Mansuhkan Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah - PKPIM

Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR : Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah patut dimansuhkan kerana peruntukan itu dilihat sebagai 'Ultra Vires' kerana ia secara terang-terangan bercanggah dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata demikian dalam suatu kenyataannya di sini ketika merujuk tindakan seorang bekas pengurus bank yang mencabar hukuman sebat ke atasnya sebelum ini.

Terdahulu, seorang bekas pengurus bank dikatakan telah mencabar hukuman sebat ke atasnya kerana peruntukan undang-undang itu disifatkan sebagai hal yang menindas dan prejudis terhadap kaum lelaki.

"Seksyen itu menyatakan bahawa hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah wanita. Justeru itu, peruntukan sedia ada ini dilihat amat bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dan anti diskriminasi jantina sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

Dalam pada itu, kata Muhammad Faisal, Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa, 'Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir, atau gender dalam mana-mana undang-undang.'

Sementara itu, tambahnya hal pemansuhan peruntukan ini juga perlu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kecelaruan sistem perundangan negara khususnya apabila ia melibatkan peruntukan undang-undang Syariah bagi negeri-negeri tertentu.

Hukuman sebat syariah tidak bersifat diskriminasi jantina

Secara umumnya, kata Muhammad Faisal, di dalam beberapa peruntukan Syariah, hukuman sebat boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah tanpa mengira jantina pesalah berkenaan.

"Sebagai contoh, Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 kali sebatan.

"Ini bertepatan dengan lunas-lunas perundangan Islam yang menyatakan bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan tertentu tanpa mengira perbezaan jantina seseorang," tambah beliau lagi.

Beliau turut merujuk surah An-Nur ayat 2 di mana Allah s.w.t berfirman, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat."

Namun demikian, katanya, kaedah dan cara pelaksanaan hukuman tersebut perlu dikaji semula agar ia bersesuaian dengan nilai-nilai dan sifat-sifat kewanitaan.

Lantaran itu, tambah Muhammad Faisal, pihaknya berpendapat bahawa, kaedah pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Islam adalah lebih bersifat berperikemanusiaan, tidak mencederakan, serta bertujuan mendidik pesalah dan hal ini menjadi kaedah terbaik yang harus dilaksanakan juga ke atas pesalah wanita.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut menggesa semua pihak untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam memberi sumbangan idea bagi memastikan keharmonian antara sistem undang-undamg Sivil dan Syariah terjalin.

Pas cabar Zahrain letak jawatan

DETIK DAILY


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim meletak jawatan wakil rakyat akibat sikapnya yang kontroversi dan ‘menikam’ kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.
Dr Mujahid yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Bayan Baru berkata, Zahrain tidak wajar lagi untuk terus memegang jawatan itu kerana kemenangannya pada pilihan raya lalu adalah sebagai wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen PR.

“Apabila beliau menikam kita dari belakang, Zahrain sepatutnya mengambil tindakan yang lebih bermaruah iaitu meletak jawatan wakil rakyat. Beliau patut sedar, beliau menang atas tiket pakatan dan jika sudah tidak lagi sealiran dengan pakatan, buat apa tunggu lagi?” katanya.

Dr Mujahid berkata, ahli Pas kawasan Bayan Baru memandang berat tindakan Ahli Parlimen berkenaan dan tidak menyokong jika beliau masih mahu terus menjadi wakil rakyat kawasan itu.

“Beliau banyak melukakan hati kita di sini. Tidak sepatutnya lagi dia tunggu jika dia sudah tidak suka kepada kita,” katanya.

Menurutnya, Zahrain sejak awal lagi tidak sewajarnya membuat kenyataan yang boleh menjejaskan PR.

“Tindakannya melambangkan sikap yang tidak sihat serta ia membuka ruang kepada UMNO ataupun Barisan Nasioanl (BN) menyerang PR. Sekurang-kurangnya dia perlu hormat dan ingat bahawa dia menang pilihan raya atas tiket dan sokongan kita.

“Kalau tidak suka, jangan sampai tidak hormat dan sikap seperti itu juga menjejaskan penghormatan orang lain terhadap dirinya,” katanya.

Dr Mujahid berkata, Zahrain ternyata emosi apabila ‘meletupkan’ isu ketidakpuasan hatinya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di hadapan media sedangkan beliau sepatutnya menggunakan saluran parti untuk berbincang secara terbuka.

“Beliau pernah ada jawatan, mengapa tidak guna saluran parti? Ini menunjukkan Zahrain seorang pemimpin yang tidak berprinsip dan mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan sesuatu iaitu daripada tindakan itu,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, ahli Pas kawasan Bayan Baru menuntut Zahrain memohon maaf kepada seluruh pengundi yang memberi undi kepadanya atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu kerana beliau telah mengkhianti kepercayaan mereka.

“Selain itu, Zahrain juga digesa untuk menarik balik kenyataan beliau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai ‘diktator’, ‘cauvinis’ dan ‘berfikiran komunis’, ia merupakan fitnah terhadap kepimpinan Guan Eng yang mengetuai PR, bukan semata-mata DAP.

“Seterusnya, saya bagi Pihak Pas kawasan Bayan Baru mencabar Zahrain mengemukakan fakta dan bukti atas dakwaannya itu. Jika gagal, beliau dianggap menipu atau memfitnah,”katanya. S/H

Wang Ehsan Paparkan Akaun Terbuka Elak Prejudis

Oleh Mohd Sayuti Omar

WALAUPUN kerajaan negeri menolak pemberian wang ehsan tetapi Umno tetap juga akan mengagihkannya. Persiapan untuk melaksanakan itu sedang giat dijalankan. Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, Awang Adek Hussein pula akan menghantar surat tawaran kepada kerajaan Kelantan untuk melantik dua orang wakil kerajaan dalam jawatankuasa berkenaan.

Saya yakin tawaran itu akan ditolak kerajaan Kelantan sebab MB, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menegaskan mereka tidak mahu menerima wang ehsan tetapi tetap mahukan wang royalti.

Penolakan itu bukan bermakna wang itu dihalang untuk diagihkan kepada rakyat. Seperti mana jelas anggota Exco, Mohd Amar Nik Abdullah Pas tidak akan halang tetapi Pas tidak akan kisah kepada siapa wang itu hendak diagihkan. Tegasnya Pas tidak akan iktiraf pemberian itu.


Manakala menurut Awang Adek wang itu akan dapat diagihkan secepat-cepatnya April depan. Beliau memberi jaminan wang itu akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Pas nampaknya berhati-hati dalam menjawab dan mengulas perkara ini. Pas tidak mahu dianggap rakyat sebagai cuba menghalang kebajikan yang hendak dibuat oleh Umno. Pas juga menyedari rakyat memerlukan wang berkenaan. Cuma kalau boleh Pas ingin sampaikan dengan tangan sendiri kepada rakyat.

Seperti mana Umno berhajat menjadikan wang itu untuk tujuan politik begitu juga dengan Pas ingin menjadikan wang itu sebagai political mileage politiknya.

Masalah pemberian wang ehsan dan tuntutan royalti ini saya lihat tidak ada penyelesaian dalam waktu terdekat ini. Kedua pihak bertarik tali mengenai wang ehsan itu dan masing-masing mendakwa merekalah yang lebih berhak. Undang-undang dan perjanjian nampaknya tidak dijadikan sumber rujukkan lagi.

Dalam pada itu dimasa Umno bersiap sedia untuk mengagihkan wang itu Pas pula sedang menanti dengan penuh minat. Apa yang Pas tunggu ialah mahu melihat bagaimana wang itu diagihkan dan kepada siapa ia disampaikan. Apakah pengagihan itu telus dan menempati sasarannya.

Penyelewengan dalam pengagihannya akan jadi satu masalah kepada Umno dan ia akan dijadikan modal oleh Pas untuk dijual kepada rakyat. Pas akan mendedahkan kepada rakyat bahawa Umno tidak adil dan saksama dalam pemberian wang berkenaan.

Dalam hal ini saya tidak mahu bias kepada mana-mana pihak. Apa yang penting wang hasil bumi perut Kelantan itu akan sampai ke tangan rakyat negeri itu. Umno diharap tidak akan menyeleweng dan khianat dalam pemberian wang ini.

Misalnya perumahan rakyat termiskin, hanya orang miskin tertentu sahaja mendapat peruntukan itu. Bukan itu saja peruntukan sebanyak RM7,000 hanya sampai tidak sampai sampai RM3,000 dengan pemberian tiga keping papan atau zink saja. Itu bentuk penyelewengan yang pernah berlaku dan menggambarkan ketidakjujuran pengagihannya yang dilakukan oleh Umno.

Begitu juga dengan pembahagian baja padi untuk petani miskin. Orang Umno berguni terima baja sampai jadi bukit di bawah rumah kerana tidak kehabisan. Manakala penyokong Pas pula supik baja kosong pun mereka tidak dapat. Terpaksa punggah tahi lembu dan tahi kambing untuk dijadikan baja padi kerana peruntukan baja kerajaan tidak mencukupi.

Hendaknya dalam pembahagian wang ehsan ini tidak akan terjadi seperti pengagihan wang untuk PPRT dan baja itu.

Untuk mengelak ini dan memuaskan hati kepada semua pihak saya cadangkan jawatankuasa wang ehsan adakan akaun terbuka mencatat pemberian wang berkenaan. Akaun ini boleh dipaparkan di papan iklan besar yang diletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu ataupun di setiap daerah. Semua perbelanjaan dan pengagihan dicatat di situ, biar semua orang tenguk dan kelih sendiri. Catat dan tulis semua jumlah dan tarikh pemberiannya.

Sekiranya wang itu dalam bentuk projek, kontraktor yang menerima projek itu hendaklah disenaraikan siapa mereka dan sebut juga nombor lesen kontraktornya. Jangan pakai berikan projek itu ikut suka hati dan pilih kontraktor dari kalangan kroni.

Saya rasa kalau ini dapat disediakan keraguan orang ramai akan berkurangan. Kejujuran dan keikhlasan Umno juga dapat dilihat umum. Kerajaan negeri juga yang kini sedang menanti untuk kritik akan berhati-hati dan tidak akan mengkritik dan menuduh secara sembrono kerana semua perbelanjaan dan penerimaan wang itu ada dicatat di papan akaun gergasi itu. Sebaliknya kalau pengagihan itu dipertikai dan diragui ia akan bakal membawa musibah kepada Umno Kelantan.

http://msomelayu.blogspot.com/

Jika Umno Kuat, Ambil Tindakan Terhadap Ku Li

Oleh Angksanuri

Umno mendabik dada kononnnya mereka mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Umno berkata Pakatan Rakyat tidak berpijak di bumi nyata untuk mara ke Putrajaya. Umno cuba digambarkan cukup kuat dan gagah.

Hakikatnya, Umno umpama pesakit kanser tahap 4 yang hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Umno cukup lemah dan tidak bermaya. Buktinya sebelum ini Umno tidak berani bertindak untuk mengantung keahlian Datuk Seri Muhamad Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua terbukti bersalah melakukan rasuah. Kenapa Umno tidak mampu berhadapan dengan protes dari ahli dan penyokong mereka sendiri jika mengambil tindakan tegas kepada perasuah yang boleh menggugat peluang dan sokongan mereka dalam pilihanraya

Dalam perkembangan terbaru, Umno tidak berani bertindak kepada Tengku Razaleigh walaupun beliau secara terbuka memperjuangkan hak rakyat di pentas kerajaan Pas Kelantan. Walaupun wujud desakan dan cakap-cakap belakang, kepimpinan Umno dan Lembaga Disiplinnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Walaupun Ku Li dianggap 'menderhaka' kepada Umno, Umno ternyata tidak berani mengambil tindakan kepada beliau.

Mengapa dan kenapa mudah difahami, Umno bukan hanya tidak yakin untuk merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi apa yang lebih dibimbangi ialah, pengaruh Ku Li bukan sahaja kepada ahli Umno dan rakyat Kelantan tetapi penyokong Ku Li di seluruh Malaysia. Kegagalan Ku Li mendapat pencalonan yang cukup daripada bahagian dalam pencalonan jawatan presiden Umno sebelum ini bukan menjadi petunjuk pengaruh dan sokongan Ku Li sudah merosot. Ku Li masih relevan dan masih mempunyai sokongan Umno di peringkat akar umbi. Inilah yang cukup digeruni oleh Umno.

Jika mereka memecat, menggantung keahlian atau mengambil apa-apa tindakan disiplin kepada Ku Li bermakna musibah besar sedang menunggu Umno. Dalam situasi ini adakah Umno berani mendakwa mereka lebih kuat berbanding PAS, PKR atau DAP? Jika mereka kuat ambillah tindakan kepada Ku Li dan kita lihat apa yang bakal berlaku kepada Umno

http://angkasanuri.blogspot.com/

Sabtu, 27 Februari 2010

Mahathir dikata tahu pembunuh Altantunya

Oleh Afrar Yunus

Isu Altantunya Shaaribu bukan sahaja mengekori kemana sahaja Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur berada, malah polis dan badan kehakiman satu Malaysia pun sudah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerananya.Rata-rata rakyat Malaysia termasuk di kampung-kampung dan di bandar-bandar sudah tidak meletakkan harapan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk apa-apa tindakan dalam kes ini.

Beberapa orang penduduk di Jerlun dan Kubang Pasu yang ditemui berkata, mereka yakin sudah tentu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Ini berdasarkan (pengetahuannya) tentang kes dalam kelambu Anwar Ibrahim pun Mahathir tahu cerita, takkanlah samada Najib terlibat atau tidak, beliau tak tahu tanya orang kuat Johari Baharom di Megat Dewa.

Kata mereka, rakyat Malaysia akan berterima kasih banyak-banyak kepada Tun jika beliau boleh mendedahkan samada penglibatan pemimpin tertinggi negara seperti yang dihebohkan satu dunia ini, betul atau sebaliknya.

Ramai yang berpendapat, jika tahu, sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan apa yang terpendam demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Malu kita dan UMNO dibuat isu ini. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai integriti dan ketelusan" kata penyokong kuat Mukhriz Mahathir.

Jika terjadi apa-apa kepada Najib, bukankah Muhyiddin sedang menanti untuk menerajui UMNO, Barisan Nasional dan sebagai Perdana Menteri.

"Patah tumbuh, hilang berganti. Tangkap Najib, Muhyiddin sedia ganti".

http://alkerohi.blogspot.com

Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak

Hafiz Yatim


Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.

Hanya 30 Hari Proses Sijil Halal Jakim

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN


KUALA LUMPUR: Proses permohonan bagi mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya mengambil masa kurang daripada 30 hari untuk diluluskan sekiranya semua dokumen sokongan lengkap disertakan oleh pengusaha syarikat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau pihak penguasaha memberikan dokumen yang lengkap maka prosesnya pasti tidak melebihi daripada 30 hari daripada tarikh syarikat itu mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah 1Malaysia 1 Halal di perkarangan Masjid Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa proses hendak mendapatkan sijil halal daripada Jakim memakan masa yang lama melebihi tempoh 30 hari.

Baru-baru ini, laporan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan hanya dua buah kopitiam yang beroperasi di negara ini mendapat pengesahan sijil dan logo daripada Jakim.

Sebaliknya para pengusaha lain didapati menggunakan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak swasta yang tidak mendapat pengiktirafan jabatan tersebut.

Mengulas lanjut, Mashitah menegaskan bahawa kelewatan sebenarnya berpunca daripada maklumat yang tidak lengkap diberikan oleh syarikat itu sendiri.

"Oleh itu, saya berharap selepas ini penguasaha syarikat tidak boleh lagi memberi alasan proses untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim memakan masa yang lama," katanya.

Menurutnya, proses untuk mendapatkan sijil halal pada hari ini cukup mudah kerana semuanya dilakukan secara dalam talian oleh pihak Jakim.

"Selepas mereka membuat pembayaran maka pengusaha syarikat akan mendapat sijil halal tersebut berdasarkan terma dan syarikat yang kita tetapkan,” katanya.

Kempen 1Malaysia 1Halal yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 Februari lalu akan berakhir esok beberapa aktiviti telah disusun.

Antaranya ialah pertandingan menulis esei halal di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), usahawan halal, pelancongan Islam, penerbitan artikel dan rencana halal dan restoran halal terbaik.

Tempoh pertandingan itu berlangsung selama enam bulan bermula hari ini.

Tiada Rombakan Barisan Exco Di Perak - Zambry

BERNAMA


TAIPING: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata tiada sebarang rombakan barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dilakukannya dalam waktu terdekat memandangkan exco berkenaan memegang portfolio masing-masing dalam tempoh yang agak singkat.

Sebaliknya, beliau berkata barisan Exco sedia ada akan diberi satu tempoh masa yang bersesuaian untuk membuktikan keberkesanan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas mereka dengan sebaik-baiknya.

"Ada satu jangka masa yang saya berikan kepada mereka dan selepas itu baru saya akan buat penilaian. Buat masa ini saya tidak membuat penilaian mutlak tetapi mereka terus dipantau dalam melaksanakan tugas-tugas mereka berdasarkan kepada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang telah pun ditetapkan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra 1Malaysia di Kampung Boyan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada akan melakukan rombakan barisan exconya seperti mana yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dr Zambry berkata mungkin ada di kalangan exco sedia ada menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan namun beliau percaya barisan exconya mampu melakukan penambahbaikan prestasi masing-masing dari semasa ke semasa.

Katanya beliau juga masih belum mempunyai perancangan untuk menambah bilangan exco daripada enam orang ketika ini kepada 10 orang yang menjadi kebiasaan bagi kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau juga menepis dakwaan pihak tertentu bahawa portfolio yang dipegang oleh barisan exco ketika ini merupakan satu beban buat mereka dan sebaliknya menegaskan bahawa ia bergantung kepada sejauh mana berkesannya seseorang exco itu menguruskan portfolio masing-masing.

Dr Zambry pula adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Barisan exco Perak ketika ini adalah Datuk Hamidah Osman yang juga Exco Kanan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari (Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air); Datuk Dr Mah Hang Soon (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Datuk Saarani Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan); Mohammad Zahir Abdul Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi Paharudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan).

Kesemua exco mengangkat sumpah di depan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 10 Februari 2009.

BN Timbang Status Keahlian Sekutu Untuk Parti Politik Mesra BN

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dikatakan sedang memikirkan untuk meminda piagamnya bagi membolehkan parti politik yang mesra BN bergabung menjadi ahli bersekutunya.

Menurut sumber sebagai 'jalan tengah' parti mesra BN tidak akan diberi keahlian biasa tetapi keahlian bersekutu dan langkah ini dijangka akan disokong oleh semua pucuk pimpinan parti komponen BN.

"Jika kami membenarkan parti mesra BN sebagai ahli penuh (keahlian biasa), ini akan menimbulkan kemarahan parti komponen BN kerana sebahagian daripada parti tersebut adalah parti serpihan komponen BN.

"Tambahan pula, sekiranya mereka dilantik sebagai ahli penuh, BN terpaksa memperuntukkan kerusi untuk pilihan raya akan datang. Pada masa ini kami tidak melihat mana-mana parti komponen BN yang mahu menyerahkan kerusi untuk parti tersebut," kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

BN telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus diketuai naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan mengandungi wakil-wakil daripada setiap parti komponen BN untuk mengkaji perkara itu dan kaedah yang boleh digunapakai jika gabungan itu meneruskan pindaan.

Sebarang keputusan yang dibuat jawatankuasa ini harus dipersetujui pemimpin tertinggi BN dan mesti mendapat lampu hijau daripada semua parti komponen berdasarkan sistem konsensus seperti yang diamalkan oleh parti gabungan tertua negara itu.

BN terpaksa merombak sistemnya selepas prestasi suram pada pilihan raya umum 2008 apabila gabungan itu hilang empat negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada pembangkang dan gagal untuk merampas kembali Kelantan daripada pembangkang.

Perak kembali di bawah pemerintahan BN selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang keluar parti dan memilih untuk menjadi ADUN bebas sambil berjanji untuk memberi sokongan mereka terhadap kerajaan gabungan, hampir setahun selepas pilihan raya umum.

Pilihan raya umum 2008 membuka mata BN bahawa parti itu memerlukan sokongan 'pihak lain' seperti parti politik sampingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membolehkan ia tetap relevan dalam lanskap politik negara.

Parti politik yang berminat untuk menyertai BN termasuk Barisan Progresif India (IPF), parti yang baru ditubuhkan Parti Makkal Sakti Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). Beberapa NGO juga dijangka menyertai gabungan ini.

"Ia (keahlian BN) bukan dalam bentuk keahlian langsung. Apa yang kita pertimbangkan adalah selaku keahlian bersekutu. Tetapi mereka perlu memberi jaminan bahawa mereka menyokong kami. Dan mereka juga tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

"Selain itu, ahli bersekutu ini tidak akan dibenarkan untuk menduduki Majlis Tertinggi BN. Terdapat beberapa pengiktirafan untuk ahli bersekutu ini tetapi bukan kerusi untuk bertanding atau kerusi untuk menduduki badan membuat keputusan tertinggi BN," kata setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Madius Tangau.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pada Selasa mengisytiharkan MIC parti India terbesar dalam negara, tidak menentang cadangan BN untuk membuka keahlian kepada individu, parti-parti politik dan NGO.

Beliau berkata parti itu akan membantu dan menyokong Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usahanya memperkukuhkan gabungan itu.

"Cadangan untuk keahlian secara terus akan dibincangkan oleh semua komponen parti dalam semangat persaudaraan dan saling faham memahami," katanya dan menambah parti itu akan berbincang mengenai cadangan itu 'secara tertutup dan akan mengambil bahagian aktif dalam perbincangan apabila tiba masanya.'

"Pendirian rasmi MIC berhubung cadangan keahlian itu ialah kami tidak akan menolaknya pada bila-bila masa. Saya mahu perkara ini difahami dengan jelas oleh semua pihak," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi berkata BN harus mengemukakan garis panduan jelas mengenai perkara itu bagi memudahkan pihak yang berminat untuk menyertai gabungan tersebut.

"Saya difahamkan mereka sedang mendraf perubahan itu untuk piagam atau perlembagaan BN. Ia mesti jelas dan tidak harus ada kelemahan. Kita telah lihat banyak ahli melompat parti dan ia telah mendatangkan masalah.

"Jadi, ia sesuai sekiranya jawatankuasa BN yang dibentuk untuk perkara itu dapat memperincikan definisi jelas, siapa yang boleh dan tidak boleh menyertai parti. Antara persoalan panas sesiapa yang meninggalkan gabungan dan menyertai pembangkang tetapi mahu kembali semula. Bagaimanakah mereka menangani kes sedemikian?

"Adakah mereka akan memutuskan berdasarkan kes demi kes? Jika memang demikian maka akan ada beberapa orang yang akan kecewa jika mereka tidak dibenarkan menyertai gabungan. Semua ini mesti diselesaikan," katanya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian, bagaimanapun percaya keanggotaan terus adalah lebih sesuai berbanding keahlian bersekutu kerana BN memerlukan semua bantuan bagi mengumpulkan semula sokongan yang hilang sejak lima tahun lepas.

Katanya tugas sekarang adalah untuk memikat pengundi yang telah terbahagi kepada tiga kategori. Terdapat pengundi tradisional (penyokong kuat BN), pengundi mesra BN (mereka yang menyokong BN tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti komponen BN) dan penyokong atas pagar (mereka yang akan melihat isu yang dibawa BN juga parti pembangkang).

"Satu-satunya perkara adalah mereka perlu mengkaji isu adakah mereka bersedia untuk melepaskan kerusi dan isu sama ada NGO, jika diberi landasan politik, akan tetap dapat menjalankan tugas berkesan sebagai NGO.

"Sekiranya mereka diberi keahlian bersekutu atau status kelab, mereka akan tetap rasa didiskriminasi kerana mereka tidak akan menikmati hak penuh (biasa) keahlian," katanya.

Sivamurugan juga menyatakan ini adalah apa yang dirasai oleh ahli-ahli kelab penyokong PAS selepas mereka merungut kenapa mereka tidak diberi sebarang kerusi untuk bertanding.

"Ada juga isu di mana mereka yang berada di belakang NGO mahu organisasi itu kekal sebagai NGO untuk menjadi penyemak dan pengimbang kepada parti politik," katanya.

"Isu lain bahawa beberapa parti politik mungkin tidak membenarkan kelab-kelab penyokong seperti yang ditubuhkan oleh S.A. Vigneswaran (bekas ketua pemuda MIC yang berhenti dari parti) dan T.Murugiah (timbalan menteri dan bekas ketua pemuda Parti Progresif Penduduk yang dipecat dari parti) menyertai BN.

"Oleh itu BN perlu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai cadangan ini dan mengemukakan penyelesaian sebelum memutuskan kaedah yang akan digunakan," katanya.

Sivamurugan percaya isu itu boleh diatasi jika semua pihak kembali kepada semangat pembentukan Parti Perikatan pada tahun 50an iaitu saling berkompromi dan melakukan pengorbanan untuk memastikan pembentukan itu menjadi realiti.

Analisis Berita: Siapa Bakal Pengganti Taib Mahmud?

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula di Kuching, Isnin ini mungkin satu perkara membosankan berikutan tiada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama kecuali bagi beberapa kerusi dalam majlis tertinggi parti.

Bagaimanapun, atas sebab-sebab politik, persidangan ini akan menarik perhatian penganalisis politik dan para anggota parti memandangkan presiden parti yang telah lama berkhidmat dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekurang-kurangnya mungkin memilih majlis itu bagi membayangkan, paling sedikit, siapa bakal penggantinya.

Sesetengah anggota dalam parti membuat spekulasi bahawa Taib akan memberikan bayangan mengenai kemungkinan siapa selepas ini kerana ini boleh menjadi tempoh terakhir beliau menerajui PBB, parti politik paling kuat di Sarawak.

Tapi, biar betul? Ramai yang masih ragu-ragu bahawa beliau akan berbuat demikian demikian pada ketika ini.

"Beliau sepatutnya mempunyai strategi peralihan mulai sekarang tetapi tiada bukti mengenainya," kata Datuk Seri Daniel Tajem, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri kepada Taib pada awal 1980-an.

Tajem, yang kini seorang penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, berkata Taib perlu menghadapinya dan bergelut tanpa menghindarinya dan mengumumkan bahawa beliau akan berhenti dan melepaskannya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya bahawa Taib akan melepaskan kedudukan tertinggi parti hanya selepas pilihan raya negeri kerana jika beliau meletakkan jawatan sekarang, ia mungkin mencetuskan pergelutan kuasa di dalam parti.

"Beliau perlu mempersiapkan seseorang untuk mengambil alih. Kita mungkin melihat beberapa petanda siapa orang itu selepas konvensyen PBB," katanya.

Dr Sivamurugan berkata daripada perspektif strategi politik, ia mungkin kurang bijak bagi beliau untuk melepaskan jawatan sebelum pilihan raya negeri memandangkan parti itu mungkin memberi perhatian yang lebih kepada siapa yang akan menjadi ketua menteri selepas itu daripada memenangi atau mengekalkan kuasa dalam pilihan raya negeri.

"Isu mana yang mahu diberi perhatian, kepimpinan negeri atau pilihan raya negeri? Taib tidak akan menjadi isu pilihan raya jika beliau terus kekal dan mengetuai kempen dalam pilihan raya negeri akan datang. Pendapat rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak semuanya berbeza. Sebab itu, adalah lebih baik bagi Taib melepaskan jawatan hanya selepas pilihan raya negeri," katanya.

Pengganti berpotensi mungkin datang dari mereka di dalam kedudukan timbalan presiden parti, mereka yang biasanya dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi.

Tapi politik di Sarawak berbeza, ia tidak bermakna bahawa perkara itu akan terjadi.

Taib, 74, dipercayai serius mencari pemimpin untuk mengetuai parti. Beliau menerajui PBB sejak 26 Mac, 1981, satu tempoh kira-kira 29 tahun.

Apa yang menarik mengenainya ialah sesiapa yang bakal menggantikan beliau sebagai Presiden PBB bakal menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Pada masa lepas, Taib telah memerhati sejumlah pemimpin PBB yang boleh mengambil alih kepimpinannya termasuk Tan Sri Dr Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Haji Ulis, Datuk Abang Abu Bakar Mustapha dan Datuk Seri Haji Adenan Satem.

Bagaimanapun, kesemua mereka sedikit sebanyak telah dilupakan, atas beberapa sebab. Sesetengah daripada mereka dikatakan tidak sabar, sesetengahnya enggan menunggu.

PBB ditubuhkan berikutan penggabungan antara Parti Bumiputra dan Parti Pesaka pada Januari 1973. Dalam sejarah parti itu, tiada siapa yang pernah mencabar presiden parti dan kebanyakan kedudukan tertinggi tidak ditandingi, kecuali dalam dua peristiwa, pada 1998 dan 2005, tetapi ia hanya membabitkan jawatan timbalan presiden.

Pada 1998, Adenan dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan bagi seksyen Melayu/Melanau dalam PBB. Abang Johari menenag selepas mendapat sokongan kuat daripada anggota-anggota keturunan Dayak walaupun kenyataannya Adenan disokong kuat oleh Taib pada masa itu.

Adenan, kemudian dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti itu. Tujuh tahun kemudian, Adenan mencabar Abang Johari, tetapi perwakilan persidangan ditangguhkan apabila dilaporkan sesetengah para penyokong Adenan didakwa menggandakan cawangan-cawangan dalam 40 kawasan.

PBB kemudian dinasihatkan Pendaftar Pertubuhan untuk mengadakan pemilihan atau berdepan dibatalkan pendaftaran seperti Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah tidak wujud lagi.

Pada 2006 Taib telah membayangkan bahawa beliau akan menduduki kerusi ketua menteri sehingga pilihan raya negeri memandangkan tempoh pentadbiran negeri sekarang akan tamat pada Julai tahun depan.

Tetapi, seawal akhir tahun lepas, Taib menghantar satu isyarat bahawa beliau bersedia mengundur diri dan dilaporkan sedang mencari seseorang tanpa mengira kaum untuk dilatih bagi mengambil alih kepimpinan daripadanya.

Cakap-cakap bahawa Taib bersedia menyerahkan baton semakin bertambah April tahun lepas berikutan kematian isterinya, Puan Sri Laila Taib, yang disifatkan sebagai penyokong kuat kepada Taib dalam karier politiknya.

Oleh itu, tumpuan kepentingan kini ditumpukan kepada kelompok semasa para pemimpin kanan timbalan presiden (1) Tan Sri Alfred Jabu, timbalan presiden (II), Abang Johari dan naib presiden kanan Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan sebagai calon pengganti.

Alfred Jabu, seorang graduan pertanian dan ahli politik berpengalaman, telah dididik oleh dua ahli politik terkenal Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub, mantan ketua menteri dan Yang Dipertua Negeri, dan kemudian oleh Taib sendiri.

Sejak dipilih sebagai anggota dewan undangan negeri kawasan Layar pada 1974, beliau telah dilantik dalam pelbagai jawatan kementerian, termasuk timbalan ketua menteri di bawah Rahman, dan sejak Mac 1981 di bawah Taib.

Seorang lagi calon ketua menteri ialah Abang Johari, yang datang dari keluarga ternama di mana bapanya, Tun Abang Openg, merupakan gabenor pertama Sarawak.

Dengan memegang satu ijazah MBA dari sebuah universiti Britain, beliau dikatakan telah menunjukkan kebolehan sebagai menteri pembangunan industri sebelum bertukar ke Kementerian Pelancongan.

Dalam rombakan kabinet terbaru negeri, beliau dipertanggungjawabkan untuk menjaga Kementerian Pembangunan Bandar dan Perumahan negeri.

Anak Taib, Datuk Seri Sulaiman yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan baru-baru ini, juga telah disebut-sebut sebagai seorang lagi bakal calon kerana terdapat spekulasi bahawa bapanya mahu beliau kembali ke Sarawak dan "dilatih untuk mengambil alih".

Pemerhati politik yang memantau dengan teliti politik Sarawak berkata walaupun Sulaiman tidak menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan parti tidak lama lagi, ini tidak bermakna bahawa beliau tidak akan dipilih sebagai seorang calon dalam pilihan raya negeri nanti.

Seorang lagi yang bercita-cita sebagai ketua menteri ialah Awang Tengah, menteri kemudahan awam dan menteri kedua perancangan dan pengurusan sumber, yang disifatkan oleh sesetengah orang sebagai jawatan menteri yang cukup berpengaruh selepas Taib dalam kabinet negeri.

Terdapat cakap-cakap bahawa Taib telah mendapatkan pandangan rakyat yang rapat dengan beliau termasuk sesetengah menteri keturunan Dayak dan Cina berhubung bala penggantinya.

Jadi, siapa bakal pengganti Taib? Teka teki masih berterusan.

Gempa Bumi Kuat Goncang Pasifik - Amaran Tsunami Dikeluarkan

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Laporan berita agensi dari seluruh dunia melaporkan gempa bumi dengan ukuran skala richter yang sangat kuat telah mengoncang beberapa lokasi di Lautan Pasifik dari Jepun sehinggalah ke Barat Amerika Selatan.

Laporan paling awal menyebut Jepun telah dilanda dengan gegaran berskala 6.9 magnitut berdekatan dengan kepulauan Okinawa.

Bagaimanapun gegaran paling kuat telah dicatatkan di Concepcion, Chile pada magnitut 8.3 skala Richter - sehingga menyebabkan bekalan elektrik terpadam dan beberapa bangunan mengalami goncangan yang teruk.

Malah di Peru dan juga Equador, amaran awal tsunami telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kelantan sedia bincang lancar filem dakwah

Mohd Nor Yahya


KUBANG KERIAN: Sikap keterbukaan kerajaan Kelantan dalam aspek hiburan diteruskan lagi apabila bersetuju mengadakan perbincangan dengan mana-mana penerbit filem di negara ini bagi menjadikan negeri ini sebagai tapak pelancaran filem-filem yang berasaskan dakwah mahupun pengajaran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan juga sedang mengkaji jenis filem yang akan dipilih untuk ditayangkan kepada masyarakat di negeri ini dan ia semestinya membawa unsur-unsur dakwah dan juga bermoral tinggi.

“Mungkin agak sukar untuk kita berbincang dengan penerbit filem di negara kita sekiranya filem yang mereka keluarkan hanya bermotifkan keuntungan, kerana kalau filem berunsurkan dakwah boleh dikatakan tidak semua remaja meminatinya dan itulah yang kita sedang mengkaji terlebih dahulu,” katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian semasa ditemui di Majlis Jalinan Mesra Bersama Masyarakat Tionghua di Kampung Sungai Limbat dalam Dun Pasir Tumboh, semalam.

Sebanyak 30 keluarga masyarakat Tionghua mengadakan sesi dialog bersama wakil rakyat sempena Tahun Baru Cina. Ahmad Baihaki juga turut menyampaikan hamper kepada keluarga yang hadir. (gambar sebelah)

Sebelum ini Kelantan telah mengadakan hari hiburan Islam dengan menayangkan sebuah filem dari Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi dan mendapat sambutan menggalakkan.

Ahmad Baihaki juga berkata, Kelantan dahulu lagi tidak menyekat hiburan tetapi terpaksa mengkaji dahulu jenis hiburan yang sesuai dengan kehendak Islam.

“Kita tidak mahu hiburan yang boleh melalaikan remaja di Kelantan dan sebab itulah kita mengambil langkah menutup panggung wayang dan kalau kita nak tayangkan pelbagai filem, ia boleh dibuat di dewan-dewan tertutup seperti di Balai Islam, Pusat Dagangan Kelantan( KTC) maupun di dewan Pusat Tarbiah PAS Kelantan(Putik),” ujarnya.

Khidmat PAS bantu penghuni Lorong Haji Taib

Rusli Yasmin


KUALA LUMPUR: "Taufik dan hidayah datangnya dari Allah, kita ni berusaha untuk menyentuh hati-hati mereka," kata Dr Lo'Lo' Ghazali dengan penuh harapan dapat memberi kebaikan dan bantuan kepada penghuni di sekitar lorong Haji Taib, di sini.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat melancarkan kaunter perkhidmatan kebajikan PAS di hadapan pejabat agungnya, petang semalam.

Antara kaunter yang dibuka ialah kaunter khidmat guaman, khidmat kesihatan, khidmat kaunseling dan khidmat perubatan Islam selain memberi makanan dan minuman percuma kepada masyarakat di sekitar situ.

Lebih kurang 100 masyarakat sekitar yang hadir bagi mengambil peluang mendapatkan khidmat-khidmat yang disediakan turut menarik perhatian kenderaan yang lalu di Jalan Raja Laut, berhadapan dengan Pejabat Agung PAS.

"Kita mengharapkan warga Lorong Haji Taib kini yang agak terbiar, dan ada yang telah tersasar, dapat kita dekati, dapat kita santuni dan insyaAllah kalau boleh kita merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik," kata Ahli Parlimen Titiwangsa tersebut yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatn PAS Pusat ketika ditemui.

"Mungkin kita kata mereka ni setengahnya sudah agak tegar, pekerja seks tegar, tetapi kita masih lagi meletakkan harapan, Allah Maha Pengampun, dan kita juga hendaklah bersikap begitu.

"Saya harap masyarakat juga memberi peluang kepada mereka sebab kita tahu antara mereka ada yang telah bertaubat (dan) meninggalkan perangai buruk mereka ni," tambahnya.

Dr Lo' Lo' juga mengharapkan program itu digerakkan di peringkat negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

Markas PAS Taman Melewar jadi Kolej Universiti

Harakahdaily


GOMBAK: Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, akan dijadikan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus bagi memenuhi keperluan negara.

Ianya akan diberi nama Kolej Universiti Prof Dr. Zulkifli Mohamad yang pembinaannya telah pun bermula Disember lalu dan dijangka siap dalam masa enam bulan lagi.

Kampus itu dijangka memulakan 0perasinya pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sewaktu meninjau kawasan pembinaan itu petang kelmarin memberitahu, pembinaan kampus tersebut memerlukan dana hampir dua juta dan berharap lebih ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan.

"Setakat ini kita mendapat laporan tidak ada sebarang masalah dalam proses pembinaan kolej ini. Cuma kita masih memerlukan kewangan untuk menampung kos pembinaan yang bernilai hampir dua juta ini. Jadi saya harap lebih ramai para dermawan akan menghulurkan sumbangan," katanya.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad yang turut bersama dalam tinjauan itu pula berkata, Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institusi itu.

"Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,"katanya.

Sementara itu. Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berharap pembinaan kolej tersebut adalah mesra wanita, dengan menyediakan kemudahan-kemudahan khusus untuk wanita seperti ruang solat dan rehat yang tertutup.

"Saya mewakili muslimat keseluruhannya berbangga dengan pembinaan kolej ini cuma apa yang kami harapkan, pembinaan bangunannya lebih muslimat. Supaya muslimat rasa lebih selesa untuk solat mahupun berehat," ujarnya.

Ditanya rasional kolej itu menggunakan nama Prof Dr Zulkifli Mohamad, Nuridah berkata, ianya bagi menghargai jasa Allahyarham sebagai tokoh yang disegani dalam parti dan sebagai ilmuan yang dikenali ramai.

"Kita memilih nama ini sebab ianya bersesuaian dengan hasrat kita melahirkan golongan profesional daripada kolej ini. Allahyarham bukan sahaja seorang politician malah seorang agamawan dan ahli akademik yang disegani ramai," katanya.

Bagaimanapun, salah satu dewannya akan kekal menggunakan nama Allahyarham Datuk Fadzil Nor seperti sebelum ini.

Turut bersama dalam tinjauan itu Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin dan juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Salbiah Wahab.

Media Baru: Kuasa politik baru PRU 13

SASAH DAILY


Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Mone(wang), Machinery(jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak “tsunami” kepada politik tanahair Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12. Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?

Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul “Media: Kuasa politik baru PRU ke-13″, anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini. Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.

Harakah menangkis propaganda “Tengkolok”

Zulkifli Sulong, yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, berkongsi pandangan sejauh manakah kepentingan lidah parti, khususnya terhadap parti pembangkang dalam konteks Malaysia, yang mana media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh parti pemerintah.

Menurut Zulkifli Sulong, Harakah, lidah parti PAS yang mula diterbitkan pada tahun 1987, telah memenangkan PAS di Kelantan, menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan di Kelantan bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada PRU tahun 1990.

Ketika itu, UMNO Baru di bawah pimpinan Mahathir Mohamad berada dalam keadaan yang terdesak, sehingga terpaksa memainkan isu “tengkolok Tengku Razaleigh” untuk menumpaskan musuh politik sebelum hari pengundian. Walau bagaimanapun, Zulkifli Sulong mendakwa Kelantan “terselamat” daripada serangan propaganda tersebut, kerana Harakahsempat membalasnya dengan menyiarkan gambar Mahathir yang pernah memakai tengkolok yang sama ketika melawat ke Malaysia Timur.

Dalam PRU ke-10 pula, PAS berjaya menyapu 27 kerusi parlimen, di samping menguasai dua kerajaan negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Lantaran daripada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, yang mencetuskan gelombang “Reformasi”, pengedaran Harakah mencecah kemuncaknya, iaitu 380,000 naskah untuk satu keluarannya.

Persempadanan semula kawasan pengundian

Walau bagaimanapun, melihat kepada kecenderungan jatuh-naiknya prestasi PAS, Zulkifli Sulong menjangkakan prestasi parti tersebut akan menurun pada PRU ke-13, seandainya diadakan dalam masa terdekat ini. Malah, beliau mengingatkan bahawa persempadanan semula kawasan pengundian akan dilakukan untuk mengurangkan kerusi PR.

Beliau mengambil contoh PRU tahun 1999, yang menyaksikan sokongan Melayu-Islam kepada Barisan Alternatif. Maka, persempadanan kawasan pengundian dibuat sebelum PRU tahun 2004, untuk memasukkan pengundi bukan Melayu ke dalam kawasan pengundian, sebagai taktik menambah undi kepada BN. Antaranya, dua orang pemimpin PAS, Mohamad Sabu yang bertanding di Kuala Kedah, dan Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena telah menjadi mangsa kepada taktik tersebut, dakwa Zulkifli Sulong.

Justeru itu, Zulkifli Sulong mendakwa bahawa UMNO kini cuba mendapatkan kerusi daripada PKR dan PAS, dengan mendendangkan retorik “perpaduan Melayu”, agar mereka memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam parlimen, lantas memberi laluan kepada persempadanan semula kawasan pengundian. Beliau berharap agar PAS tidak terperangkap oleh UMNO dalam permainan ini.

Superman adalah wartawan

Abu Hassan Hasbullah (gambar kanan) pula memulakan ucapannya dengan mengimbas sejarah bagaimana kerajaan/regim dalam tamadun manusia dijatuhkan oleh kuasa media, sambil berseloroh bahawa watak hero (wira) yang ditayangkan zaman kini seperti superman dan spiderman, adalah wartawan.

Malah, beliau menyajikan data daripada sekumpulan penyelidik di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menolak andaian bahawa media baru (internet) dilihat sebagai negatif dan media primitif (tradisional, seperti cetakan dan elektronik) lebih dipercayai. Malah, beliau begitu optimis terhadap zaman teknologi maklumat, bahawa media baru bakal bangkit tanpa boleh dihalang oleh sesiapapun.

Abu Hassan Hasbullah juga berkongsi pengamatan dan pengalaman dirinya, dalam proses bagaimana media baru telah membawa perubahan dalam demokrasi. Untuk berdepan dengan media baru, beliau menekankan bahawa arus sedemikian “tidak boleh” dan “jangan (di-)halang”. Mereka yang berbeza pendapat bakal bangkit dan menyanggah sesuatu pandangan yang lain.

Beliau juga menceritakan bagaimana media primitif kehilangan kredibilitinya, dengan menunjukkan data bahawa kajian mendapati 73% kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun berminat terhadap perbuatan sodomi kerana ingin tahu. Beliau sebagai anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini “mengamuk”, meluahkan ketidakpuasannya kerana mereka terpaksa melanggani Berita Harian atauUtusan Malaysia untuk anak mereka, bagi mendapatkan akhbar Didik yang terselit dalamnya. Dengan kata lain, segala liputan akhbar tersebut untuk isu liwat akan dibaca oleh anak-anak mereka.

Beliau mendakwa bahawa dirinya sedia bangkit untuk menentang keadaan ini, kerana untuk dirinya, demokrasi dan kebebasan bermaksud “participate” (penyertaan).

Keasyikan terhadap Internet

Fathi Aris Omar (gambar kanan) berkongsi pengamatannya bahawa wujudnya fenomena di mana media kini lebih cenderung untuk memainkan isu politiking, personaliti daripada isu sebenarnya. Beliau mengambil contoh bagaimana berita Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng dan Zulkifli Noordin keluar (atau mungkin keluar) parti dimainkan untuk tiga minggu, sedangkan isu yang memberi impak dalam kehidupan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diabaikan.

Berbanding dengan Abu Hassan Hasbullah, beliau lebih pesimis terhadap “kebangkitan media baru”, kerana meragui kecapaiannya kepada khalayak yang lebih ramai, bahkan sejauh manakah kandungan media tersebut mampu berfungsi untuk “convert” audien lain.

Ketika mengulas fenomena keasyikan kepada internet dan keghairahan untuk blog dan facebook, beliau berkata, “Jangan-jangan perkara itu mengasyikkan dan melekakan pembangkang sehingga pembangkang tak buat kerja, kerana dalam konteks Malaysia, mahu atau tidak, suka atau tidak, pendekatan tradisional untuk mendampingi (approach) pengundi masih penting.”

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Qariah Seri Muda Bakal Dapat Masjid Baru

Mohd Radzi Abdul Razak


Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa khabar gembira buat qariah Baitul Mahabah, Seksyen 27 Shah Alam apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju mencari tapak baru untuk membina sebuah masjid yang lebih besar.

Masjid baru itu diperlukan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Khalid menyatakan kesanggupannya itu pada karnival Maulidur Rasul dan Baitul Mahabah Mobile Alert (BMMA) di masjid berkenaan hari ini.

“Tuan Haji Ghazali kali ketiga menerangkan kepada saya apabila solat Jumaat melimpah-limpah orang berseolat, jadi kali ketiga saya pun faham. Kali pertama saya faham, bila kali ketiga saya lagi faham dan saya angguk,” katanya.

Sebelum ini, Nazir masjid Wan Mohd Ghazali Mahmud meminta bantuan Khalid untuk mendapatkan tapak baru bagi membesarkan masjid berkenaan. .

Katanya, masjid itu kini tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang meningkat sehingga melimpah ke tepi jalan setiap kali solat Jumaat.

Dalam pada itu, Khalid memuji usaha jawatankuasa masjid berkenaan kerana menganjurkan pelbagai aktiviti untuk manfaat qariah.

“Ini fardhu kifayah bagi kita. Ini tanggungjawab kita supaya masyarakat-masyarakat muslimin, muslimat merasakan mereka ini sebahagian daripada masjid dalam kehidupan.

Turut hadir Ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei.

Di majlis ini Baitul Mahabah Mobile Alert yang berperanan menghantar informasi kepada qariah menerusi sistem pesanan ringkas turut dilancarkan.

Karnival ini turut menyediakan pelbagai gerai jualan serta khidmat kerajaan seperti daftar pemilih dan pameran dari pihak bomba dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

GERAK Gesa Menteri UMNO Sabit Kes Rasuah Letak Jawatan

Fazallah Pit


SHAH ALAM : Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengemukakan saranan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepas jawatan Ketua Pembangkang, sepatutnya lebih dulu mendesak menteri yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah dan pecah amanah, supaya meletak jawatan.

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) yang membidas Rais kerana mencadangkan Anwar Ibrahim supaya melepas jawatan semata-mata kerana terlibat dalam perbicaraan konspirasi kedua sedangkan mahkamah belum membuat sabitan.

Menyifatkan cadangan itu berniat jahat dan bertujuan mengalihkan kebimbangan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap isu integriti institusi kehakiman, Gerak menganggap kenyataan Rais itu semata-mata bermotif politik..

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah GERAK, hari ini, mereka menyeru Rais supaya melaungkan nada sama terhadap ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya melakukan perkara sama.

"Mereka yang sabit kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin atas kesalahan rasuah politik dalam Perhimpunan Agung UMNO, selain terpalit dengan kontroversi melibatkan projek mega seperti isu PKFZ dan isu moral, sepatutnya turut berbuat demikian.

"GERAK berpendirian, seseorang itu tidak bersalah dan dilihat sebagai tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskannya sebagai bersalah," kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan berkenaan, GERAK berharap semua pihak menghormati hak seseorang warganegara untuk mendapatkan pengadilan melalui proses mahkamah yang bebas dari campur tangan mana-mana pihak.

"Tindakan mengaibkan maruah dan peribadi seseorang amat bertentangan dengan nilai Integriti," kata kenyataan itu lagi.

GERAK turut mendesak kerajaan supaya menumpukan usaha memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan negara luar terhadap kebebasan dan keadilan proses perundangan negara.