Jumaat, 25 Disember 2009

MAMPU Sedia Khidmat Pelan Strategik ICT Dengan Bayaran 25 Peratus

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan dan agensi-agensinya hanya perlu membayar 25 peratus daripada kos untuk membangunkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) apabila menggunakan khidmat pasukan perunding ICT Sektor Awam (PPICT) yang disediakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Urusan (MAMPU).

Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Normah Md Yusof berkata, berbanding menggunakan khidmat konsultan ICT swasta yang boleh mencecah sehingga RM500,000 untuk setiap projek, perkhidmatan yang disediakan agensi itu hanya melibatkan kos kira-kiraRM100,000.

"Ia bersesuaian dengan matlamat kerajaan yang mahu mengiktiraf lebih ramai pakar ICT dalam sektor awam untuk mengurangkan kebergantungan terhadap konsultan swasta," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Strategik ICT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Menurut Normah selain Jawi, Lembaga Pelabuhan Johor, bahagian penyelidikanJabatan Perdana Menteri serta pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telahmendapatkan khidmat MAMPU.

"MAMPU juga sedang membangunkan projek untuk pejabat Perdana Menteri, Perpustakaan Negara Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara yang dijangka selesai pada akhir Januari depan," katanya.

Beliau berkata, PPICT yang diketuai Dr Zahari Othman telah diwujudkan pada 1Disember tahun lepas dan bertanggungjawab untuk memberikan khidmat perundinganantaranya perancangan strategik, pengurusan projek, pembangunan sistem sertapangkalan data.

Mengenai Pelan Strategik ICT Jawi, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Aliberkata, ia selaras dengan saranan pihak kerajaan supaya setiap agensi kerajaanmenyediakan pelan itu bagi menyokong visi ICT sektor awam.

"Projek ini memakan masa selama enam bulan. Ia sebagai langkah awal ke arah memastikan maklumat mengenai pentadbiran dan operasi hal ehwal agama peringkat Wilayah Persekutuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan," katanya.

Che Mat berkata, antara aplikasi yang dibangunkan Jawi adalah E-Munakahatyang menguruskan mengenai pendaftaran perkahwinan, cerai dan rujuk sertaE-Hidayah yang digunakan untuk pendaftaran maklumat saudara baru.

Tiada ulasan: