Ahad, 29 November 2009

Zunar buka kelas melukis kartun

DETIK DAILY

KARTUNIS Zunar kini membuka kelas untuk melatih remaja menjadi seorang pelukis kartun yang berkualiti. Kelas tersebut akan diadakan di pejabat beliau di Brickfeilds, Kuala Lumpur. "Antara mata pelajaran yang akan dibincang dalam ialah mencipta karektor kartun, mimik muka, pergerakan karektor kartun, latar belakang dalam lukisan kartun, tips mencari idea, dialog serta lain-lain teknik asas dalam lukisan kartun," kata Zunar

Menurut beliau lagi, keadah pengajaran yang diperkenalkan oleh syarikat beliau, Cartoonkafe itu berbeza dengan yang dilakukan di tempat-tempat lain.

"Di sini kami menggunakan kaedah 'mentor/mentee'. Ia terbukti amat berkesan kerana menurut sistem ini setiap pelajar (mentee) akan dijadikan anak angkat (mentor) kepada seorang kartunis professional. Jadi setiap pelajar akan mendapat lebih tumpuan," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.

Selain itu salah satu kelebihan sistem ini ialah ia diadakan di studio dan ini membolehkan pelajar-pelajar merasa sendiri dunia sebenar insustri melukis kartun.

"Begitu juga menurut kaedah ini, pelajar boleh mementukan sendiri bila mereka mahu mendaftar dan bila sesi mereka akan diadakan. Semua boleh diatur. Umur pelajar juga terbuka," tambah beliau lagi.

Untuk menamatkan kelas, seseorang pelajar perlu melengkapkan 36 jam dan bayaran adalah RM600 seorang. Sijil penyertaan juga disediakan diakhir kursus. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 03-22744931 atau layari www.cartoonkafe.com.

Tiada ulasan: