Jumaat, 27 November 2009

Banjir punca harga beras Siam naik kerana banjir

BERNAMA


RANTAU PANJANG 26 Nov. - Kesukaran membawa masuk bekalan beras Siam dari Thailand ke Kelantan ekoran kawasan sempadan dilanda banjir menyebabkan harga beras itu naik.

Tinjauan Bernama di sekitar daerah Rantau Panjang mendapati kebanyakan peniaga menaikkan harga beras terbabit sehingga RM5 bagi setiap kilogram.

Seorang peniaga, Mustapa Dollah, 45, berkata, beliau terpaksa menaikkan harga beras itu kerana kesukaran membawa masuk bekalan. "Beras naik bukan sebab nak Hari Raya Haji, tetapi sebab banjir, payah kami nak bawa bekalan beras masuk ke sini.

"Kalau ikutkan malas mahu bersusah-susah ketika banjir ini tetapi ramai peniaga beras yang lain tutup kedai kerana nak membersihkan rumah yang kotor akibat banjir. Terpaksalah saya usaha dapatkan juga beras Siam kerana pelanggan," katanya.

Seorang guru, Miza Morni Azmi, 36, berkata meskipun harga beras itu boleh dikatakan mahal, beliau tetap membelinya untuk keperluan harian dan menyambut hari raya Aidiladha esok.

"Memang terasa agak mahal kerana selalunya saya beli sepuluh kilogram beras pada harga RM34 kini naik sehingga RM39 dan RM40," katanya.

Tiada ulasan: