Selasa, 28 Julai 2009

Peruntukan DUN Di Salur Untuk Rakyat

TV SELANGOR


Peruntukan yang disalurkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Adun harus dikembalikan kepada rakyat, kata Adun Meru, Dr Rani Osman.

Menurutnya, apa yang berlaku di Selangor, semua Adun Pakatan Rakyat telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing, mengagih-agihkan peruntukan itu kepada rakyat, tetapi tetap disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Justeru, beliau meminta siasatan dijalankan itu, menjurus kepada penggunaan wang berkenaan untuk rakyat.

“Sepatutnya perkara ini tak perlu terperinci, kerana itulah juga jawapan DO, memang peruntukan Adun adalah hak Adun untuk beri kepada rakyat mengikut peruntukan.

“Ini surat pekeliling yang diedarkan pada setiap Adun. Kontent jelas bahawa peruntukan Adun terpulang kepada budi bicara Adun, yang peting peruntukan itu kembali kepada rakyat,” katanya

Dr Rani berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas bersama Adun Pakatan Rakyat di Dewan Annex, Shah Alam, petang tadi.

Menurutnya, SPRM seharusnya menyiasat peruntukan sebanyak 2 juta ringgit yang disalurkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional, menerusi penyelaras mereka.

Beliau difahamkan, sebahagian peruntukan tersebut adalah untuk ketua bahagian UMNO yang bukan di kalangan wakil rakyat.

Tambahnya, siasatan juga perlu dilakukan ke atas bekas Adun BN terdahulu yang menghabiskan peruntukan masing-masing untuk menghadapi pilihanraya umum lalu dalam tempoh yang sangat singkat.

Tiada ulasan: