Ahad, 28 Jun 2009

Penyelidik jumpa tumbuhan untuk ubati HIV

BERNAMA


Dua penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengenai dadah yang diperoleh daripada spesis pokok tempatan untuk mengubati HIV dan kanser kini pada peringkat akhir kajian, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan.

Beliau berkata ubat antiHIV, yang diperoleh daripada Calanolide yang

terkandung dalam lateks Bintangor atau pokok Calophyllum kini pada peringkat percubaan klinikal, yang lain akan diuji mengenai kesan sampingannya sebelum ubat itu boleh diperoleh secara komersial.

"Ujian itu akan mengambil masa untuk disiapkan dan dijalankan dengan

penyelidik asing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web rasmi dan kempen publisiti Persidangan Majlis Penyelidikan Borneo (BRC) 2010 di sini hari ini.

Mengenai ubat antikanser yang dikenali sebagai Silvestrol, Dr Chan berkata

dua saintis tempatan daripada SBCtelah dihantar ke Amerika Syarikat untuk

bekerjasama dengan pakar asing lain di National Cancer Institute di negara itu bagi menjalankan kajian mendalam mengenainya.

Tiada ulasan: