Isnin, 30 Mac 2009

Warga Cina Kuala Sepetang sokong Nizar

Irwan Muhammad Zain


KUALA SEPETANG - "Nizar dah sampai!" jerit seorang pemuda Cina sebaik saja kenderaan yang membawa Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba di pekan Kuala Sepetang pagi tadi.

Pekan yang lebih dikenal sebagai pekan nelayan itu merupakan lokasi pertama kempen Nizar pada hari ini. Penduduk Kuala Sepetang terdiri dari 90 peratus berbangsa Cina.

Beliau bersama bersama petugas PAS Bukit Gantang tiba di pekan tersebut tepat jam 11 pagi tadi.

Wajah-wajah penuh keceriaan menyambut kedatangan Nizar bersama rombongannya yang turut disertai beberapa penulis blog terkenal seperti Harris Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin menyambut ketibaan Nizar.

Nizar kemudiaannya dibawa mengelingi pekan tersebut bermula dari sebuah tadika Teck Teck Seah Chee Heong Koh. Sewaktu di tadika tersebut, Nizar telah bertemu ibubapa dan juga murid yang juga terkejut dengan kehadiran beliau.

Sebaik keluar dari tadika tersebut, Nizar terus bertemu rakyat di kawasan pemprosesan ikan Hong Teong Fish Dealers. Pengusaha di tempat pemprosesan itu ternyata gembira menyambut kedatangan Nizar.

Sewaktu berjalan kaki ke pekan itu juga, Nizar sempat singgah di Balai Polis Kuala Sepetang untuk bertemu dan beramah mesra dengan beberapa anggota Polis yang sedang bertugas.

Beliau juga sempat melihat kawasan 'parking' masjid yang sedang diturap oleh kontraktor.

"Agaknya inilah projek mee segera yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Kuala Sepetang,"gurau Nizar kepada semua yang hadir.

Suasana menjadi gamat apabila Nizar masuk ke dalam kedai kopi di pekan tersebut dan disambut dengan gembira sekali oleh pelanggan kedai makanan dan minuman di sana.

"Kami akan terus menyokong Pakatan Rakyat,"kata salah seorang pelangan di kedai kopi cina tersebut.

Orang ramai berpusu-pusu untuk berjabat tangan dengan Nizar dan ada juga yang sempat bergambar bersama tokoh Pas itu.

Nizar telah melapangkan masa lebih kurang dua jam bersama masyarakat di pekan tersebut dengan melawat semua kedai di sana.

Penduduk Kuala Sepetang begitu yakin dengan Nizar dan berharap agar kerusi parlimen Bukit Gantang akan terus kekal dibawah PAS.

Setiap kali Nizar mengunjungi restoran atau mana-mana kedai di pekan Kuala Sepetang beliau menerima sorakan yang kuat dari penyokong golongan Cina. - mks. _

Tiada ulasan: