Khamis, 26 Mac 2009

Janji Najib banteras rasuah ketika kapal Umno yang hampir karam - Mahfuz

WAN NORDIN WAN YAACOB


KUALA LUMPUR - Janji membanteras rasuah yang diucapkan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian sidang pemuda, Puteri dan Wanita Umno baru-baru ini disifatkan hanya janji 'kosong'.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakah baru-baru ini.

"Ini yang berlarutan sejak dahulu yang bercakap soal pembersihan rasuah adalah kalangan perasuah.Setiap kali pemilihan Umno akan timbul rasuah, perwakilan dan kepimpinan akan cakap soal rasauah,

"Tun Mahathir Mohamad juga pernah berdoa dan menangis untuk menghapuskan rasuah tetapi tak selesai pun, kemunculan Abdullah sebagai PM nampakkan komitmen untuk banteras rasuah tetapai tak selesai masalah," katanya.

Kini sekali lagi rakyat dan perwakilan asyik dibuai janji Najib yang mahu membersihkan parti daripada rasuah.

Walhal, janjinya itu bagi Mahfuz boleh disamakan dengan janji pemimpin sebelum ini yang akhirnya tidak kemana.

Apatah lagi ujarnya Najib sendiri adalah orang yang sangat dipersoalkan kerana beliau dipalitkan dengan imej rasuah yang sehingga kini tidak pernah dibersihkan.

"Saya anggap bahawa Najib menggunakan pendekatan sama dengan kepimnpian sebelum ini dengan kononnya beri harapan baru kepada rakyat tetapi akhirnya tidak tertunai," katanya.

Walhal kepimpinan terdahulu seperti Mahathir dan Abdullah ketika mula naik memiliki imej yang bersih, akhirnya terpalit dengan segala macam kritikan dan kaitan, katanya.

Inikan Najib yang sebelum naik ke jawatan nombor satu negara dan Umno telah dibayangi dengan pelbagai dakwaan yang tidak pun terjawab sehingga kini, ujarnya.

Beliau seterusnya menyimpulkan bahawa apa juga yang berlaku termasuk janji 'reform' oleh Najib, pastinya imej yang membayangi parti itu adalah imej beliau yang diheret bersama selepas ini.

Begitu juga dengan pemilihan ketua-ketua sayap yang akhirnya jika mereka yang dipilih adalah kalangan yang telah diberi imej rasuah, Umno akan terus dipandang sedemikian.

Akhirnya hipotesis yang dinyatakan Mahathir bahawa Umno akan 'karam' pada pilihan raya umum ke-13 ada benarnya dan ia kini akan menjadi kenyataan, ujarnya. _

Tiada ulasan: