Selasa, 31 Mac 2009

AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau

Bashir Ishak


SUNGAI LALANG - Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengesan wujudnya ramai pengundi yang diragui statusnya dalam Dun N.25 Bukit Selambau.

Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mededahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.

Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya.

"Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.

Justeru katanya, AMK akan membuat siasatan di rumah berkenaan bagi membuat kepastian keadaan sebenarnya.

"Kita juga akan terus membuat kajian bagi kesemua lokaliti yang terbabit di dalam Dun Bukit Selambau ini dan akan mengemukakan bantahan kepada SPR supaya dapat dibuat pembersihan dalam daftar pemilih yang ada," jelasnya. - mns _

Tiada ulasan: