Rabu, 25 Februari 2009

SPR terima notis kekosongan kerusi Batang Ai

BERNAMA


KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai ekoran kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional semalam.

Pengarah SPR, Sarawak Takun Sunggah memberitahu Bernama notis yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar itu dihantar melalui faks terus ke ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya mesyuarat untuk menetapkan tarikh pilihan raya akan diadakan dalam tempoh masa terdekat.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini pada 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.

Tiada ulasan: