Rabu, 25 Februari 2009

Kes Altantuya, siasat segera siapa 'gembala kambing'- Azmin

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama.

"Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM.

"Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen pada 24 Februari lalu semasa diminta mengulas isu pengakuan Sirul Azhar dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Sekurang-kurangnya kata Azmin, untuk membuat pertuduhan kepada seseorang, sebelum itu proses siasatan perlu berjalan dahulu dengan semua individu yang terbabit disiasat.

Apa yang menggemparkan tertuduh (Sirul) telah membuat keterangan di mahkamah bahawa beliau adalah 'kambing hitam' dalam kes ini, katanya.

Bagi Azmin, keterangan Sirul ini sesuatu yang amat serius dimana ada individu yang berpengaruh yang tiada dalam mahkamah dalam kes ini.

Namun individu itu secara terang ada pengaruh di luar yang di kalangan pembesar yang terbabit,

Malangnya walaupun pengakuan bersumpah ini dibuat di mahkamah, sehingga kini tiada sebarang usaha polis atau pendakwaan menyiasat hal ini, katanya.

"Ia boleh dikemukakan sebagai bukti baru, tetapi siasatan tak dibuat malah dipadamkan oleh media milik Umno/BN," tegasnya.

Beliau juga melihat pengakuan Sirul yang mengaku dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam kes tersebut menjelaskan lagi kewujudan 'Gembala Kambing'.

Baginya, 'Gembala Kambing' itu adalah pembesar yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi dan menguasai pihak berkuasa.

Sebelum ini, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya. _

Tiada ulasan: