Khamis, 26 Februari 2009

Guan Eng sedia jumpa Zahid Hamidi jelaskan perkara sebenar

BERNAMA


PULAU PINANG — Kerajaan Pulau Pinang sedia memberi penjelasan dan berbincang dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penubuhan Majlis Silaturrahim Antara Agama di negeri ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata pihaknya sentiasa terbuka dan menyambut baik kesediaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertemu dengannya bagi mengetahui hal sebenar berhubung isu itu.

“Saya tiada masalah untuk bertemu dengan beliau (Dr Ahmad Zahid) bagi menjelaskan perkara sebenar dan pendirian kita berhubung isu berkenaan kerana saya tidak pernah menghina Islam seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program amal merdeka di sebuah hospital swasta di sini , hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Dr Ahmad Zahid yang akan menemuinya dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahaya minggu depan bagi mendengar penjelasan mereka berhubung isu berkenaan.

Dr Ahmad Zahid dilaporkan berkata tindakan itu bagi berlaku adil kepada semua pihak yang dikaitkan dalam isu berkenaan kerana ia menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat Islam di negara ini.

Tiada ulasan: