Khamis, 22 Januari 2009

Umno balas dendam, pertikai keputusan rakyat

Johari Jaafar


IPOH - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur kesal dengan kenyataan tidak profesional Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengarahkan semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ketuanya, Salman Salleh, amat terkejut dengan kenyataan Ahmad Zahid seperti tidak mengiktiraf kuasa DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah setelah melantik Menteri Besar Perak yang ke-10, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin tahun lepas.

Salman dalam kenyataan medianya semalam mendakwa kenyataan Ahmad Zahid itu telah jekas menunjukkan BN telah menafikan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Perak di dalam Pilihanraya Umum yang ke-12 baru-baru ini dan ternyata tindakan yang dibuat itu merupakan satu perbuatan yang tidak bijak.

"Kita melihat ucapan Zahid itu cuba mempertikaikan keputusan Sultan dan rakyat Perak yang akan memberikan gambaran tidak sihat terhadap perkembangan Negeri Perak kelak," katanya. Image

Beliau mendakwa tindakan Zahid itu merupakan salah satu usaha jahat dan balas dendam BN yang merugikan perkembangan negeri ini akibat daripada tindakan tersebut. _

Tiada ulasan: