Jumaat, 23 Januari 2009

Penjara Teluk Guantanamo ditutup dalam setahun

BERNAMA


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijangka menandatangani satu perintah eksekutif hari ini untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dalam masa setahun.

Draf perintah itu yang diedarkan pada Rabu juga meminta untuk memberhentikan perbicaraan dalam penjara, di mana suspek pengganas ditahan untuk beberapa tahun tanpa perbicaraan.

Dua rakyat Malaysia kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo yang dakwa terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI) dan Al Qaeda, Mohd Farik Amin atau Zaid ( Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie). Mereka ditangkap pada 2003.

Pentadbiran Bush mendakwa mereka perancang "ombak kedua" operasi untuk Al Qaeda bagi menyerang sasaran di Los Angeles.

"Kemudahan penahanan di Guantanamo untuk individu di bawah perintah ini hendaklah ditutup secepat mungkin, dan tidak melebihi setahun dari tarikh perintah ini," draf yang dikeluarkan pentadbiran Obama menurut Reuters.

Ia menyatakan sesiapa yang masih ditahan apabila penjara itu ditutup "hendaklah pulang ke tanah air mereka, dibebaskan, dipindahkan ke negara ketiga atau dipindahkan ke kemudahan tahanan lain di Amerika Syarikat."

Obama mengulangi janjinya untuk menutup penjara Teluk Guantanamo, di mana kira-kira 250 penghuni yang didakwa ada hubungan dengan pengganas masih kekal sementara 21 kes belum dibicarakan.

Persoalan ialah di mana mereka akan dituduh untuk menjalani perbicaraan dan di mana mereka yang telah dibebaskan boleh dihantar dengan selamatnya.

Pada Rabu, hakim-hakim menggantung beberapa perbicaraan ketenteraan bagi suspek pengganas di Guantanamo atas permintaan Obama.

Presiden Obama dijangka mengeluarkan perintah berasingan untuk mengharamkan soal siasat berlebihan seperti mencurahkan air ke muka tahanan banyak kali satu bentuk soal siasat yang digunakan Agensi Risikan Pusat (CIA), dan memerintahkan satu kajian semula dasar tahanan Amerika Syarikat, menurut jurucakap White House.

Tiada ulasan: