Ahad, 21 Disember 2008

PAS Negeri Sembilan gerakkan bantuan PRK Kuala Terengganu

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan membuka peluang kepada ahli serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan yang tidak dapat bersama ke Terengganu untuk menyertai kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Dalam satu kenyataannya, PAS Negeri Sembilan menjemput orang ramai untuk bersama membantu jentera pilihan raya PAS dari Negeri Sembilan dengan menyumbang ke 'Tabung Jentera Pilihanraya P36 BPPNS'.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan sila hubungi Suhairi yang merupakan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan di talian (019-2998345). _

Tiada ulasan: